PROLOG

20 2 0
                                    

Masjid Bandaraya Gombak

Alea merenung sekilas ke arah masjid itu. Cantik. Tempat inilah yang mempertemukan dia dengan seseorang yang sukar disangka bahawa dia akan bertemu lagi. Menghirup udara segar, pejamkan mata seketika. Lega rasanya. Mereka sekeluarga baru sahaja selesai menunaikan solat fardu Zuhur di masjid itu.

"Akak, cepatlah. Kita dah nak gerak ni", Adane, adik kepada Alea menyuruhnya untuk segera ke kenderaan. Mereka akan bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebentar lagi.

"Ish, Adik ni, sabarlah! Kasi lah can kat akak nak throwback what happened dekat sini.."

"Yea, i know but bonda dengan ayahanda dah marah dah tu. Baik cepat, nanti jalan jammed. Gombak dengan Sepang jauh kut.."

"Yelah.." Alea hanya menurut perintah. Walau apapun yang terjadi, dia takkan pernah lupa. Dia telah bertemu dengan seseorang yang mungkin ditakdirkan untuknya disini.

Walaupun masjid itu semakin jauh dari pandangan mata, Alea tetap sahaja merenung ke arahnya seakan-akan inilah pertama kalinya melihat masjid yang begitu gah.

"Sudah-sudahlah tu, Alea. Kamu nak balik 'U', kena pasang betul-betul niat. Ingat, kamu lepas graduate tak boleh terus balik Malaysia. Kerja di sana dulu. Faham?" Teguran dari ayahnya menyedarkan Alea dari lamunannya. Dia pun mengangguk faham.

>>>>>>>>>>>>•••••••••••••••••••••••••<<<<<<<<<<<<

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Sebelum Alea berpisah dengan keluarga, dia sempat berpelukan dan bersalam-salaman. Dia berpisah lagi dengan keluarganya selama beberapa tahun setelah tamatnya cuti semester.

"Bonda, Ayahanda, doakan Alea, ya? InsyaAllah, jika tiada apa yang terhalang, Alea selamat sampai di sana. Alea juga okay di sana. Doakan Alea pass final exam! Jangan doakan untuk Alea sorang, tetapi untuk Abang Meer dengan Adik juga. Alea will miss you guys. Nanti apa-apa roger tau!"

"InsyaAllah, doa daripada Bonda dan Ayahanda sentiasa mengiringi langkah anak-anak Bonda dan Ayahanda. Ingat Alea, jaga solat. Jangan tinggalkan solat walau apa sekalipun. Belajar rajin-rajin. Bonda dengan Ayahanda sentiasa sayangkan anak-anak" Ujar Bonda Alea, Puan Fakhirah.

Mereka saling berpelukan buat kali terakhir. Abang dan adiknya turut sama. Seketika kemudian, pengumuman penerbangan mengumumkan pagar pelepasan dari Kuala Lumpur ke Heathrow, London kini dibuka dan meminta agar penumpang bersedia. Alea meleraikan pelukan ahli keluarganya dan melambai. Dia segera ke pagar pelepasan.

>>>>>>>>>>>>••••••••••••••••••••••••<<<<<<<<<<<<

Alea mengambil tempat di kabin. Dapat pula seat tepi tingkap, memang mood galau on! Alea meletakkan beg galasnya di ruang penyimpanan dan melabuhkan punggungnya di kerusi. Dia melakukan apa yang patut ketika menaiki pesawat.

Baru sahaja beberapa jam pesawat berlepas, diri Alea mulai diselubung rasa rindu terhadap mereka yang berada di Malaysia. Tak lupa juga, seseorang yang dikatakan telah bertemu di masjid yang disinggahnya tengah hari tadi.

Seseorang itulah yang telah merubah hidupnya. Seseorang itu juga membuat hidupnya terasa berwarna setelah pertemuan kali kedua.

Namun, pada masa yang sama juga Alea berasa tidak senang hati. Ada sahaja yang ingin mengacau. Apapun, itu semua mungkin hanya ujian untuk mereka yang akan disatukan suatu hari nanti. Jika tiada halangan, hm.

Harapnya, Alea dan 'dia' dapat mencapai apa yang diimpikan dan semoga dirinya dan 'dia' juga sentiasa berada di bawah jagaanNya.

Semoga kita bertemu lagi, orang baik!

>>>>>>>>>>>>•••••••••••••••••••••••••<<<<<<<<<<<<

"Kita bertemu kembali atas kehendakNya, dengan izinNya."

SAMPAI WAKTU PERTEMUKAN KITA LAGI

ALEA QASHRYNA X ZYRIL HAZEEQ

hihi macam pendek je prolog? sorryyyy i hope you guys enjoy hihi this is my first(sec) time tulis novel. ikr banyak kesilapan huhuk but yea just tell me in the comment section and i'll fix n improve it. (btw semua tempat yang ada dekat dalam novel ni semua campur tau, ada yang rekaan, ada yang benar, tapi semua ni takde kena mengena dengan real life sama dengan yang masih hidup ataupun meninggal dunia. when i said based on real life, tak semua cerita based on real life, dan tak semua tempat sama dgn perkara real life tu terjadi.) thank you sudi baca and support by vote!

betewe, saya slow update tau sebab saya ada final exam + kitonyo malas HAHA tapi kalau ramai yang baca insyaAllah semangat saya nak habiskan tulis tu tinggi, kalau tak saya delete je sksk. anyways, hope you guys enjoy my first novel! (im not good la at writing huhu)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 29, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] SAMPAI WAKTU PERTEMUKAN KITA LAGIWhere stories live. Discover now