Chapter 17 - Ditangkap Basah

502 24 10
                                    

"U cakap apa dengan husband u? Dia bagi ke U keluar sampai dua hari?" Farhan bertanya kepada Husna yang tengah buka tudung dan betulkan rambut. Farhan perhatikan Husna dari atas ke bawah. Dia tahu isteri orang itu bakal jadi mangsa kerakusan dia untuk 2 hari. Itulah yang bermain dalam fikiran dia.

"I cakap je ada kerja outsation. Lagipun i dah pesan dengan dia. Kalau dah naik pangkat ni mesti kena banyak keluar. So takde masalah." Husna pandang Farhan melalui cermin. Dia perhatikan Farhan yang pandang bentuk badannya. Husna tersenyum. Senyuman penuh makna. Farhan anggap Husna berada dalam genggaman dia. Hakikatnya Farhan yang ada dalam genggaman Husna. Dia pergunakan Farhan. Farhan hanya boneka yang ikut kata dan mesin ATM yang sentiasa sediakan wang.

Farhan yang tidak sedar perkara ini terus menerus menipu diri sendiri dan cuba bertindak bijak dengan menyalahkan Fiza. Husna terasa seperti dia dan menang dan ini hanyalah permulaan. Satu hari nanti apabila Farhan sudah tidak mampu sediakan wang dia akan mencari mangsa baru.

"U cakap apa dengan wife U?" Husna bertanya kepada Farhan yang sedang baring atas katil dengan tuala.

"I tak cakap apa pun. Kejap lagi I mesej je ada urusan penting terpaksa keluar kerja 2 hari. Betina sundal tu I cakap apa pun dia angguk je. Sebab dia kan dah kantol dengan I. U tahu tak sejak dia balik rumah tiap kali I tengok dia I rasa jijik. Dia sanggup tidur dengan jantan lain dan berlakon macam baik kat rumah. Tunggu lah satu hari nanti lepas selesai semua ni I bagi talak tiga terus. Biar merempat tengah jalan." Farhan luahkan semua yang terpendam dalam hati.

"Tak baik tau U cakap macam tu. I pun isteri orang tau. Jadi U jijiklah tengok I?" Husna mencebik buat-buat merjauk. Farhan tarik Husna baring sebelah dia.

"U tak sama dengan dia. U istimewa. Kalau husband U tak nak U pun, I akan jaga U." Farhan mencium bibir Husna. Mereka membalas ciuman. Ciuman yang bukan datang dari cinta, ciuman yang penuh nafsu semata.

"Jangan nak tukar topik. U kan tiap kali I cakap apa-apa mulalah goda I. Nakal tau. Dah U mesej dulu kat si sundal tu. Kan dia buat hal nanti." Husna mengingatkan Farhan untuk maklumkan kepada Fiza dan perkataan sundal digunakan tanpa rasa malu. Dia anggap diri dia tersangat sempurna.

Farhan: Sayang, abang kena kerja kat luar. Mungkin makan masa 2 hari. Urgent sangat tak sempat nak beritahu. Bos paksa abang ikut sama. Nanti apa-apa abang update lagi ya. Muahhh love you sayang.

Mesej dihantar. Farhan letak telefon di tepi. Dia buka tuala yang dipakai Husna. Perlahan tubuh Husna mula terdedah. Husna bangun dan duduk di atas peha Farhan. Mereka berdua teruskan perkara hina itu tanpa rasa bersalah.

Telefon Fiza bergegar. Ada whatsaap masuk. Nora pandang ke arah telefon. Fiza tidak berikan reaksi.

"Akak ada mesej masuk." Nora beritahu Fiza. Fiza sedar namun dia bukan dalam keadaan untuk melayan apa-apa mesej atau whatsapp yang masuk. Fikiran dia terganggu dengan pemergian Tomot. Man tidaknya, kucing yang dijaga seperti anak pergi di atas riba. Dan bukan kerana sakit tapi lebih kepada diseksa. Nora mengetap bibir dan pandang Fiza. Nora tak boleh diam kalau ada orang abaikan panggilan telefon atau whatsapp. Selagi tak angkat selagi itulah dia akan rasa terganggu.

"Akak tak nak tengok ke? Mama pesan kalau tak tengok whatsapp ontime nanti kita mimpi pocong. Mama cakap lah bukan kita yang cakap" Nora cuba paksa Fiza untuk tengok whatsapp yang masuk. Dia pandang muka Fiza namun Fiza masih tiada reaksi.

"Nora tengok lah." Dia angkat telefon dan buka whatsapp. Fiza orangnya tiada rahsia jadi dia tak rasa dia perlu letakkan password untuk telefonnya. Nora terus buka whatsapp dan tunjukkan pada Fiza. Fiza membaca whatsapp dari Farhan. Fiza tersengih sebaik baca whatsapp.

"Jantan sial. Tak habis-habis menipu. Entah apa lagi yang kau rancang. Pembunuh!" Fiza terjerit. Dia rasa seperti nak cakar muka Farhan. Rasa geramnya semakin menebal. Fatin, Jihah dan Kak Mun yang ada dalam rumah segera keluar sebaik terdengar suara Fiza.

Pelangi SenjaWhere stories live. Discover now