BAB 7

2.7K 146 5
                                    



"Okay kita singgah branch kejap. Baru check in." Bagitahu Irfan bila mereka masuk ke dalam kereta.

"Okay Tuan Irfan." Balas Hawa dengan ceria. Perut kenyang, hati gembira.

"Dah kenyang happy ye kau." Sindir Irfan pula.

Hawa cuma mencebik. Dah biasa dengan sindiran Irfan. Lalu Irfan memandu menuju ke branch baru.



Sampai di branch, Irfan disambut oleh dua orang pekerjanya. Farhan yang merupakan branch manager untuk Kuantan dan juga Izzah sebagai supervisor.

"Selamat datang Tuan Irfan." Sapa Farhan kepada majikannya itu. Farhan juga merupakan antara pekerja senior di IDAN Exclusive. Rezeki dia dapat menjadi manager di kampung halamannya.

"Thank you. Dah lama tunggu?" Tanya Irfan kepada pekerjanya itu. Dia sampai agak lambat jugak dari waktu yang dijanjikan.

"Takde laa Tuan Irfan. Kitorang baru jugak sampai ni." Balas Izzah yang berdiri di sisi Farhan.

Izzah sudah tersipu-sipu melihat Irfan di hadapannya. Ternyata betul apa yang dia dengar, CEO baru ni memang handsome betul. Tinggi, badan sasa, berkumis nipis. Memang taste dia betul.

"Jom Tuan Irfan. Saya tunjuk sekeliling." Ujar Farhan. Irfan mengangguk lalu berpusing pada Hawa.

"Kalau kau penat, duduk dulu. Aku nak tengok keliling dulu." Kata Irfan pada Hawa.

Hawa mengangguk dan mengambil tempat di sofa.
Malas nak ikut. Perut yang masih kenyang itu membuatkan dia mengantuk. Sepanjang perjalanan itu pun dia tak tidur langsung.

Irfan mengerti keadaan Hawa melangkah mengikut Farhan. Izzah juga mengiringinya. Mereka berbincang mengenai susun atur untuk cawangan itu dan juga masalah-masalah kecil yang masih belum selesai.

Selesai meninjau keseluruhan ruang cawangan itu Irfan kembali di mana Hawa berada.

Bila melihat Hawa tertidur di sofa, dia memandang jam di tangannya. Sudah hampir pukul 5 petang. Mesti penat sangat tu.

"So kalau takde apa-apa dah, saya nak check in and rest dulu. Esok pukul 10 pagi saya datang balik." Kata Irfan kepada Farhan.

"Malam ni Tuan Irfan tak ke mana-mana ke? Kalau nak ke mana-mana, saya boleh tunjukkan." Kata Izzah pula sekadar mencuba nasib. Mana laa tahu kot-kot boleh jadi pemandu pelancong.

"It's okay. Saya cuma nak rest." Tolak Irfan sambil senyum. Dia perasan yang Izzah dari tadi merenungnya.

Kalau dulu mungkin dia melayan, sekarang entah kenapa dia sudah tidak berminat untuk berkenalan dengan mana-mana perempuan.

Irfan mendekati Hawa yang masih nyenyak tidur itu. Sebenarnya dia tak perlukan Hawa pun untuk outstation ini. Dia sengaja ingin mengenakan Hawa.

"Bangun Hawa." Irfan mengejutkan Hawa dengan menolak kaki Hawa dengan kakinya.

Hawa yang tersedar terus menggeliat membetulkan urat dan sendinya. Selepas beberapa saat baru dia perasan tiga pasang mata sedang memandangnya. Allah, macam mana boleh terlena ni?

Hawa bingkas bangun dan membetulkan pakaiannya.

"Sorry Tuan Irfan. Saya tertidur." Hawa cuba menahan riak mukanya yang malu.

"Ye aku nampak. Dah jom."

Hawa melemparkan senyum melihat Farhan dan Izzah. Dia malu sebenarnya bila teringat pandangan mereka semasa dia tersedar dari tidur tadi. Apalah diorang fikir pasal aku.

ID untuk Hawa [C] ✅Donde viven las historias. Descúbrelo ahora