Chapter 6 - Selamat Tinggal Sahabat

235 20 2
                                    

Fiza sampai depan Lof Cafe. Dia tersenyum bila pandang kereta dia parking depan kedai. Lampu dalam kedai menyala. Fiza buka pintu kedai dan jenguk ke dalam. Kak Mun yang sedang lap meja pandang ke arah pintu. Fiza senyum dan angguk perlahan.

"Dah buka ke? Boleh masuk?" Fiza bertanya dengan sopan.

"Boleh...boleh....masuklah...." Kak Mun jawab dengan senyuman. Ini kali permata kedua mereka berinteraksi. Selalunya mereka sekadar senyum sahaja.

"Selamat pagi akak. Awalnya hari ni." Nora yang sedang mop lantai ucapkan selamat pagi dengan riang. Nora simpan mop terus cuci tangan, sementara Fiza duduk di tempat kegemaran dia. Tepi cermin. Mudah untuk dia lontarkan pandang keluar.

"Nak minuman biasa? Nak sarapan sekali?" Nora bertanya sambil hulurkan menu kepada Fiza. Fiza sambut dengan senyuman yang manis. Masuk dalam kedai ini terasa aura positifnya. Layanan dari mereka sangat mesra. Sentiasa senyum namun tak ramai yang datang.

"Ya minuman biasa. Butter and Kaya toast satu. Dengan telur setengah masak satu." Fiza order sarapan sambil dicatat Nora. Nora hantar order ke dapur. Sementara Kak Mun sediakan makanan, Jihah muncul dari dapur. Dia pandang Fiza. Fiza lambai tangan kepada Jihah. Jihah tersenyum.

"Awalnya...biasa 7 lebih. Ni 6.40am dah ada. Minuman biasa ke?" Fiza angguk. Jihah terus sediakan minuman. Nora hantar roti bakar dan telur setengah masak. Jihah pula hantar minuman. Seperti biasa Fiza menantikan latte art yang akan dibuat. Gambar watak dalam anime.

"Wow.... Awak boleh buat macam ni? Macam mana awak buat?" Fiza agak terkejut dengan bakat yang dimiliki Jihah. Jihah tersenyum sahaja. Dia duduk depan Fiza. Serahkan kunci kereta.

"Awak ok? Ada apa-apa nak share tak?" Jihah bertanya kepada Fiza. Fiza berkerut dahi.

"Saya okey je. Eh kenapa tiba-tiba tanya macam tu? Saya nampak tak okey ke...." Fiza keluarkan telefon dan buka kamera. Dia tengok muka dia dalam kamera kalau ada apa-apa yang tak kena.

"Tak lah... saya tanya je. Kalau awak ada masalah dengan suami ke apa." Jihah menggigit bibir bawahnya. Dia tidak sepatutnya bercakap terus terang macam tu. Namun dia sudah terlepas cakap. Fiza berhenti minum. Dia letakkan cawan atas meja. Dia lambai tangan kepada Nora. Nora menghampiri Fiza.

"Adik...tolong bawa bil boleh?" Fiza minta bil kepada Nora sedangkan Jihah ada depan mata dia. Nora serba salah. Makanan tak disentuh lagi. Dah dia pandang Jihah. Jihah angguk benarkan Nora keluarkan bil. Fiza serahkan kad kepada Nora. Nora ke kaunter untuk uruskan urusan pembayaran.

"Saya minta maaf. Saya tak sepatutnya tanya benda macam ni. Saya minta maaf sangat-sangat" Jihah rasa bersalah. Jihah tidak sepatutnya tanya soalan sebegitu. Ini masalah rumah tangga orang. Jangankan kawan, kepada ahli keluarga pun soalan itu tidak patut ditanya kecuali mereka terbuka untuk bercakap dengan kita.

"Saya tak cukup kenal awak. Awak pun tak kenal saya. Dan tak perlu saya ceritakan hal peribadi saya kepada awak. Lagi satu saya ada masalah ke takde masalah itu urusan saya dan suami saya. Macam mana awak saya ada masalah ek tak? Saya cuba berbaik dengan awak tapi semua hal saya awak selidik. Don't act like a paranoid. You are nobody to me. By the way thanks for the car." Fiza capai kuci kereta atas meja dan keluarkan RM300 dari beg dia letak atas meja.

"Duit apa ni?" Jihah yang duduk pandang ke arah Fiza yang sudah berdiri untuk keluar dari kedai.

"Duit yang saya akan bayar kepada mekanik yang repair kereta saya. Awak tak jauh beza dengan dia. Itu je kedudukan awak dalam hidup saya. Never cross your limit." Fiza terus melangkah keluar dari kedai. Masuk dalam kereta dan pergi ke arah pejabat dia. Jihah yang masih duduk ambil RM300 tadi. Dia masukkan dalam poket dia.

Pelangi SenjaWhere stories live. Discover now