BAB 40

245 2 0
                                    

KHADEEJA yang masih setia baring berbantalkan kepala di atas peha Redza dengan tangannya yang sibuk bermain dengan jari-jemari panjang milik encik suaminya. Perlahan-lahan Khadeeja usapkan ia di pipi mulusnya dan Redza terus jatuhkan pandangan apabila iklan secara tiba-tiba ditayangkan. Redza saja beria tengok TV, Khadeeja yang sibuk nak teman Redza sedangkan dia tak minat dengan cerita yang ditayangkan di TV itu.

"Sayang nampak jari abang ni macam mainan ke?"

Dijongket alis milik Redza dan tawa Khadeeja tiba-tiba saja dikeluarkan. Khadeeja geleng dan peluk tangan kasar yang besar Redza. Redza sudah geli hati tapi dikawal riak wajahnya. Dikucup berulang kali tangan Redza tetapi Redza menepisnya perlahan. Khadeeja tatap tangan yang mula berterbangan jauh daripadanya dan tangan itu jatuh ke rambut panjang Khadeeja. Dibelai dengan penuh kasih sayang.

"Semalam ada orang janji dengan abang. Kalau abang tak nangis dah, dia nak bagi present. Apa dia tu?"

Khadeeja tersentak tapi cepat-cepat dia kawal riak wajahnya. Aduhai, dia sendiri terlupa pasal benda tu sedangkan dia yang gembira pada awalnya. Tapi takkan la nak beritahu sekarang? Ia akan bebankan lagi diri Redza. Biarlah Maleka sedar dulu...

"Nothing, abang. Tak jadi pula suprise tu."

Dia angkat tangannya, mengusap pipi kasar si suami dan Redza hanya ukir senyuman tipis. Jadi atau tak jadi, dia masih mahu tahu tentang kejutan yang dimaksudkan.

"Sayang, bagilah tahu..." Iris mata mereka bertemu.

"Deeja kata nothing, my hubby. Tak ada apa." Dia geleng laju dan peluk pinggang Redza erat, menekup wajahnya di perut beroti milik Redza.

Redza pula mencebik, nak merajuk sajalah. Tak suka lah macam ni! Suka sangat berahsia dengan suami lepas itu sibuk saja nak peluk-peluk!

Khadeeja yang menyedari Redza masih diam membisu membuatkan dia renggangkan sedikit pelukan di pinggang Redza dan dongak memandang wajah tampan itu. Melihat wajah dingin Redza serta-merta mencuit hati Khadeeja. Merajuk lah tu.

"Abang..."

Redza masih dingin, matanya tenung saja TV di hadapan. Ini bukan pandangan orang tengok movie tapi ni pandangan marah dan merajuk ni. Confirm!

"Amboi... Tajamnya tenungan dia... Dah sampai mana?" Sakat si isteri tetapi Redza sedikit pun tak mahu melayan. Sakit hati.

"Abang..."

Dia tarik tangan Redza tetapi Redza menepis perlahan. Dia termakan pujukan Khadeeja semalam sebab ada kejutan yang bakal mengubah hidup mereka katanya tapi hari ini, Khadeeja mungkir pula janjinya.

"Redza, dengarlah sini..."

Dia bangun dan duduk bersila di sebelah encik suami. Tangannya pegang tangan Redza dan ditenung lama tangan kasar itu. Takkanlah dia nak bagitahu? Dia takut ia bebankan Redza. Ya, Redza akan tahu tapi bukan sekarang.

"Kejutan tu tak jadi sebab tu Deeja tak nak bagitahu abang. One day Deeja akan buat kejutan tu again, alright?"

"At least bagilah tahu pasal apa? Jangan berahsia dengan abang..." Sayu suaranya membalas.

Kalau bukan sebab janji ni, dia takkan termakan pujukan Khadeeja semalam apabila dia menangis tak henti disebabkan keadaan Maleka.

Khadeeja senyum tipis dan kucup tangan kasar Redza lama bagai memohon ampun. Redza belai rambut si isteri seketika dan hadiahkan satu kucupan istimewa buat si isteri di dahi licin milik Khadeeja.

"Janji dengan Deeja... Jangan rasa terbeban, jangan rasa was-was, jangan salahkan diri abang atau apa-apa saja, alright?"

"Kenapa ni, sayang? What is it? Tell me..."

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now