Code 7

53 18 4
                                    

"Soalan tu tak adalah susah mana."

Di kantin, Neil Rayyan memilih tempat yang agak jauh dari pelajar-pelajar yang turut berada di situ.

"Tak adalah susah mana? Kau biar betul? Kalau aku jadi kau aku dah lama angkat tangan, surrender!" Fiq menyambung.

"Otak kau tu mana boleh pakai. Setakat fikir pasal nak buat alat, pinjam dari Kiteretsu pun dah settle." Henry tidak mahu ketinggalan.

"Hek eleh, alat yang kau cakap pinjam dari Kiteretsu juga yang kau pakai. Betul tak?" Fiq berkata bangga.

Neil Rayyan yang mendengar perbualan itu tergelak kecil. Nasi ayam disuap dengan perlahan ke dalam mulut. Tidak jauh dari situ, dia memandang ke arah seorang pelajar lelaki yang muda sedikit dari Neil Rayyan. Dia tercari-cari tempat duduk kosong tetapi tidak di jumpa. Adapun, Darwish tidak dibenarkan untuk duduk bersama mereka.

Sedari diri sedang diperhati, Darwish mengangkat kepala memandang ke arah Neil Rayyan. Neil Rayyan pula memberi isyarat agar Darwish duduk semeja dengannya.

Darwish tersenyum ceria dan mengangguk laju sebagai balasan.

Dulang berisi makanan diletak di atas meja bersama segelas air sejuk.

"Terima kasih," ucap Darwish.

Neil Rayyan sekadar mengangguk.

Melihat dulang makanan Darwish tidak mempunyai ayam goreng, Neil Rayyan beri seketul ayam goreng kepada Darwish.

"Makan." arahnya.

Darwish mengangguk lagi. Entah berapa kali dia mengangguk, mungkin kalau Neil kira sudah lebih dari tiga kali.

"Na... nama abang siapa?" Darwish memberanikan diri untuk bertanya.

"Jamal. Jamal bin hussin." Laju Neil Rayyan menjawab sambil mengunyah nasi.

Henry dan Fiq tergelak serentak mendengar Neil Rayyan menyebut sendiri nama samaran nya. Awal-awal boleh lah dia nak protes cakap tak suka lah, apalah, hujung-hujung dia sendiri juga yang mengaku nama dia Jamal.

Neil Rayyan mengetap bawah bibir. Ikutkan hati di situ juga dia membalas.

Darwish tersenyum kecil. "Abang ni baik lah. Tak macam orang lain. Orang lain tak bagi saya duduk semeja pun dengan dia orang."

"Hanya di sebabkan... saya hamba kepada Rafael,"

Rafael, Rafael, Rafael, dalam sehari entah berapa kali Neil Rayyan mendengar nama lelaki itu disebut-sebut. Tidak tersedak juga kah pemilik nama itu?

Neil Rayyan berhenti menyuap nasi ke dalam mulut. Dia memandang ke arah Darwish.

"Darwish kan?" soalnya. Darwish mengangguk bersama mata bersinar-sinar.

"Dari mana abang tahu?"

"Jangan panggil aku abang. Kita beza dua tahun saja. Panggil jamal kira dah cukup bagi aku,"

"Baiklah..."

"Cakap... apa yang si Rafael buat dekat kau? Tak payah nak takut lah. Aku tak bagi tahu sesiapa pun pasal ini."

Darwish masih teragak-agak mahu bercerita bagaimana dia terpilih sebagai hamba Rafael.

Kemudian, Darwish melepaskan keluhan berat.

"Sebenarnya..."

Neil Rayyan masih menanti dengan penuh kesabaran.

"Jamal, awak di minta pergi ke kelas sekarang." beritahu Cikgu Gerald.

𝐏𝐋𝐀𝐘 𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐀𝐌𝐄 [C]Where stories live. Discover now