CHAPTER 32

114 7 0
                                    

    “HAHAHA!” kedengaran suara seorang budak ketawa.
Inara dan Qays membuka mata. Niel yang sedang ketawa menghiasi pandangan mereka.

“Abang eluk atak.” kata Niel menghabiskan sisa tawanya.

“Lepas lah Qays.” kata Inara. Tangan Qays yang memeluk pinggangnya dilepaskan.

“Kau isteri aku.” kata Qays tenang.

Akhirnya, Qays melepaskan pelukannya apabila terasa lengannya di ubit oleh Inara.

Mereka berdua bangun dan melihat ke arah Niel.

“Kau gelakkan aku eh budak?” kata Qays geram.

Niel hanya ketawa.

“Atak, Niel apar.” kata Niel memegang perutnya.

“Ala kesiannya dia lapar. Akak turun masak ye.” kata Inara mendapat anggukan laju dari Niel.

“Aku pun lapar.” kata Qays pula.

Ok.” pendek sahaja balasan dari Inara membuatkan Qays bengang. Mata dikalihkan ke arah Niel.

“Kau curi wife aku.” katanya menahan marah.

“Tu atak Niel.” kata Niel menunjukkan penumbuk.

“Tu wife aku.” kata Qays tidak mengalah.

“Atak Niel.”

Wife aku”

“Atak Niel”

Wife..”

“Sudah!” kata Inara menghentikan perbalahan itu.

“Buang dalam tong sampah nanti nak?” ugut Inara. Qays dan Niel pantas menggelengkan kepala. 

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
      “Niel nak pergi sekolah tak?” tanya Inara.

Niel hanya diam memikirkan tentang hal itu.

“Tak apa. Kalau niel tak ready lagi nak pergi school, akak tak paksa sayang.” pujuk Inara. Dia faham akan situasi Niel sekarang.

“Niel nak pegi sekul atak. Niel nak umpa awan-awan.” kata Niel perlahan.

“Betul ke? Kau dah fikir betul-betul?” tanya Qays pula.

“Ya.” jawab Niel yakin.

"Baguslah kalau macam tu. Boleh aku dapat isteri aku balik." kata Qays sambil menyuap nasi goreng itu.

Inara hanya menjeling Qays tajam. Kenapa suaminya menjadi terlebih manja apabila hadirnya Niel dalam hidup mereka.

“Kalau macam tu esok akak dengan abang hantar Niel pergi sekolah okey?” Inara berkata sambil menggosok kepala kecil itu.

“Otey.” jawab Niel bersama senyuman.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
     Pagi ini, hari pertama Niel menjejakkan kaki ke tadika kembali. Qays turun dan membuka pintu untuk Niel.

Niel merasakan sedikit kejanggalan. Selalunya, papa dan mamanya yang akan hantar dia untuk ke sekolah tetapi tidak pada hari ini dan hari seterusnya.

“Jom.” ajak Qays.

Ajakan dari Qays itu membuatkan Niel tersedar dari lamunannya.

“Hi Niel.” sapa seorang perempuan di depan pintu pagar tadika itu.

Niel hanya tersenyum nipis. Sebelum memasuki tadika itu, Niel mengalihkan pandangan kepada Qays dan Inara. Tangan dihulurkan kepada Qays terlebih dahulu untuk menyalam.

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now