Bab 17

1.2K 62 0
                                    

"Sayang, harini tak pergi kafe?" Amanda disebelahnya ditanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang, harini tak pergi kafe?" Amanda disebelahnya ditanya. Pelukan ditubuh Amanda masih belum dileraikan malah diketatkan lagi. Bantalnya dibetulkan sedikit.

"Memandangkan hari ini abang tak masuk office, Manda pun tak pergi kafelah. Nak spendtime dengan kesayangan Amanda ni.." senyuman manis diukirkan.

Bau maskulin badan sasa Zafiq dihidu sepuas mungkin. Kepalanya disandarkan di dada bidang Zafiq.

"Gedik." usik Zafiq.

"Tak kisah.." usikan daripada Zafiq tidak diendahkan. Malah, apa yang dikatakan oleh Zafiq adalah benar. Amanda Safina memang gedik. Tapi hanya untuk lelaki yang bergelar suami.

"That's why I love you." kata Zafiq perlahan disebelah telinga Amanda.

"Abang dah bersedia nak ada anak?" tanya Amanda selepas berdiam diri beberapa minit.

Terangkat kening Zafiq mendengar soalan daripada isterinya itu.

"Abang sentiasa sedia. Sayang pula?" kali ini dia pula bertanya.

"Yep."

"Kalau macamtu, bolehla kita usaha sekarang." Kata Zafiq berbaur gurauan. Tidak mengharap lebih, sekadar mahu mengenakan Amanda.

"Okay, jomlah!" lain pula bagi Amanda.

"Serius ni?" soal Zafiq.

"Iyelah, jomlah sekarang." muka blur Zafiq dikerling.

"Abang bergurau je."

"Eh betul ni, jom lah! Amanda boleh je sekarang ni." kata Amanda serius.

"Eh sayang, kenapa nakal sangat ni." pipi Amanda digomol. Muka tidak percaya ditayang. Pelik Amanda pagi ini.

Amanda tidak menjawab malah mengucup lembut rahang Zafiq. Selepas itu, dia cium pula pipi Zafiq. Puncak hidung Zafiq juga turut menjadi sasarannya.

Geram dengan kelakuan Amanda, wajah Amanda ditekup perlahan sebelum melabuhkan beberapa ciuman di pipi Amanda. Terjerit-jerit Amanda menahan geli. Kadang-kadang dia geletek juga Amanda.

Letih Amanda dibuatnya. Bukan letih apa, letih tertawa sebenarnya.

"Stop it abang, Manda dah penat ni." tangan Zafiq yang mahu menggeleteknya itu sedaya upaya dia menghentikan.

Galak Zafiq mentertawakan Amanda. Melihat isterinya sudah merayu, dia berhentikan juga perbuatannya.

"Sorry sayang, janji buat lagi." ujar Zafiq lembut.

Amanda menjeling manja kepada Zafiq sebelum dia kembali memeluk suaminya itu. Zafiq mengetatkan pelukan mereka.

"Sayang kafe sayang okay?" soal Zafiq.

"Okay je." bohong Amanda. Kafenya kini mengalami sedikit kerugian kerana ada yang  mengsabotaj dessert yang berada di kafenya.

Dalam 13 pelanggan dapat dessert yang rasanya tidak seperti yang dikatakan. Kerana hal itu, rating kafenya mula menurun. Pekerjanya kata ada yang mahu mengenakan dirinya.

Tidak mahu Zafiq risau, dia memilih untuk tidak memberi tahu Zafiq.

"Kalau sayang ada masalah, beri tahu saja pada abang. Insyaallah abang boleh tolong. Jangan simpan seorang-seorang okay?" pesan Zafiq.

"Erm thanks abang."

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc.
Do vote and comment.
Terasa nak belanja 2 bab pula malam ini.

Zafiq's [C]Where stories live. Discover now