BAB 32

37 8 0
                                    

   SETELAH sampai sahaja di hadapan hospital, Fawwaz dengan segeranya memarkirkan keretanya dan terus sahaja menuju ke bilik Aulia.

Di hadapan pintu bilik tersebut, Fawwaz melihat sosok tubuh milik ayah Aulia yang sedang duduk di atas kerusi sambil matanya dipejam rapat. Mungkin lelaki tua itu sedang tidur. Tanpa membuang masa, Fawwaz terus sahaja menghampiri Encik Daaim.

"Assalamualaikum, pak cik. Pak cik apa khabar?" Fawwaz memulakan bicaranya dengan memberi salam dan bertanya khabar Encik Daaim.

Suara milik Fawwaz yang menerpa masuk ke dalam gegendang telinga Encik Daaim, membuatkan dia sedar dari tidurnya.

"Waalaikumussalam.. khabar baik." balas Encik Daaim sebelum dia mendongakkan kepalanya menghadap ke arah punca suara tersebut.

"Kamu lagi?" Soal Encik Daaim apabila melihat wajah Fawwaz.

"Ya saya lagi, pak cik." jawab Fawwaz sambil tersenyum.

"Kamu nak apa lagi dekat sini? Semalam kamu dah buat kecoh. Hari ni nak buat apa pula?" Tanya Encik Daaim tanpa meninggikan suaranya.

"Pak cik. Tolonglah saya, pak cik. Kali ini sahaja.. percayalah untuk kali ini sahaja. Saya nak jumpa Aulia sekejap sahaja," rayu Fawwaz sambil melutut di hadapan Encik Daaim.

Encik Daaim berfikir sejenak.

"Baiklah. Kamu bangun, tak perlu melutut di hadapan pak cik. Mari." ajak Encik Daaim.

Lantas mereka melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Di dalam bilik tersebut kelihatan Puan Marissa yang sedang tidur bersebelahan dengan Aulia.

Lalu Encik Daaim mengejutkan Puan Marissa untuk keluar.

"Kau lagi?" kini Puan Marissa pula yang melontarkan soalan yang sama.

Fawwaz hanya sekadar mengangguk dan tersenyum.

"Marilah, kita keluar." ajak Encik Daaim menyuruh Puan Marissa untuk keluar daripada bilik tersebut.

Lantas mereka berdua pun keluar daripada bilik tersebut. Kini, di dalam bilik tersebut hanya tinggal Fawwaz dan Aulia.

Fawwaz menghampiri Aulia yang sedang terlantar di atas katil hospital. Lalu dia menarik kerusi untuk duduk di sebelah bahagian sisi kanan Aulia.

"Assalamualaikum, Aulia." ucap Fawwaz sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi tersebut.

"Bila awak nak bangun? Tolonglah bangun sekarang juga. Saya betul-betul menyesal dengan perbuatan saya sendiri." kata Fawwaz sambil merenung setiap inci wajah pucat milik Aulia.

Beberapa minit kemudian.

"Aulia, saya dah nak balik ni. Tak apa kalau awak tak nak bangun sekarang. Tapi, satu sahaja saya nak bagi tahu dekat awak yang saya akan tunggu awak sehingga awak sedar.. dan saya akan terus cuba untuk memujuk awak sampai awak boleh terima saya semula. Itu sahaja yang saya harapkan. Saya nak awak jadi milik saya yang sah." ujar Fawwaz panjang lebar sebelum dia melangkahkan kakinya keluar daripada bilik tersebut.

"Assalamualaikum," ucap Fawwaz.

Lantas itu, dia berlalu pergi meninggalkan Aulia seorang diri di dalam bilik itu.

Fawwaz menutup pintu bilik itu dengan perlahan-lahan. Lalu dia mencari kelibat kedua-dua orang tua Aulia.

Ternyata Encik Daaim dan Puan Marissa setia menunggu di luar. Fawwaz pun menghampiri sosok tubuh milik kedua-dua orang tua Aulia.

"Pak cik, mak cik.. saya dah nak balik ni." kata Fawwaz. Seraya menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Encik Daaim.

"Iya, baiklah." balas Encik Daaim sambil menerima huluran tangan Fawwaz itu.

OG | Mrs. Fawwaz DaiyanWhere stories live. Discover now