CHAPTER 6

243 20 0
                                    

"Aku dah dapat." suara Hail mencecah kesunyian di dalam private jet itu. Qays bangkit dari duduknya dan bergegas ke arah Hail.

"Dia dekat mana?" tanya Qays.

"Dekat markas dia." kata Hail.

"Dah tua pun bodoh." kata Qays sambil menarik senyuman sinis.

"Lepas sampai kita terus gerak sana. Aku tak nak lama-lama. SPM dah nak dekat." kata Qays diikuti tawa kecil dari Iffat. Jelingan tajamnya dihadiahkan kepada Iffat. Manakan tidak, di dalam kumpulan mereka hanya Qays sahaja yang masih bersekolah.

"Kau nak diam sekarang ataupun kau nak mati sekarang?" tanya Qays.

"Okay aku gurau." kata Iffat menghentikan tawanya. Apa yang dikatakan Qays tidak mustahil akan berlaku. Silap-silap bukan musuh mereka yang mati tetapi dirinya sendiri.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

Qays, Iffat, Hail, Amir dan Adiel mengambil posisi masing-masing. Amir mengambil tempat di tingkat atas bangunan bersebelahan dengan markas Achilleo. Iffat dan Hail menunggu dari arah pintu belakang manakala Qays dan Adiel mengambil tempat di pintu bahagian depan.

"Aku bilang sampai tiga, semua mulakan tugas masing-masing ikut apa yang kita plan tadi." arahan dari Qays mendapat jawapan serentak dari mereka berempat.

Selepas kiraan tiga, Amir menembak kepala dua orang pengawal yang berada di hadapan pintu hadapan markas itu.

"Done Qays." kata Amir.

"Done Iffat." kata Amir lagi apabila dua orang pengawal di pintu belakang sudah rebah.

"Now." arahan diberikan oleh Qays.

Dengan pantas mereka masuk ke dalam markas itu. Terdapat dua orang anak buah Achilleo yang berada di tingkat bawah. Qays dan Adiel tanpa banyak kata memulakan pergaduhan. Qays menendang muka lelaki itu sehingga rebah. Adiel pula mengetuk kepala anak buah Aciello itu sehingga pengsan.

"Easy." kata Adiel.

"Iffat, Hail come. Amir, cover kami semua." beritahu Qays.

Mereka pantas bergerak ke tingkat atas. Tiba-tiba keadaan di dalam markas itu menjadi cerah. Lampu-lampu di dalam gudang itu terbuka.

"I've been waiting for a long time. You finally arrived Qays." kata Achilleo. Mata kelabunya memandang tajam ke arah lelaki yang berusia hampir 50 tahun itu.

"Why did you destroy my father's company?" kata Qays masih beriak tenang. Dia masih berfikir tentang keselamtan kawan-kawannya.

"Just for fun." kata Achiello bersama gelak tawanya.

"You know what I can do with you." tanya Qays menggenggam tanggannya menahan amarah yang hampir meletus.

"And you know that minors can't hold a weapons?" tanya Achilleo kembali sambil menjilat bibirnya sendiri.

"We are not in Malaysia right now and I don't care about that. I asked you why you destroyed my father's company?!" tengking Qays. Dia sudah tidak dapat menhan amarahnya. Pistol sudah diacu ke arah Achilleo.

"I have no answer." kata Achilleo masih mahu bermain dengan Qays.

"Move!" arah Qays.

Tanpa banyak kata kawan-kawannya memulakan langkah tetapi langkah mereka terhenti apabila terdapat pistol yang berada tepat di kepala masing-masing.

"Yes. You used to be good at planning everything Qays, but now l'm one step ahead. Bring him in." arahan dari Achiello menyebabkan pintu dari arah belakang Qays terbuka. Amir yang diheret itu dibawa masuk ke dalam markas.

"Amir!" jerit Qays mahu melangkah ke arah sahabatnya itu tetapi dihalang.

"It's over, Megat Qays Al-Qayyum." kata Achilleo tidak bernada.

"Let him go." kata Qays memandang tajam ke arah Achilleo.

"I don't want." kata Achilleo diikut bersama gelak tawa anak-anak buahnya.

Tubuh badan Amir ditolak jatuh ke lantai dan serentak itu tubuhnya ditendang berkali-kali oleh lima orang anak buah Achilleo.

"Amir!" jerit Adiel pula. Abang mana yang sanggup melihat adiknya di pukul di depan mata.

Tiba-tiba tendangan terhenti apabila tubuh Achilleo jatuh ke lantai. Kelam-kabut markas itu. Semua anak-anak buah Achilleo berlari ke arahnya.

"Am I late?" tanya seorang lelaki memasuki markas itu.

"I know it's you." kata Qays. Adiel pantas bangun berlari ke arah Amir.

"Kau okey tak?" tanya Adiel. Amir hanya mengangguk perlahan.

"Nak pergi hospital?" tanya Qays pula.

"Apa gunanya abang doktor kalau tak boleh jaga adik kan?" kata Amir mengangkat sebelah keningnya.

"Sempat lagi kau eh." kata Adiel memimpin adiknya keluar dari markas itu.

"Let's go. Our mission dah complete right?" tanya Faqih.

"Anak-anak buah Leo tu memang tak nak bunuh kita?" tanya Iffat.

"Diaorang takkan buat apa-apa tanpa arahan Leo." kata Hail.

"Yay! Dah boleh balik. Aku nak balik tidur." kata Iffat riang. Dia sudah rindukan katilnya.

"Kau nak pergi sekolah ke esok? Tak rehat dulu?" tanya Adiel.

"Tak." jawab Qays pendek.

"Kenapa tak rehat dulu sehari?" tanya Faqih pula.

"Aku taknak. Esok Inara dengan aku kena buat presentation. Kalau aku tak pergi nanti, dia kena buat presentation seorang. Adik kau kan ada anxiety. Kang tak pasal-pasal pengsan depan kelas." terang Qays panjang lebar.

"Aku suruh kau jaga, tengokkan adik aku. Bukannya jatuh cinta dengan dia." kata Faqih bergurau.

"Bila masa aku suka adik kau?" tanya Qays.

"Aku bagitahu je." kata Faqih menarik senyum. Dia lagi suka jika Qays yang menjadi adik iparnya. Ini bukan kerana Qays ini orang kaya tetapi dia sudah tahu perangai sebenar Qays.

Abang ipar dah bagi greenlight tuu!!

MY LITTLE STELLA (OG) Where stories live. Discover now