Code 11

51 18 1
                                    

Saling berbalas isyarat, mereka bertiga berpecah di situ.

"Kau... cuma seekor tikus yang terperangkap dalam..."

"Play the game,"


Serentak dengan itu, Henry yang berpaut pada palang besi menyepak kuat belakang tubuh Rafael sehingga dia jatuh menyembah lantai. Henry menoleh ke belakang, tiga orang lelaki meluru deras ke hadapan dengan tangan mengepal penumbuk. Henry menyambar botol arak bersisa separuh di atas meja. Hayunan botol kaca mengenai tepat ke kepala seorang lelaki yang maju menyerang Henry. Serpihan kaca dikutip oleh Herny untuk dijadikan sebagai senjata. Mana adil, tiga lawan satu?

"Ta... tak guna! Dasar, anak haram!"

Serangan demi serangan dilancarkan. Tetapi, sedikit pun tidak mengenai sasaran. Wajah Henry yang terlindung di sebalik topeng burung menarik senyum menyenget. Serpihan kaca digenggam dengan kuat hingga menyebabkan darah merah menitis-nitis ke atas lantai. Henry membongkok, memberi arahan kepada lawan untuk maju ke hadapan.

"Maju..."

Satu tumbukan menuju ke muka Henry, tetapi dia elak laju. Henry menstabilkan tubuh dan menyepak tepat ke dada lawan sehingga dia berundur beberapa tapak ke belakang. Tidak cukup di situ, Henry menumbuk, menendang, dan menerajang tiga orang lelaki yang masih mempunyai kekuatan untuk bertarung.

Tanpa dia sedar, Xander yang memerhati dari jauh turut serta dalam perlawanan itu. Dia tersenyum di sebalik helmet yang dipakai oleh Xander. Motorsikal berkuasa tinggi memecut laju ke arah Henry dan hampir-hampir melanggari nya. Mujur lah, Henry sempat melompat sebelum motorsikal itu melanggari orang suruhan Rafael yang terbaring lemah. Xander membuka helmet, dan menerpa terus ke arah Henry. Helmet ditangan dijadikan sebagai senjata untuk memukul kepala Henry.

Henry berundur beberapa tapak ke belakang, wajah nya sudah dibanjiri kolam darah. Jika dia bertarung dalam begini, pastinya dia akan kalah. Tak ada cara lain...

Henry membuka topeng burung hasil ciptaan Fiq. Dia tersenyum menayang sebaris gigi yang bercampur dengan darah.

"Hero, huh?" Xander berkata penuh sinis.

"Aku bukan hero. Aku bukan kau. Dan aku bukan siapa-siapa. Aku... hanyalah seorang manusia yang berdiri untuk menegakkan keadilan," balas Henry.

Xander ketawa hambar. Terasa lucu dia mendengar.

"Fight for justice? Kau ingat kau apa? Malaikat?"

"Kau dah lupa? Negara kita ada undang-undang. Biar hakim yang tentukan. Soal adil atau tidak, semua itu akan berpihak kepada siapa letak harga tinggi."

"Kau... dengan keadilan, boleh pergi mampus! Lubang kubur pun takkan terima orang jijik macam kau, ini!" tempik Xander.

"Lubang kubur? Aku tak masuk lubang kubur pun, tapi malam ini kau yang akan masuk ke sana. Jangan risau, free of charge. Aku dah siapkan semuanya."

"Sekarang... tugas aku sebagai..."

"Malaikat pencabut nyawa,"

"Kau nak pergi mana, huh? " soal Rafael ketika dia melihat Fiq memapah tubuh Neil Rayyan.

"Pergi hospital? Yalah, kawan aku tengah cedera teruk. Takkan nak biar dia mampus dekat sini?" jawab Fiq selamba. Baru mahu melangkah pergi, Rafael berkata lagi.

"Aku takkan benarkan sesiapa pun keluar dari tempat ini."

"Macam mana kalau aku keluar juga?" soal Fiq.

"Aku. Takkan. Be..."

"Rileks, aku tak pergi ke mana-mana pun." Fiq pantas memotong.

Rafael mendengus. Marah yang ditahan semakin membuak-buak, seperti gunung berapi menunggu untuk meletus.

"Kalau dia mati, aku tak kisah pun." Tubuh Neil Rayyan disandarkan pada dinding.

"Tapi aku tahu, dia takkan mati semudah itu."

