CHAPTER 49

43 3 0
                                    

     Tamparan yang ingin Aidan lepaskan kepada Inara itu terhenti apabila ada tangan yang menepis. Hampir tercabut dirasakan pada bahunya apabila tangannya terasa dipulas.

“Lepaslah sial!” tengking Aidan.

“Kau fikir kau siapa nak sentuh adik ipar aku?” tanya Hail sambil menarik senyuman sinis.

“Hail.” Inara terkedu apabila Hail tiba-tiba sahaja berada di sini.

“Selamatkan Niel dengan Qaseh.” arah Hail. Mata masih tidak lepas dari melihat tajam musuhnya itu.

Inara pantas mengangguk kepalanya dan berlari menuju ke arah Qaseh. 

Stop Inara! Kau nak anak kau mati?” tanya Aidan.

“Selamatkan anak-anak kau!” tengking Hail. Inara pantas berlari ke arah Qaseh dan meleraikan tali yang diikat pada bahagian tangan dan kaki anak perempuannya itu.

Inara mendukung Qaseh atas sebab Qaseh yang sudah lemah. Manakan tidak, sudah hampir sehari tiada makanan yang memasuki perutnya.

Inara kini berjalan ke arah Niel dan tiba-tiba bahunya ditikam oleh seseorang menggunakan pisau. Inara kemudian mendesis kesakitan. Kepala dikalihkan ke belakang.

“Perempuan tak guna! Macam mana kau boleh terlepas?!” tengking Hail penuh dengan amarah di dada.

“Atas pertolongan aku.” kata Aidan bersama ketawa kuat. Kepala dihentakkan tepat di kepala Hail dan dengan hentakan itu, pegangan Hail terlepas.

Mummy...” panggil Qaseh dalam tangisan.

Inara menahan kesakitan yang dialami. Dia perlu menjadi kuat demi anak-anaknya.

“Qaseh, mummy nak Qaseh lari keluar dari sini. Minta tolong sesiapa yang ada berdekatan kawasan ini.” bisik Inara perlahan kepada Qaseh.

Qaseh menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia takut berjauhan dengan Inara.

“Qaseh sayang mummy kan?” dengan pantas Qaseh mengangguk kepala.

Now go.” kata Inara menahan kesakitan. Tangan melepaskan Qaseh dan dengan larian selaju yang mungkin Qaseh berlari untuk keluar dari rumah tersebut.

Run and don’t look back!” jerit Inara memberi arahan kepada anaknya.

“Jangan lari.” kata Jasmin memulakan langkah ingin mengikuti Qaseh tetapi Inara pantas menariknya kembali.

Inara menumbuk tepat di perut wanita itu dan dengan pantas rambut wanita itu ditarik. Seterusnya dia menampar pipi wanita itu berkali-kali sehingga lemah. Manakan tidak, wanita tua itu cepat sahaja kehabisan tenaga atas faktor usianya.

“Kau sentuh anak aku, aku takkan teragak-agak untuk jadi pembunuh.” larang Inara. Demi anak-anaknya dia sanggup jika menjadi pembunuh adalah jalan terakhir.

Inara menolak perempuan tua itu ke dinding dengan kuat.

Bahu yang mengalir darah pekat itu dipandang. Dengan perlahan dia bangun dan berjalan menuju ke arah Niel.

Mummy okey?” tanya Niel risau.

Mummy okey.” jawab Inara tenang. Tali yang diikat di tangan dan kaki Niel itu dilepaskan dengan cepat.

Now Niel pergi cari Qaseh.” kata Inara sambil memegang segenap wajah Niel itu.

“Okey mummy.” kata Niel sambil berlari meninggalkan tempat itu.

“Inara.” panggil Hail.

Inara pantas berlari ke arah Hail bersama tangan yang masih berada di bahunya.

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now