BAB 31

30 5 0
                                    

  KERETA yang dipandu oleh Fawwaz meluru masuk ke dalam perkarangan rumah banglo milik orang tuanya.

Fawwaz keluar dari perut keretanya dengan keadaan raut wajahnya yang muram. Lantas dia menghampiri pintu utama rumah tersebut, lalu menguak dedaun pinta rumah tersebut. Kaki kanannya terlebih dahulu melangkah masuk ke dalam rumah

Dia menuju ke arah sofa yang terletak elok di ruang tamu. Sewaktu dia sedang menghampiri sofa tersebut, tanpa dia sedari Puan Amirah Nasuha yang berada di dapur telah pun memerhati sosok dirinya sejak dia melangkah masuk ke dalam rumah lagi.

Fawwaz melepaskan jam tangannya yang berjenama itu. Lalu dia meletakkan jam tangan miliknya di atas meja yang bersebelahan dengan sofa.

Telefon bimbit yang berjenama miliknya yang dipegangnya dari tadi juga diletakkan di atas meja.

Lantas Fawwaz merebahkan badannya di atas sofa. Tangan sebelah kanannya diletakkan di atas dahi manakala tangan sebelah kirinya pula, diletakkan disisinya. Seraya itu, dia memejamkan matanya.

Puan Amirah yang tadinya berada di dapur, kini melangkah menuju dan menghampiri ke arah Fawwaz yang baru sahaja ingin melelapkan mata.

Puan Amirah menepuk-nepuk tangan sasa milik Fawwaz.

"Fawwaz.. bangun. Pergi naik atas. Tak selesa baring atas sofa macam ni," Puan Amirah cuba mengejutkan Fawwaz.

Suara Puan Amirah yang menerpa masuk ke dalam gegendang telinga milik Fawwaz itu membuatkan Fawwaz terus sahaja mencelikkan matanya lalu bangun dari tidurnya.

Fawwaz yang tadinya berbaring di atas sofa, kini telah pun duduk sambil menggosok-gosok matanya.

Puan Amirah yang sejak tadi hanya berdiri, kini melabuhkan punggungnya di atas sofa untuk duduk bersebelahan dengan anaknya.

"Fawwaz ok ke tak ni? Waktu Fawwaz masuk ke dalam rumah, lepas itu tidur, sehinggalah Fawwaz bangun semula, mama tengok muka Fawwaz ni muram saja, kenapa? Cuba cerita dengan mama." ucap Puan Amirah.

"Fawwaz ok sahaja mama.." nafinya.

"Tak payahlah nak tipu-tipu mama ni.. macamlah mama ni baru kenal dengan kamu tadi. Mama kenal dan tahu sangat dengan perangai kamu ni," kata Puan Amirah apabila mendengar jawapan daripada anaknya.

"Fawwaz ada masalah sikit dekat office, ma.." tipunya lagi.

"Tengok. Tipu mama lagi. Tak apalah, Fawwaz. Kalau Fawwaz tak nak cerita pun tak apa. Mama faham." ujar Puan Amirah sambil bibirnya mengukir senyuman.

Fawwaz berasa kesal. Dia melepaskan nafas berat.

"Mama.. Fawwaz naik atas dulu ya," pamit Fawwaz sebelum dia mengaturkan langkahnya untuk menuju ke tingkat atas.

Puan Amirah mengangguk-anggukkan kepalanya. Seraya tersenyum manis.

Sebelum Fawwaz mengaturkan langkahnya, dia segera mencapai jam tangan dan telefon bimbit miliknya itu di atas meja.

Lantas Fawwaz pun mengaturkan langkahkan untuk menuju ke tingkat atas dan berlalu pergi meninggalkan Puan Amirah yang masih lagi duduk di atas sofa.














  PADA awal pagi lagi, Fawwaz kelihatan begitu tergesa-gesa menuruni setiap anak tangga untuk turun sampai ke tingkat bawah. Entah apa yang sedang dia kejarkan.

Puan Amirah yang sedang menyiapkan hidangan untuk sarapan pagi sambil dibantu oleh Marsya Elvina, iaitu anak keduanya pun kelihatan bagai tidak wujud sahaja.

Fawwaz sangat tidak peka akan keberadaan mama dan adiknya yang berada di dapur.

Marsya Elvina yang melihat kelibat abangnya yang sedang tergesa-gesa ingin menuju ke arah pintu utama rumah dengan segeranya bersuara.

"Abang! Abang nak pergi mana tu? Tergesa-gesa pula tu," soal Marsya hingga membuatkan Fawwaz yang tadinya  kelihatan tergesa-gesa, kini memberhentikan langkahnya seketika.

"Abang nak keluar sekejap. Ada hal sikit." ucap Fawwaz sambil mengatur langkahnya untuk keluar daripada rumah.

"Eh, Fawwaz! Kalau ya pun ada hal, marilah duduk sarapan dahulu," panggil Puan Amirah apabila melihat Fawwaz ingin menuju ke arah pintu utama rumah.

Langkah Fawwaz berhenti lagi.

Puan Amirah dengan pantasnya menuju menghampiri Fawwaz.

"Tak apalah, ma.. nanti Fawwaz makan dekat luar je. Fawwaz pergi dulu," ujar Fawwaz sambil menghulurkan tangannya untuk menyalam tangan Puan Amirah sebelum dia melangkahkan kakinya keluar.

"Baiklah, hati-hati." kata Puan Amirah sambil menyambut huluran tangan anaknya yang ingin menyalamnya.

"Oh, iya. Sebelum terlupa, nanti adik tolong ambilkan Haura dekat sekolah tau!" pesan Fawwaz kepada adiknya.

Lantas Fawwaz pun menghampiri kereta miliknya. Lalu melangkah masuk ke dalam perut kereta dan dengan segeranya dia menghidupkan enjin keretanya.

Kereta milik Fawwaz pun berlalu pergi menghilang dari perkarangan rumah banglo milik orang tuanya.

OG | Mrs. Fawwaz DaiyanWhere stories live. Discover now