Bab 25

1K 55 2
                                    

"ABANG, jom main satu game

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

"ABANG, jom main satu game." Amanda melompat keatas kusyen sofa dengan agresif. Nasib tubuh dia kecil molek. Kalau tidak mahu patah kayu sofa itu. Lengan Zafiq dipeluk daripada tepi.

Komputer ribanya Zafiq letak diatas meja kecil dihadapannya seraya memusingkan tubuh terhadap isteri tercinta. "Game apa yang? Kalau nak main dare or dare abang tak nak tau," kata Zafiq terlebih dahulu sebelum dijelaskan oleh Amanda. Dia bukan apa, kadang-kadang dare yang Amanda beri itu yang bukan-bukan sahaja. Minggu lepas, Amanda memaksanya makan petai yang disalutkan dengan coklat. Memang idokler Zafiq makan.

"Tch, abang trauma dah ke?" Amanda menyindir Zafiq sedikit.

"Sangat." jawab Zafiq ringkas sebelum dia melepaskan tawaan kecil.

Pipi Zafiq ditekup oleh Amanda menggunakan kedua tapak tangan kecilnya. Matanya dikecilkan. "Iye, Manda dah tak suruh abang makan benda bukan-bukan dah. Kalini kita main game yang viral di aplikasi tiktok pula. Okay?" tepi rahang Zafiq dikucup sekilas sebelum dia menunjukkan Zafiq cara permainan itu dimainkan.

"Yang, bahaya lah game yang macam ni. Kita main game lain lah" pujuk Zafiq lembut.

"Alah apa yang bahayanya? Abang kata je apa-apa,  Manda janji Manda tak koyak." telapak tangannya diangkat. Muka yakin ditayang.

"Haih, fine." akhirnya, Zafiq membuat keputusan untuk mengalah.

"Yeay!" bersorak gembira Amanda apabila suaminya mengikutkan kehendaknya.

Zafiq membuat muka toya sebelum memulakan permainan tersebut. "At least abang tak pernah tersalah masuk kereta orang lain."

"At least Manda tak pernah tak pernah beria dekat ex patner yang dah tak nakkan Manda." giliran Amanda membalas.

"At least abang tak bakar barang yang pernah ex patner beri." balas Zafiq. Ouch! Tersentap sikit Amanda didepannya itu.

"At least Manda tak pernah kena curang." sindir Amanda pedas.

Zafiq menepuk dadanya perlahan menandakan kata-kata Amanda itu membuatkannya terasa hati.

"Okaylah this time, Manda menang." kata Zafiq sebelum meminta diri untuk beredar daripada ruang tamu tersebut.

Amanda tergandah seketika. Zafiq yang sedang menaiki tangga dipanggil. Namun panggilan itu tidak dijawab Zafiq. "Aduh, aku ada salah cakap ke eh?" seloroh dia bersendirian. Rambut panjangnya diraup seraya dia turut beredar daripada ruang tamu. Tak lupa juga ditutup suis televisyen.




"ABANG nak keluar kejap. Ada apa-apa telefon aje." kunci kereta yang tergantung ditempat penyangkut diambil sebelum menyarungkan kasut.

Belum sempat Amanda mahu membalas, pintu utama sudah ditutup oleh Zafiq. Amanda segera bangun mengintai Zafiq diluar yang sedang menghidupkan enjin keretanya. "Tch, kenapa dengan dia ni... Dingin semacam aja." gusar hatinya ketika ini.

Telefon pintarnya yang berada di atas sofa dicapai sebelum nombor Zara didail. "Assalamualaikum beb, aku nak jumpa dengan kau sekejap. Aku tunggu kau dekat kafe aku. Ha? Pukul 2? Ah bolehla..."

Selepas selesai membuat panggilan, Amanda bergegas menuju ke tingkat atas untuk menyiapkan diri.

Dalam setengah jam saja dia sudah siap berpakaian cantik. Keizinan Zafiq untuk keluar rumah belum diminta. Dia mendail Zafiq segera. Sudah hampir mahu pukul 2 ni. Tak boleh lambat. Zara tidak gemar orang yang tidak menepati masa. Naya dia kalau Zara bebelkan dia nanti.

"Assalamualaikum abang ku sayang, Manda nak keluar sekejap boleh tak? Keluar dengan Zara. Lepak di kafe Manda je..."

"Hm, pastikan balik sebelum maghrib." suara didalam panggilan itu memberi amaran.

"Thankyou abang, sayang abang. Muah" suara manja dibuat Amanda.

"Hm," hanya itu dibalas oleh Zafiq sebelum dia mematikan panggilan tersebut.

Jatuh rahang Amanda dibuatnya. Ish, sampai hati abang tak kata i love you pada Manda. "Tak apa, nanti kita pujuk dia. Sah-sah merajuk laki aku ni..."

Tbc

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

Tbc.
Do vote and comment.

Zafiq's [C]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum