KERETA honda civic berwarna merah itu berhenti di hadapan stesen MRT selepas matanya tertangkap sosok tubuh yang dicari. Dia keluar dari kereta dan lari ke bahagian penumpang. Dengan senyuman, pintu kereta dia buka dan anak matanya terus teralih memandang si tunang dengan senyuman manis.
"You tak jemu ke buat macam ni setiap hari, Dar?" Dia peluk tubuh dan jongket kening memandang jejaka yang sentiasa berjaya menggugat hatinya itu.
"Banyak songeh nampak? Nak kena dukung atau nak masuk sendiri?" Mulut Haidar saja mampu membuat Najwa bahang pipi tapi dia tahu Haidar takkan sesekali melebihi batas dengannya.
"Jangan mengada, sayang."
Najwa cubit bahu Haidar dan jejaka itu adu kesakitan. Tawanya disambut Najwa sebelum Najwa masuk ke dalam perut kereta, melabuhkan punggung dengan selesa. Pintu kereta ditutup dan Haidar laju berlari ke bahagian pemandu kembali. Dia pula masuk ke dalam perut kereta sebelum melabuhkan punggung. Serentak tali pinggang mereka pakai dan minyak ditekan.
"So, you nak pergi mana?" Stereng kereta dipusing-pusingkan sebelum anak mata mengerling wajah cantik milik Najwa.
"I'm tired... Hantar i balik rumah boleh?"
Haidar kerling Najwa perlahan sebelum kening dijongket. Balik? Bukankah mereka dah janji untuk makan malam bersama?
"But you promise dengan i nak dinner dengan i tonight."
"I'm really tired, Haidar. Please?"
Haidar angguk acuh tak acuh. Sunyi? Ya, dia benar-benar sunyi. Tiada siapa pun yang hiraukannya selain Najwa. Tapi apabila Najwa bagai mengelak, apa perasaan jejaka itu gamaknya?
Suasana kembali sepi. Haidar keluarkan keluhan berat, lagi beberapa minit saja boleh sampai di rumah Najwa. Harapannya punah. Buat penat saja pakai cantik-cantik untuk Najwa, tiba-tiba tak jadi pula. Hadeh...
"Sayang?" Najwa pandang wajah muram Haidar dan Haidar terus memandangnya, mengukir senyuman tipis.
"Hm?"
Najwa pandang si tunang itu lama. Dia tahu. Dia tahu Haidar sedang melayan perasaan sendiri. Dia tahu Haidar sedang merajuk. Ya, dia tahu segalanya tapi dia memang penat. Tiada niat sedikit pun untuk mengelak dari Haidar. Mana mungkin dia mengelak dari jejaka yang sentiasa mengambil berat tentangnya dan ringan tulang membantu dirinya itu.
"You okay tak?"
Haidar angguk sekali, terdiam saja. Sikit pun dia tak nak buka mulut. Sakit hati!
Najwa angguk lemah. Pejam celik, pejam celik, mereka sudah tiba di hadapan rumah Najwa. Najwa pandang Haidar lama, menunggu teguran manis yang sentiasa diajukan sebelum Najwa keluar dari perut kereta.
Haidar pandang Najwa sekilas.
"Dah sampai."
Itu saja? Fuh, merajuk teruk mamat ni!
"No 'i love you' for today?"
Haidar pandang jam tangannya, mendiamkan diri sekali lagi. Dia bagai memberi bahasa isyarat untuk Najwa keluar dari perut kereta secepat yang mungkin.
"I ada something untuk you. Tunggu kejap boleh?"
Haidar angguk dan pandang hadapan kembali. Langsung tak nak pandang Najwa! Huh, merajuk!
Najwa sedikit pun tidak terasa. Bukan kali pertama Haidar buat perangai macam ni. Kalau dulu dia tak faham tapi mendengarkan kisah silam Haidar, dia tahu Haidar hanya perlu masa bersama Najwa, itu sahaja. Dia faham jika jejaka itu sentiasa diserang kesunyian. Iyalah, Khadeeja juga sudah tidak duduk bersama Haidar. Ikutkan hati, nak saja Najwa berkahwin dengan Haidar esok. Dia mahu temani Haidar, dia mahu memberitahu Haidar bahawa dia ada di sisi jejaka itu tetapi tarikh perkahwinan sudah ditetapkan pada hujung tahun ini. Huh, tak ada rezeki kahwin awal la kot.
YOU ARE READING
𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂
Romance"Takdir yang paling indah apabila kita menjadi satu" Khadeeja Marrysa, seorang gadis lepasan SPM yang dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ibu mahupun ayah. Abangnya menjaga dan mendidiknya dengan cukup baik sehingga kisah cintanya bersama kekasihn...