CHAPTER 10

320 22 0
                                    

6 TAHUN KEMUDIAN

Akhirnya dia kembali menjejak kaki ke tanah air sendiri. Telefon yang berdering minta diangkat Inara ambil dari begnya. Punat hijau ditekan.

"Ara dah sampai ke sayang?" tanya Tengku Maleeqa dari hujung panggilan.

"Ya mama baru je sampai." jawabnya perlahan. Penerbangan dari Itali sungguh memenatkan.

"Ara boleh balik guna grab tak sayang? Papa dengan abang-abang semua tak ada." beritahu Tengku Maleeqa.

"Boleh je mama. Kalau macam tu Ara letak telefon dulu. Bye mama. Jumpa dekat rumah nanti." kata Inara.

Selepas panggilan ditamatkan, Inara menempah sebuah grab untuk pulang ke rumah. Beberapa minit setelah itu, grab yang ditempah tiba di lapangan terbang. Sedang dia berjalan, secara tidak sengaja dia terlanggar seseorang.

"Sorry encik. Saya tak sengaja." cepat-cepat Inara meminta maaf. Barang-barang lelaki itu dikutipnya. Tanpa bersuara lelaki berhoodie hitam itu melangkah pergi begitu sahaja.

Inara hanya terdiam melihat lelaki itu berjalan sehingga hilang susuk tubuh itu dari pandangan matanya. Langkahnya terhenti apabila melihat kad pengenalan yang tertinggal di situ.

Mata pantas mencari lelaki itu untuk memulangkannya kembali tetapi malangnya lelaki itu sudah hilang. Nama yang tertera di kad pengenalan itu membuatkan Inara berfikir kerana dia berasa seperti pernah mendengar nama itu.

"Esok kita cari awak okey." kata Inara sambil tersenyum dan berjalan melangkah ke arah kereta.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

"Assalamualaikum." Inara memberi salam.

"Waalaikumussalam." jawab Tengku Maleeqa dan Nek Kiah.

"Mama, Tokmi!" Inara pantas berlari memeluk mama dan neneknya.

"Ara rindu mama dengan Tokmi." kata Inara yang sedang memeluk dua wanita itu.

"Ohh rindu mama dengan tokmi je? Kami ni? Tak rindu?" kata Umayr.

"Eh abang!" pantas dia berlari memeluk abangnya. Kelihatan Tengku Idlan Hazeem, Faqih dan Ayyan baru sahaja memasuki rumah. Inara menyalam tangan papa dan abang-abangnya.

"Kenapa papa tak bawa semua pergi masa convo dekat sana? Ara tunggu semua orang." tanya Inara. Semasa konvokesyennya di Itali, ahli keluarganya tidak datang untuk meraikannya.

"Semua sibuk." jawab ayahnya pendek.

Isyarat gelengan kecil dari mamanya membuatkan dia faham bahawa mamanya tidak mahu dia menanyakan perihal itu.

"Ara masuk bilik dulu." kata Inara perlahan.

Setelah Inara naik ke bilik, Nek Kiah mula bersuara.

"Kamu ni Hazeem. Cakap elok-elok dengan anak kamu tu tak boleh ke? Dia baru je balik dari Itali tu." kata Nek Kiah.

"Hazeem penat mak." kata Tengku Idlan Hazeem dan berlalu pergi ke bilik.

"Tak apa mak. Nanti Eqa cakap denga Hazeem." kata Tengku Maleeqa berserta senyuman manis kepada mak mertuanya itu.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

"Abang dah siap mandi?" tanya Tengku Maleeqa.

"Dah tadi." jawab suaminya. Ipad diletakkan di atas meja sebelah katil.

"Abang okey ke?" tanya Tengku Maleeqa lagi.

"Banyak company dah tarik diri dari company abang. Abang pun tak tahu kenapa. Sejak dua menjak ni banyak sangat yang tarik diri." kata Tengku Idlan Hazeem menyapu mukanya sendiri.

"Anggap je la itu bukan rezeki kita bang." pujuk Tengku Maleeqa. Dia tahu suaminya itu penat menghadap masalah syarikatnya dua tiga hari ini.

"Nanti kalau syarikat abang muflis, macam mana abang nak sara keluarga kita sayang?" dia hanya takut jika dia tidak dapat menyara keluarganya sendiri.

"Kita usaha. Usaha selalu ada hasilnya abang. Sayang akan ada tak kira jatuh bangun abang. Sayang sentiasa ada di sisi abang sampai akhir nafas sayang." janji Maleeqa. Dia hanya mempunyai mak mertua, suami dan anak-anaknya sahaja.

"Terima kasih sayang." kata Tengku Hazeem sambil mencium sisi kepala isterinya.

"Sama-sama abang." kata Tengku Maleeqa.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

"Mama, Ara nak keluar kejap tahu. Ara nak pergi rumah kawan." beritahu Inara. Dia menyalam tangan mamanya dan bergegas keluar.

Kereta Umayr dipinjamnya. Semalam dia telah meminta izin abangnya itu. Kad pengenalan lelaki semalam dibelek-belek. Google maps dibuka dan ditaip alamat tersebut.

Hanya 30 minit sahaja, dia sudah tiba di lokasi itu. Sepanjang perjalanannya tadi, hanya hutan yang dia lalui. Dia menghentikan keretanya di hadapan sebuah pondok pengawal yang berada di dalam hutan itu.

"Saya nak hantar barang boleh tak?" tanya Inara. Kelihatan lelaki tadi bercakap dengan seseorang dan lelaki itu dan akhirnya memberi keizinan untuk memasuki rumah tersebut.

"Assalamualaikum. Saya nak hantar barang." Inara memberi salam selepas pintu dibuka.

"We meet again, my little stella."

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now