CHAPTER 27

154 16 0
                                    

     “Qays...” mata mula berair. Hati terasa seperti dihiris. Perasaan yang sukar ditafsir oleh minda. Kenapa dia perlu hadap situasi yang sebegini?

“Megat Qays Al-Qayyum!” tengking Hail.

Qays yang seakan baru tersedar dari tidur itu pantas membuka mata. Sebaik sahaja mata dibuka, susuk tubuh seorang perempuan dapat dilihat.

Ketika ini, dia berada di atas kerusi kerjanya dan Tania di belakang sambil memegang bahu Qays seakan mengurutnya.

Tidak dapat berkata apa-apa. Lidah bagaikan disimbah simen, hati bagai disiat-siat, jari-jemari yang bergetar hebat. Jantung tidak perlu ditafsirkan, laju sahaja menjalankan kerjanya.

Inikah yang namanya sakit atas dasar cinta? Perasaan cinta yang baru sahaja ingin dipupuk hancur begitu sahaja? Kuatkah dia?

“Aafia.” lidah Qays juga seakan-akan tertikam.

“Inilah kerja yang awak cakap awak sibuk sangat tu? Keluar awal pagi, balik lewat malam.” Inara menyimpan perasaan marahnya. 

Kaki dilangkah keluar dari bilik itu. Tidak betah dia berada di situ. Hatinya sudah cukup menerima sakit.

“Aafia!” jerit Qays apabila melihat tubuh kecil itu berlari keluar dari biliknya. Tangan Tania yang kemas menggenggam lengannya ditarik kuat.

“Kalau kau nak tahu, yang datang tadi isteri aku. Isteri sah aku. I’m married.” kata Qays kepada Tania sambil menunjukkan jarinya yang tersarung sebentuk cincin itu.

Kaki dilangkah laju meninggalkan Hail dan Tania. Dia sedar akan kesalahan yang dibuat. Inara tidak patut berfikir yang bukan-bukan.

Dia hanya minum air yang Tania bawakan kepadanya tadi. Kata Tania, orang kanannya yang buatkan dan meminta dia menghantar kepada Qays.

Setelah lif terbuka, kaki melangkah keluar dari syarikatnya. Mata mencari seseorang.

Shit.” mencarut dirinya sendiri. Kaki melangkah ke arah keretanya. Kereta mula menyelusuri jalan raya.

Atas sebab kereta dibawa dengan laju, perjalanan hanya mengambil masa beberapa belas minit sahaja untuk dia sampai ke rumahnya.

“Aafia!” masuknya ke dalam rumah, nama isterinya terus dipanggil.

What’s wrong Qays?” tanya Amelia yang baru sahaja keluar dari biliknya.

“Aafia mana Mel?” tanya Qays.

“Dia tak balik pun.” beritahu Inara. Kelibat Inara tiada di dalam mahupun luar rumah.

What happen? Kau ada buat apa-apa lagi ke dekat Inara?” tanya Amelia seperti dapat mengagak riak wajah adiknya itu.

“Aku keluar cari Inara dulu. Kalau dia balik, call aku.” pesan Qays dan kunci kereta diambil.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

    Mata memandang laut dengan ombak yang tenang di hadapannya. Angin pada petang itu sungguh menenangkan hatinya. Sebuah keluarga bersama dua orang anak lelaki yang membina istana pasir membuatkan bibir itu mengukir senyuman nipis.

Kenapa dia tidak boleh bahagia seperti pasangan dan keluarga lain? Salahkah dia untuk merasa dirinya disayangi?

Hi Atak. Atak otey?” tiba-tiba seorang budak lelaki itu datang kepadanya.

Hi sayang. Kakak okey je.” jawab Inara beserta senyuman.

“Atak nak telat?” sebiji coklat lolipop dihulurkan kepada Inara. Inara tersenyum menyambut huluran budak lelaki itu.

