12 | CEO of BAMAS

172 27 4
                                    




Kad berwarna hitam hijau itu ditilik berulang kali. Kemudian dibaca lagi isinya.

Bais Mudasir Bin Aslan.

CEO of BAMAS

BAMAS, sebuah syarikat yang langsung tidak familiar di telinga Runa. Tetapi sebaik sahaja dia mencari nama itu di internet, dia sedikit terperanjat. Bukan kerana jawatan yang disandang oleh lelaki itu tetapi kerana jenis perniagaan yang lelaki itu jalankan.

Syarikat permainan video yang agak baru tetapi satu-satunya permainan video yang mereka cipta telah mendapat sambutan yang hebat dari kalangan pemain permainan video. Lebih-lebih lagi salah seorang pemain itu adalah Aqiff sendiri.

Kepalanya menggeleng. Kecilnya dunia. Semudah itu dia dipertemukan dengan seseorang yang mempunyai kaitan dengan orang terdekatnya.

Jam sudah mengetik angka 11 malam tetapi Runa masih di balkoni menghirup kopi hitamnya. Pegangan pada kad nama itu masih utuh. Memuji rekaan yang Bais gunakan pada kad itu. Minimalis tetapi masih punya nilai estetika tersendiri pada kadnya.

Tak menunggu lama, nombor yang tertera pada kad itu dimasukkan ke dalam telefon. Ikon berwarna hijau ditekan lalu ditekapkan pada telinga.

"Bais speaking." Suara garau dari Bais kedengaran seperti baru sedar dari lena.

Runa diam.

Tak lama selepas itu telinganya menangkap Bais merungut, sedikit jauh dari gagangannya. "Astaghrifullahal'adzim. Dah pukul 11..." Kemudian suasana menjadi sepi untuk seketika. Mungkin Bais seakan tersedar telefonnya masih bersambung dengan talian, pemuda itu berdeham kecil.

"Boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap?"

"Ru..."

"Wait." Lelaki itu mendengus tawa.

"Didn't expect you would call me... Runa." Sambungnya.

Entah mengapa, apabila namanya meniti di bibir adonis itu bibir Runa turut menjongket senyuman kecil.

"So... Kenapa you call I? At this hour?" Bais berkerut melihat jam pada dinding.

Bimbang pun ya. Risau esok tiba-tiba pejabatnya diceroboh kerana menelefon dengan isteri orang lain semata.

"You ada curfew ke?"

"Eh, tak ada lah. I risau you kena tangkap aje call lelaki lain tengah malam macam ni." Bais bersandar pada kepala katil, kaki dilunjur dan kepala didongak memandang siling bilik.

"Tangkap dengan siapa?"

"Em... Seroja?"

"She's fine."

"What about her father?"

Jeda.

Talian terputus ke? Bais kalihkan telefon dari telinga. Dilihatnya panggilan masih bersambung.

"Hello?"

"Hm."

"I ada salah cakap ke?"

"Tak ada."

"You tak selesa dengan soalan I?"

"You have the answer, Bais."

Langsung Bais terjumud. Entah mengapa jantung yang tadi sedia berdegup santai, tiba-tiba mengepam darah sangat laju sebaik sahaja namanya disebut oleh Runa. Cukup ringkas dan pendek suara itu menujah gegendang telinga ini. Tetapi mengapa begitu sekali impaknya?

Bais berdeham kecil. "I don't have the answer."

"Yes, you do." Tenang Runa tetap membalas dengan respon yang sama.

RUNAWhere stories live. Discover now