BAB 45 |DAUGHTER OF MAFIA|

35 3 0
                                    

Arsher balik ke mansion.Dia keluar dari kereta dan dia berjalan masuk ke dalam mansion.Masuk sahaja di dalam mansion.Dia melihat Madison Lake berada di ruang tanu.Dia berjalan menuju ke tangga.Dia hanya abaikan Madison Lake yang berada di ruang tamu.Langkahnya terhenti apabila Madison Lake bersuara.



"Kau pergi mana?Kau pergi ke mansion kau yang ada di atas bukit ke?Kau hanya makanan kepada perempuan tu ke?"Tanya Madison Lake dengan bertubi-tubi.Dia bertanya dengan nada marah.Dia tidak suka Arsher dekat dengan Tengku Selena.



Arsher pusing ke belakang dan dia menoleh ke arah Madison Lake yang sedang berdiri.Dia memandang tajam ke arah Madison Lake.



"Suka hati aku la nak pergi mana.Ikutkan hati aku nak je aku halau kau daripada mansion ni.Kalau aku pergi ke sana pun kenapa?Itu urusan aku tiada kaitan dengan kau.Jangan pernah sebut Tengku Selena dengan sebutan perempuan tu.Tengku Selena ada nama."Jawab Arsher dengan dingin.Dia memandang dingin ke arah Madison Lake yang berdiri.



"Ini mansion aku dan aku yang beli mansion.Aku berhak halau kau atau sesiapa pun."Kata Arsher lagi apabila dia melihat Madison Lake ingin membalas.Dia hanya memandang Madison Lake dengan pandangan sinis.



Selepas berkata begitu,Arsher berjalan menaiki tangga.Sampai di tingkat atas terus Arsher masuk ke dalam bilik.Arsher menghempas pintu dengan sangat kuat.



Madison Lake yang berada di bawah mengengam tangannya dengan erat.Dia pasti Arsher jadi begini kerana Tengku Selena.Dia akan bunuh Tengku Selena kerana Tengku Selena sudah mengubah sikap Arsher.Dulu,Arsher tidak berani membantah.Tapi,Sejak Arsher mengenal Tengku Selena sikap Arsher mulai berubah.

























Ace menelefon Tengku Selena banyak kali.Tapi,Tengku Selena tetap tidak tidak menjawab panggilannya.



"Kalau ada apa-apa jadi dengan honey aku.Aku akan bunuh Arsher dengan Madison Lake."Kata Ace sendirian sambil dia menelefon Tengku Selena.



Tiba-tiba Ace mendapat mesej daripada Tengku Selena.Dia buka mesej daripada Tengku Selena dan dia baca mesej Tengku Selena.



✉️

Lena ada di mansion Arsher.

Ace Jangan risau tentang Lena.

Lena cuma perlukan masa.

Jujur Lena keliru nak percaya siapa.

Jujur Lena tak sangka yang Ace tahu tentang ini selama ini.

Kenapa Ace tak beritahu Lena?

Cakap dengan Daddy yang Lena baik-baik sahaja.

✉️



"Arrrrghh!"Jerit Ace dan dia memecahkan gelas yang ada di tangannya.Tangan yang berdarah tidak dipedulikan.Yang dia fikir sekarang ini hanya Tengku Selena.



Ace mengetap bibir menahan marah.Dadanya naik turun menahan marah.Dia juga cemburu apabila melihat mesej daripada Tengku Selena.Dia bertambah cemburu apabila Tengku Selena mengatakan yang Tengku Selena tinggal di manison Arsher.



Tiba-tiba Ace memikirkan rancangan yang bagus.Dia tersenyum licik apabila memikirkan rancangannya.Rancangannya akan membuatkan Arsher pergi buat selama-selamanya.



Ace berjalan ke arah almari dan dia mengambil peti medic.Dia merawat lukanya.Dia tidak mahu Tengku Hayn dan Tengku Hayder curiga dengannya.



Selepas itu,Ace mengemas kaca yang berada di lantai dan dia buang ke dalam tong sampah yang berada tidak jauh daripada situ.



Selesai mengemas,Ace berjalan keluar dari bilik gym dan dia berjalan masuk ke dalam bilik rahsia.Dia melihat Tengku Hayn dan Tengku Hayder berada di dalam bilik rahsia.



"Tengku."Panggil Ace dengan hormat.Dia berdiri di hadapan Tengku Hayn dan Tengku Hayder.