“Kakak tak makan coklat ni. Nanti rosak gigi.” katanya perlahan. Budak lelaki itu menunjukkan ekspresi muka yang terkejut. Inara tersenyum melihat ekspresi itu.

“Awak nama apa?” tanya Inara.

“Niel.” katanya sambil tersenyum.

“Hi Niel. Ni awek abang.” tiba-tiba ada seorang lelaki yang datang.

Inara mengalihkan pandangannya ke arah suara itu. Wajah tampan suaminya menghiasi pemandangan.

“Oh. Bang wat atak tak otey tan?” kata Niel sambil menunjukkan wajah marahnya.

“Ya tapi sekarang ni abang nak pujuk akak. Niel boleh tolong tak?” tenang sahaja wajah Qays mengajak Niel bersekongkol dengannya untuk memujuk Inara.

“Oleh!” jawab Niel teruja.

“Niel bagitahu akak, abang minta maaf.” arah Qays.

“Niel bagitahu abang tu, akak taknak maafkan.” arah Inara pula.

“Niel bagitahu akak, abang tak sengaja and bukan salah abang.” arah Qays.

“Niel bagitahu abang tu, akak dah penat dengan dia.” giliran Inara pula memberi arahan.

“Niel bagitahu akak, abang sayangkan akak.” saat ini, Inara terkaku.

“Ish, abar. Niel tak sempat gitau gi.” marah Niel apabila dia hanya berdiri di tengah antara Qays dengan Inara tanpa berbuat apa-apa. Dari tadi, kepalanya hanya terteleng ke kiri dan kanan.

“Niel, jom balik.” panggil sesorang lelaki. Mungkin ayahnya.

“Otey, papa. Papa panggil Niel alik. Bye atak, bye bang. Niel alik ulu. Nanti tite jumpa agi.” kata Niel sambil melambai ke arah dua pasangan itu. Pasangan itu membalas kembali lambaian itu.

“Niel dah balik, akak tak nak balik ke?” tanya Qays. Dia bangun kemudian menyapu segala pasir yang melekat di baju dan seluarnya.

Inara hanya diam. Malas melayan Qays. Jika Qays berfikir bahawa dia telah memaafkan Qays, Qays silap. Siapa yang akan maafkan jika ternampak suami sendiri berdua-duaan dengan perempuan.

“Jom balik, stella. Dah maghrib ni. Ke kau nak tidur sini?” tanya Qays dengan senyuman sinis.

Inara masih berdiam diri. Kalau Qays tinggalkan dia pun dia dah tak kisah. Sakit dihatinya belum dirawat.

“Tak habis lagi ke marah kau dekat aku?” tanya Qays.

“Pergilah balik.” Inara dah berasa rimas dengan Qays. Pergi je lah balik. Nanti pandai-pandai lah dia balik sendiri.

“Marah lah aku sekarang. Aku tak akan cakap apa-apa.” kata Qays.  Dia sudah siap menerima segalanya.

“Apa yang awak fikir tentang saya hah?! Awak ingat hati saya ni mainan ke untuk awak? Awak datang bila awak perlu, awak pergi bila awak rasa awak tak perlu.”

“Banyak kali Qays, saya cuba terima awak tapi makin saya cuba, makin awak hilang. Makin saya sayang, makin awak benci. Saya ada hati ada perasaan juga Qays. Awak jangan fikir tentang hati perasaan awak je.”

“Or awak anggap saya ni isteri atas kertas je?” air mata Inara mula menitis membasahi pipi.

“Aafia...” kata-kata Qays terhenti apabila Inara memotong percakapannya.

“Kalau awak rasa saya ni mainan dalam hidup awak...” katanya terhenti dan nafasnya ditarik sedalam yang mungkin.

“Ceriakan saya.” kata-kata itu terluncur dari bibir Inara dengan laju.

“Kau gila ke?!” terhinjut bahu Inara apabila Qays bertindak meninggikan suara.

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now