Episode 8| percutian musim sejuk (part 3)

63 16 0
                                    

Pada pagi yang cerah di villa yang diselimuti ketenangan, penghuninya masih terlelap dalam mimpi yang indah, membuat aktivitas di gunung Alps tertunda oleh perasaan letih

Suara gemericik air dari pancuran dan bau harum kopi yang menyusup dari dapur menghantarkan Andrew keluar dari mimpinya. Dengan langkah tenang, ia mendekati dapur di mana Emilia tengah sibuk memasak, sementara Elena dengan ceria mengatur meja makan.

"Morning, mommy," ucap Andrew dengan senyuman manis, memeluk Emilia dari belakang.

Emilia membalas sapaan dengan senyuman penuh kasih, mengusap lembut kepala Andrew. "Morning, sayang. Bagaimana tidur dengan kamu?"

Andrew menjawab dengan penuh semangat, "dew tidur dengan baik, mommy." Ia melihat ke kuali di atas dapur, mencium aroma harum sarapan yang sedang disiapkan oleh Emilia.

"Mana Adrian dan ara  Masih tidur" tanya Emilia

"Tak tahu, rasanya masih tidur" jawab Andrew minum segelas air panas

"Hmmm,dah agak mesti diorang tidur Lambat malam tadi" ucap Elena pula

"Kawan-kawan kamu sudah bangun"Tanya Emilia

"Sudah mereka sedang menunggu giliran untuk mandi" balas Andrew sambil duduk di sebelah Elena

"Minum susu supaya tubuhmu lebih panas" ucap Elena sambil memberi susu hangat untuk Andrea kerana cuaca yang bergitu sejuk

"Daddy mana mom?" Tanya Andrew mencari sosok Daddynya

"Dia di balkoni bersama uncle marvey dan uncle julian" balas Emilia lagi

"Ohhh andrew pergi sana eh" ucap Andrew seraya berlari ke atas balkoni, mencari kehangatan kebersamaan pagi bersama Daddy dan yang lainnya sambil membawa susu hangatnya

Sementara itu, di kamar perempuan, Kasya yang baru bangun merasakan denyutan sakit kepala. Mabuk malam tadi bersama Ara dan Wendy meninggalkan jejaknya. Kasya memutuskan untuk membangunkan Ara dan Wendy yang masih terlelap di katil masing-masing.

"Ara, bangun sekarang. Sudah pukul 8.00 pagi," ucap Kasya sambil membuka tirai di dalam bilik mereka, berusaha menyapa pagi dengan semangat walaupun kepala masih terasa berat.

Ara mendengar panggilan Kasya lalu membuka matanya perlahan, menyadari bahawa matahari pagi sudah menerangi bilik mereka. Wendy juga menggeliat, masih setengah terjaga dari tidurnya.

"Ugh, pagi-pagi dah sakit kepala," keluh Ara sambil menggusap pelipisnya dengan perlahan

Kasya tersenyum dan menawarkan segelas air minum, "Mungkin ini boleh membantu, malam tadi kita terlalu berseronok"

Wendy mengangguk setuju sambil mengambil gelas air di sebelah katilnya "Betul, tapi aktiviti malam tadi seronok kan? Rasa seperti kita berada di heaven"

"Hmm, seronok tapi pagi ni, aku rasa nak hetuk kepala aku kat dinding" ucap kasya yang masih pening manakala Wendy hanya ketawa

"Dahlah aku nak pergi mandi, nanti mommy aku marah" jawab ara sambil mengambil tuala lalu pergi bilik air yang berada di bilik mereka

Manakala Wendy sedang mengecek telefon jika ada benda yang penting

Di bilik Adrian, Edward,joshua, dan xavier

Edward sedang asyik membaca buku di balkoni, memandang Xavier dan Adrian yang masih tidur nyenyak di atas katil. Wajahnya tampak datar, mungkin menggambarkan keheranan atas kebiasaan teman-temannya yang terbiasa tidur lebih lama.

Manakala joshua, di sofa, sedang bermain game di telefonnya sambil tersenyum puas setelah meraih kemenangan.

"Hmmm, nilah yang kata nak bangun awal semalam," ucap Edward dengan datar, memandang teman-temannya yang masih terlena.

Two different worldWhere stories live. Discover now