Tengku Hayn dan Tengku Hayder menoleh ke arah Ace.



"Ada apa?Kau dah tahu ke mana anak aku?"Tanya Tengku Hayn kepada Ace.



Tengku Hayder hanya diam.Dia sudah bertanya kepada Kris.Tapi,Kris tidak dapat jejak Tengku Selena kerana Tengku Selena berada di tempat yang sangat terpecil.Tambah lagi tempat itu tidak dapat diakses.



"Dah.Tengku Selena mesej kepada saya yang Tengku Selena ada di mansion Arsher.Saya pasti Tengku Selena berada di mansion Arsher yang berada di hutan."Jawab Ace dengan yakin.Dadalam diam,Dia tersenyum sinis melihat Tengku Hayn dan Tengku Hayder.Dia pasti Tengku Hayn dan Tengku Hayder tidak akan biarkan Tengku Selena berada di situ lama-lama.



"Tengku Selena mesej saya yang Tengku Hayn dan Tengku Hayder tak perlu cari Tengku Selena kerana Tengku Selena mahu tenangkan diri.Tengku Selena keliru mahu percaya kepada siapa."Kata Ace lagi.Dia memandang Tengku Hayn dan Tengku Hayder.Dia dapat lihat muka Tengku Hayn dan Tengku Hayder menahan marah.



"Malam ini biar sahaja dulu anak aku di sana.Tapi,Esok terus kita semua pergi sana.Ambil anak aku.Kita perlu cepat sebelum Seth dan Stanley sampai ke sana."Balas Tengku Hayn dengan nada dingin.



"Pukul berapa pagi esok kita nak pergi?"Tanya Tengku Hayder yang diam daripada tadi.Dia bukan tidak nampak yang Ace tersenyum sins.Dia hanya berpura-pura tidak nampak.Dia pasti Ace ada rancangan tersendiri.



"Pukul 6.00 am.Lama-lama nanti Seth dan Stanley pergi.Kita tak boleh biar Seth dan Stanley pergi ke sana."Jawab Tengku Hayn dengan nada dingin.Dia tidak akan sesekali menyerahkan Tengku Selena kepada Dato Seth dan Stanley.Dia yang menjaga Tengku Selena sejak kecil dan sejak itu Tengku Selena telah menjadi anaknya.



Tengku Hayder hanya mengganguk faham.Dia juga tidak akan biarkan Tengku Selena diambil oleh Dato Seth dan Stanley.Tengku Selena adalah anak saudara kesayangannya.Dia tidak akan biarkan sesiapa mengambil Tengku Selena.


















Dato Seth dan Stanley sudah mendapat lokasi Tengku Selena berada di mana.Mereka berdua juga akan bertolak pagi esok ke lokasi Tengku Selena.Mereka berdua tidak boleh melengahkan masa lagi.Jika mereka berdua melengkah masa tentu Tengku Hayn dan Tengku Hayder akan mengambil Tengku Selena daripada mereka berdua.



Dato Seth lega apabila dia dapat beritahu Tengku Selena siapa dia dan Stanley.Dia juga lega kerana misi RAHSIA sudah selesai.Dia bersyukur kerana anak perempuannya masih hidup.



Sanely lega kerana dia dapat lokasi Tengku Selena.Dia menyuruh kawannya mencari Tengku Selena dengan kumpulan tentera yang ada di udara dan dia bernasib baik kerana salah satu kawannya nampak Tengku Selena berjumpa dengan Arsher.Dari situ dia dapat tahu di mana lokasi Tengku Selena.



Dato Seth gembira kerana tidak lama lagi dia akan mendapat anak perempuannya kembali.Keluarga dia akan bersatu kembali.Sudah lama dia menunggu saat ini.Dia tidak sia-siakan peluang yang dia ada ketika ini.



Stanley gembira kerana tidak lama lagi dia akan bersama dengan kakak kandungnya.Sudah lama dia ingin bersama dengan kakaknya.Sekarang,Tiada siapa yang boleh halang dia dairpada dekat dengan Tengku Selena.



"Keluarga kita akan kembali lagi."Kata Dato Seth dengan nada perlahan.Dia memandang ne arah Stanley yang diam.



Stanley hanya tersenyum kepada Dato Seth.Dia juga tidak sabar ingin melihat keluarganya kembali bersatu.Apabila Tengku Selena kembali itu bermakna keluarga mereka sudah lengkap.

Daughter Of Mafia Where stories live. Discover now