Episode 6| percutian musim sejuk (part 1)

88 19 9
                                    

Pada pagi ini, cuaca di Korea sangat sejuk kerana sudah tiba masa untuk menyambut bulan Krismas,keluarga Williams sibuk dengan persiapan untuk percutian musim sejuk mereka yang lama dinanti. Mansion mereka diisi dengan getaran kegembiraan dan keceriaan.

Emilia sibuk mengemas luggage keluarga mereka dengan penuh perhatian. Dia memastikan setiap pakaian dan perlengkapan telah disusun rapi

"ADRIAN WILLIAMS, cepatlah mana luggage kamu?" Ucap mommynya, dia ingin memastikan semua barang keperluan dan pakaian tebal anak-anaknya disediakan agar mereka tidak kesejukan waktu tiba di Melbourne Nanti

"Sabar mommy adrian sedang cari stoking" jawab Adrian dari tingkat atas. Namun, kelalaian kecil membuat mommynya semakin risau kerana dia tahu anak-anaknya sangat cuai jika mereka kemas barang sendiri

Di saat yang sama, si bongsu, Andrew, memecahkan ketenangan dengan seruan penuh kecemasan, "MOMMY!"

"Ya dew,Kenapa panggil mommy?" Tanya Emilia

"Mommy, ada nampak jaket Dew?" ucap Andrew, yang tampak kebingungan mencari jaketnya.

Sambil melanjutkan mengemas luggage, Emilia menjawab, "Ade di dalam almari, sayang."

"Dew dah cari, tapi takde mommy" balas Andrew dengan nada kegelisahan. Mommynya berhenti sejenak, memahami bahwa ada sesuatu yang perlu diatasi sebelum percutian musim sejuk mereka dimulai. Tidak terduga, mencari stoking dan jaket menjadi suasana rumah ini sedikit bising

"Baiklah, mari kita atasi satu per satu masalah. Adrian, cuba Adrian cari dekat sofa sebab tadi mommy nampak Adrian letak dekat situ, dan Andrew, jom kita cek almari sekali lagi untuk mencari jaket kamu."

Adrian turun ke bawah untuk mencari stoking seperti yang mommynya cakap, Sementara itu, mommynya dan Andrew bersama-sama pergi bilik andrew untuk mencari jaket yang hilang.

Beberapa minit kemudian adrian sudah jumpa stokingnya "mommy ian dah jumpa stokin rupanya stoking ian kat bawah sopa" ucap Adrian sambil gelak tanpa rasa bersalah

Manakala si Andrew sudah jumpa jaketnya yang tergantung di belakang pintu almari, "mommy dew, dah jumpa jaket"

Emilia mengangguk kepala lalu turun kebawah untuk melihat lagi barang-barang untuk dikemas

di ruang keluarga yang hangat, Ara, si kakak, duduk ke samping Daddynya, Edwin, yang tengah sibuk dengan telepon pintarnya.

"Dad, siapa je yang ikut kita bercuti?" tanya Ara dengan mata berbinar-binar, ingin mengetahui lebih banyak tentang rencana perjalanan keluarga mereka.

"Hmm? Hanya keluarga Harvey dengan Jones je, dan  kawan-kawan kamu semua jelah" jawab Edwin, sambil memandang wajah ceria anak perempuannya.

"Kamu sudah siap kemas barang?" Tanya Daddynya lagi

"Dah  daddy, ara kemas barang dari semalam" balas ara

Edwin tersenyum dan menggeleng kepala."Daddy dan mommy pun macam tu. Adik dan abang kamu ni yang suka kemas last minit," ucapnya dengan senyuman lembutnya

Emilia menyuarakan rasa syukurnya, "Nasib baiklah kita guna kapal terbang peribadi, kalau naik kapal terbang biasa kita dah kena tinggal sebabkan diorang." Lalu Emilia bergabung di ruang tamu bersama suami dan anak perempuannya

Edwin mengangguk setuju sambil menambahkan, "Sebab itu, Daddy tak akan pernah naik kapal terbang biasa, sebab keluarga kita kaki sidai."

Tawa riang meluap dari bibir Ara, "Hahaha, itu memang fakta, Mom! Dew dan ian tak akan pernah berubah"

Emilia, sambil memegang dagu dengan mimik wajah lucu, berkata, "Bilalah adik dan abang kamu nak matang?" Suaranya diiringi dengan gelengan kepalanya yang ringan,

Two different worldDonde viven las historias. Descúbrelo ahora