Episode 10 |Confronting Shadows of the Past

22 9 0
                                    

Ara dan Edward sibuk dengan perkerjaan mereka. Hari ini, mereka berdua bercadang untuk pergi melihat pakaian kahwin mereka bersama pada sebelah petang. Namun, takdir mempunyai perancangan tersendiri.

Menjelang petang, kesibukan Edward di pejabat dan Ara yang mengejar dealine untuk tesisnya menyebabkan Mereka berdua berasa tertekan dan risau kerana masih belum boleh meluangkan masa untuk melihat pakaian pengantin yang bakal menjadi sebahagian daripada kenangan indah mereka.

Dalam perpustakaan universiti yang sunyi, Wendy dengan penuh semangat mengambil buku-buku dari meja Ara, "Wei Ara, bukan kau kata nak pergi butik Mommy kau hari ni? untuk tengok baju kawin kau? Mommy kau dah set appointment kan?"

Ara yang sedang sibuk meneliti tesisnya mengangkat kepalanya seketika, "Eh ha'ah, tapi tesis ni penting, Wendy. Susah nak siapkan ni dan Aku rasa Edward pun sibuk dengan kerja sebab dari tadi tak mesej aku pun."

Kasya, yang sedang asyik makan keropok yang berada di tengah meja, ikut bersuara, "Kau kan dah janji dengan mommy kau nak settle majlis perkahwinan kau. Ni dah nak dekat hari perkahwinan kau, takkan Tak nak tengok baju kawin kau? Mana tahu saiz kau berubah tak pasal-pasal tak muat baju."

Wendy mengangguk mengiyakan, "Betul tu, Ara. Mommy kau dah tunggu. Tak akan nak kecewakan Mommy kau?"

Ara mengeluh, "Tapi tesis ni tak siap lagi, Kasya dan Wendy. Macam mana nak cari masa pergi butik Mommy?"

Jawab Kasya sambil mengunyah keropok, "Relax lah Ara. Memang tesis tu penting, tapi ada benda yang lebih penting, Bila kau nak pastikan yang baju kau kawin tu sesuai dengan kau?'"

Wendy tersenyum, "kan?, Mommy kau dah excited siapkan baju kawin kau tak akan kau nak jadi anak durhaka."

Kasya tersenyum lebar, "Lagipun inilah masa kau nak rapat dengan si Edward tu"

Ara balas "nanti petang sikit aku mesej Edward, tapi dia kata dia hari ini busy"

"Kau dan Edward punya busy kalah pendana menteri" ucap Wendy sambil menjeling ara

Ara, sambil menyesap kopi dan menyelus-elsukkan kertas-kertas tesis yang berselerak di meja, menjawab dengan nada santai, "nak buat macam mana, kami berdua memang sibuk bukan sengaja"

"Habislah kau ara, nanti Mommy dan mama kau marah," ucap Wendy blagi

Ara dengan malas berkata, "Aku yakin, mesti mommy aku marah punya. Tapi Mommy aku pun janganlah main buat appointment. Aku dan Edward dahlah susah cari masa yang sesuai"

Kasya, sambil asyik membaca buku di sudut perpustakaan yang sunyi, tiba-tiba menyapa dengan nada sindiran, "Kau ngan Edward ni sama je, degil nak mampos. Kalau Mommy dan Mama korang bising, aku tak tahu la."

Wendy yang sedang mencari bahan untuk tesisnya, menjawab dengan senyuman, "Diorang kan tak takut langsung. Lepas balik rumah paling sakit pun kena hempuk guna kuali je."

Kasya tertawa kecil, "Betul la tu, Wendy. Aku rasa diorang tu macam takde takut langsung.siapalah kita ni kalau nasihat kan diorang."

Ara, yang mendengar perbualan mereka, tersenyum, "Alah, mommy aku tu memang suka marah-marah. Asal tak hempuk kuali kat aku, aku okay je"

Kasya mengejek, "Tapi kau kan nak kahwin. Esok-esok kalau Mommy kau bising, kuali pun boleh jadi benda nak hempuk kat kau."

Ara hanya tergelak, "Takkan la mommy nak hempuk aku dengan kuali. Relax la, Kasya. Mommy aku pun tau aku ni degil sikit."

Kasya memandang Ara dengan senyumannya, "Macam mana kau rapat dengan Edward?kalau dua-dua degil"

Ara mengangkat bahu dengan senyuman masam, "Entahlah, Kasya. Aku pun tak tahu."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 11 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Two different worldWhere stories live. Discover now