SUAMI isteri itu menyibukkan diri dengan menonton drama tamil yang baru saja ditayangkan di astro itu. Entah bila entah si Redza ni minat cerita tamil. Gamaknya hasutan Khadeeja lah ni. Gila Khadeeja pada drama tamil, Redza sudah berdoa agar wajah anak mereka nanti tak ada mirip-mirip Vijay.
"Jap, abang tak faham lah! Ni siapaaaa...?" Merungut dia. Dari tadi dia memang tak faham cerita ni! Jakun!
Khadeeja ketawa kecil.
"Ini hero tadi tu lah."
"Eh, bukan yang mamat jambang tu ke yang hero?"
"Itu terrorist, abang..."
Redza garu kepala yang tidak gatal. Aduhai, mana datang terrorist pula? Boleh bawa maut dia tengok cerita ni, tak faham satu hapak!
"Abang..." Suara Khadeeja membuatkan Redza pandangnya laju dan eratkan pelukan di leher si isteri.
"Ya, sayang?"
"Deeja rasa kan..."
"Hm...?" Redza sambung pandang TV, masih cuba menghayati cerita ini walaupun tak faham.
"Deeja nak berhenti belajar lah."
Dan pandangannya teralih. Wajah manis si isteri terus dia tatap bagai tiada hari esok. Dahi sudah mula berlapis apabila mendengar kata-kata Khadeeja. Sejak bila pula si Khadeeja ni boleh hilang semangat? Setahu dia, Khadeeja tak ada masalah di universiti, bukan?
"Dah kenapa pula? Nanti sayang nak kerja apa? Nak cari kerja sekarang susah. Orang yang belajar luar negara pun belum tentu dapat kerja."
"Deeja jadi suri rumah sajalah..."
Redza garu kepala memandang si isteri.
"Deeja duduk rumah, masak, kemas rumah, siapkan baju abang and so on. Abang pergi kerjalah."
Redza geleng perlahan.
"Jangan nak mengada. Nanti kalau abang tak ada, Deeja nak tanggung diri macam mana, sayang?"
Khadeeja tatap suaminya lama. Redza tak ada? Apa maksud Redza?
"Apa maksud abang? Abang tak ada?"
Redza senyum tipis dan letakkan kepalanya di bahu Khadeeja. Tangan si isteri digenggam dan dibelek bagai tidak pernah menyentuh kulit putih itu.
"Kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan, Deeja. Mana tahu jodoh kita tak panjang atau..."
Pinggangnya dicubit dan dia adu kesakitan sekuat hati. Aduhai, orang tengah bercakap, dia cubit pula!
"Janganlah cakap macam tu!" Marah Khadeeja dan tawa Redza kedengaran perlahan.
"Abang cakap saja, sayang. Boleh jadi abang pergi dulu sebelum Deeja. Abang tak nak isteri abang hidup susah. Belajarlah dulu ya? Bukan ke Deeja nak jadi akauntan? Dapat duit, simpan pada Deeja. Gaji abang memang abang kena bagi pada Deeja sebagai duit nafkah. Tapi kalau abang tak ada, mana datang gaji abang tu, sayang?"
Tegurnya lembut dan Khadeeja letakkan kepalanya di dada Redza pula. Redza usap rambut tebal milik isterinya sebelum matanya beralih memandang Khadeeja dengan senyuman manis.
"Tapi kasihan dekat mama. Dia nak sangat abang dapat anak cepat."
"Ala, mama tu memang macam tu. Ragam orang tua, dia nak main dengan cucu. Tapi jauh dalam hati mama, dia faham Deeja sibuk belajar. Abang pun tak paksa kan?"
"Deeja nak habis study lambat lagi."
"Hei, abang kata apa? Abang akan cuba ada dengan Deeja. Sampai bila-bila. Jika Allah izinkan, one day we could be the best parents ever."
YOU ARE READING
𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂
Romance"Takdir yang paling indah apabila kita menjadi satu" Khadeeja Marrysa, seorang gadis lepasan SPM yang dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ibu mahupun ayah. Abangnya menjaga dan mendidiknya dengan cukup baik sehingga kisah cintanya bersama kekasihn...