CHAPTER 48

35 2 0
                                    

"Abang, saya rindukan abang." kata Inara sambil memandang langit yang dipenuhi dengan taburan bintang.

"Abang pernah pesan dekat saya kalau saya rindu abang, saya perlu bercakap dengan bintang sebab abang ada dekat sana. Lihat saya dari atas." senyuman terukir di bibir merah itu.

"Abang tak rindukan saya? Abang tahu tak yang Qaseh dah pandai mengeja walaupun dia baru mencecah usia 5 tahun. Pandai kan dia?" teringat dia tentang anak mereka yang sudah tahu mengeja beberapa patah perkataan.

"Hati saya kuat mengatakan abang ada dengan saya. Abang dekat dengan saya. Kenapa, abang?" air mata mula menitis di pipi. Matanya terpejam erat menahan tangisan.

"The sun is setting but it will rise on us again right?" tangan naik mengelap pipinya yang basah. Nafas ditarik sedalam yang mungkin dan dilepaskan perlahan.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
"Sayang tunggu abang kan?" tanya Qays sendiri. Mata tepat memandang langit yang indah dihiasi dengan bintang dan bulan yang bersinar.

"Abang minta maaf. Abang bukan suami yang baik. Abang tak jaga sayang dan anak-anak dengan baik." katanya sambil melepaskan keluhan berat.

"Abang janji apabila sayang perlukan abang, dengan pantas abang akan datang kepada sayang." kata Qays seakan berjanji walaupun isterinya jauh dari dirinya sekarang.

"Sayang masih buat perkara yang abang minta kan? Sayang ada dekat luar rumah sambil tengok langit kan sekarang?" senyuman terukir di bibir lelaki itu.

"I am the star that still here but you can't see me. It's okay, wait for me. I will back." kata Qays dan menutup pintu rumah.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
"Kalau nak anak kau selamat, datang tempat yang akan aku akan berikan nanti." ugutan diterima oleh seorang lelaki. Qaseh telah diculik.

"Apa lagi yang tak cukup, Aidan?!" tengking Inara. Dia sudah penat dengan masalah yang menimpa dirinya. Tambahan lagi tanpa seorang suami di sisinya.

"Mummy.." terdengar tangisan anak perempuannya di dalam panggilan tersebut. Sayu hati kecil Inara mendengarnya.

"Don't cry Qaseh. I'm here with you." sekarang dia terdengar Niel menenangkan Qaseh pula.

"Kau jangan berani sentuh anak-anak aku. Kalau kau sentuh dia, aku sendiri akan tamatkan riwayat hidup kau." kata Inara tidak gentar.

"Come here, sayang. Kau taknak tengok mayat anak kau kan? Jadi, datang jumpa aku. Aku bagi masa 30 minit. See you." panggilan telah diputuskan setelah itu.

Hati Inara tidak tenang memikirkan tentang Niel dan Qaseh. Kenapa Aidan perlu menculik anak-anaknya.

"Inara? Awak okey?" tanya Amelia apabila ternampak Inara berjalan ke kiri dan kanan di ruang tamu itu.

Inara hanya diam melihat Amelia. Dia ingin memberitahu Amelia tetapi Aidan sudah berpesan bahawa dia tidak boleh membawa sesiapa untuk datang bersama dengannya nanti.

"Saya nak keluar sekejap. Jaga rumah." kata Inara mengambil telefon dan kunci keretanya. Kaki melangkah laju menuju ke arah keretanya.

Mesej dari Aidan yang menunjukkan lokasi anak-anaknya dibuka. Selepas menarik nafas untuk bertenang dan membaca doa, dia memulakan perjalanan. Senang untuk dia keluar kerana hari ini, tiada siapa yang berada di rumah selain dia dan Amelia.

Setelah hampir 20 minit memandu, akhirnya dia sampai ke tempat yang diminta. Kelihatan rumah yang sangat seram, dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan yang sudah layu. Rumah itu juga menunjukkan kediaman yang sudah lama tidak berpenghuni.

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now