"Cobra... kau..." Neil Rayyan cuba bangkit, namun pantas di halang oleh Fiq.

"Watch and learn, okey?" Fiq menepuk bahu Neil Rayyan dan menyerahkan bandana kepada Neil Rayyan.

Neil Rayyan tersenyum sumbing. Bandana itulah yang pernah diberikan kepada Fiq sewaktu mereka berkenalan di sekolah menengah.

Hilman tergelak hambar. Siapa kata lelaki bertopeng kuda dengan mata terbelalak besar itu mudah untuk dikalahkan? Berapa ramai orang suruhan Hilman sudah ditumpaskan oleh lelaki itu? Berapa ramai lagi yang akan maju ke hadapan dan bertarung? 10 daripadanya terbaring kaku tidak sedarkan diri, 2 orang yang tersisa mengambil kesempatan untuk cabut lari setelah melihat rakan-rakan mereka tumpas begitu saja.

Topeng kepala kuda dengan sepasang mata terbelalak besar dibuka oleh Irvan. Rambut undercut dikibas-kibas, manik peluh membasahi wajah Irvan. Bukan mudah untuk bertarung ketika memakai topeng kepala kuda ini.

"Sekarang... giliran kau." Irvan menyinis.

Hilman menggeleng rakus sambil mengengsot ke belakang. Seluar putih yang dipakai oleh nya kelihatan basah seperti dia baru sahaja terkucil di dalam seluar.

Irvan ketawa mengekek. "Kau... kau..."

"To... tolong.... jangan apa-apakan aku!" Rayu Hilman.

Irvan mengangguk. "Ok, ok, aku takkan kacau kau pun. Tapi..."

Hanya sekali tumbukan di muka, Hilman jatuh pengsan tidak sedarkan diri. Itulah... suka sangat bercakap besar, kan sudah kena?

Klark!

Seluruh ruangan tiba-tiba menjadi gelap. Pertarungan yang sedang berlangsung terpaksa dihentikan. Hembusan nafas saling menampar-nampar dan kedengaran jelas di telinga.

Henry cuba mengenal pasti di mana Xander berada, tetapi tidak dapat. Hitam pekat di pandangannya.

"To... tolong..."

"Tolong aku!"

"Jangan apa-apakan aku!"

Hujung telinga menangkap bunyi seperti diseret secara paksa. Kuku tajam cuba mencengkam karpet merah yang terbentang luas, tetapi gagal. Kaki Xander tempang sebelah sedang ditarik oleh seseorang!

"To... tolong!"

Henry membuka mata. Suara itu betul-betul di belakang nya. Suara Xander sedang meminta tolong!

Swooshh...

Libasan kaki panjang mengenai tepat belakang kepala lelaki tanpa nama. Buat seketika, Xander terlepas. Dia merangkak ke arah Henry.

Henry melilau sekeliling, sebenarnya dia tak nampak apa-apa ketika melancarkan tendangan ke udara. Kena atau tidak yang pasti Xander sedang memegang pergelangan kaki Henry.

"Se... selamatkan..."

"Aku..."

Serentak itu, tubuh Xander seperti ditarik dengan kuat hingga menyebabkan Xander meraung kesakitan. Henry keliru. Apa yang sudah berlaku? Kenapa Xander tiba tiba diserang?

Ting!

Bekalan eletrik pulih semula. Kiri dan kanan dilihat oleh Henry, tetapi tidak ada satu pun konco-konco Rafael tersisa. Tidak ada Xander, tidak ada Rafael, ataupun Hilman.

Mereka hilang tanpa jejak!

Fiq cuba berkomunikasi dengan Uncle Grey, tetapi mereka terputus hubungan. Henry pula memeriksa cctv, dan pintu keluar dari Miracle. Namun, hampa yang diterima.

Mereka kini terperangkap di dalam Miracle. Satu-satunya jalan keluar dari neraka buatan itu telah pun ditutup pukul enam tadi.

Sekarang, bukan saja Conixrasus dalam bahaya, pelajar-pelajar yang berada di Miracle turut terlibat.

Bang!

Satu tembakan dilepaskan ke udara dan menggegarkan seluruh Miracle. Henry pandang wajah Fiq, wajah yang selalu nya ceria kini berubah serius.

"Kita... dah terperangkap."

"There's no way out from here,"

𝐏𝐋𝐀𝐘 𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐀𝐌𝐄 [C]Where stories live. Discover now