22 | Dua Rasa

90 24 6
                                    


Dirogol dan dilemaskan sehingga mati. Dibiarkan terdedah untuk beberapa jam lamanya. Kesan lebam bersepah pada abdomen dipercayai hasil daripada si pelaku yang memaksa Seroja untuk mendengar kata.

Reaksi Runa?

Bais terkedu melihat wanita itu cuma duduk di kerusi menunggu di luar, tersandar seperti mayat hidup. Dengan mata yang berlingkar hitam di bawahnya, bibir yang pucat lesi, tangan tidak lepas menghitung zikir pada ruas jari.

Bais jadi... bingung. Tidak tahu apa yang dia harus lakukan untuk menenangkan Runa tatkala wanita itu sendiri dalam keadaan yang sebaliknya.

Tapi logiknya kata doktor yang Bais terima, emosi wanita ini pasti sedang kecelaruan. Biarpun di luarnya menunjukkan yang sebaliknya, Bais yakin... jiwa wanita ini masih meraung meratapi pemergian si kecilnya.

"Runa,"

"Balik," pintas wanita itu tanpa sedikit pun menoleh ke arah Bais. Suaranya bergetar, seperti menahan satu rasa yang sedang bergelojak di dada.

Pemuda itu jumud. Cuba menyusun kata yang mungkin dapat dia gunakan untuk meredakan hati si dia.

"I tahu benda ni berat untuk you. Kalau bagi I pun I dapat rasa sakit tu, apatah lagi you sebagai ibu yang mengandungkan dia."

Sepi. Tiada lagi jawapan dari Runa yang mampu hilangkan rasa gusar di dada Bais. Atau mungkin lebih baik Bais diamkan diri saja memandangkan Runa juga kelihatan seperti tidak mahu diganggu.

Bahu Bais jatuh. Kalau ikutkan kemahuan hati yang meronta-ronta ini, tubuh lesu itu mahu dia dakap seeratnya untuk mengalirkan kekuatan. Untuk beri sokongan yang paling dalam buat Runa. Supaya wanita itu tahu dan sedar... bahawa dia tidak keseorangan.

Bais ada untuknya.

Bais mahu terasa ada dalam hidup Runa.

Kemahuan itu terpendam bersama tangan yang dikepal erat. Dadanya rasa dicarik-carik menjadi saksi dari awal kejadian hitam ini.

Liur ditelan payah.

"I pergi dulu. Take your time as much as you want. As much... as you need." Perit tekak tak usah kata. Dari tadi dia berusaha menahan tangis apabila berada di hadapan Runa.

Kaki pemuda itu melangkah pergi sehinggalah satu selekoh, dia menyandar di situ, tidak mahu kehadirannya dilihat Runa.

Untuk dia meninggalkan Runa sendirian tanpa sesiapa, itu bukan Bais.

Tak sampai beberapa saat Runa dibiarkan sendirian, hujung telinga pemuda itu menangkap dengus tawa kecil si jelita itu. Kemudian, diselangi dengan esakan tangis yang halus.

Dilemma di antara dua rasa yang mungkin sedang berlumba-lumba mengambil tempat di dalam hati Runa.

Bais tahu Runa terlalu bersedih dan kecewa ke atas pemergian Seroja tetapi mengapa wanita itu masih berlakon kuat di hadapannya? Kenapa dia bersungguh-sungguh menyembunyikan kesedihannya sampai begitu sekali? Apa... Apa yang sebenarnya Runa takutkan?

Rahang Bais kian berlaga apabila tangisan kecil tadi bertukar mendayu-dayu. Sedar bahawa dia yang masih dipanggil orang luar ini tak mampu memujuk si dia, berkongsi satu rasa dalam keadaan yang lebih akrab.

Mata ke mata. Hati ke hati.

Jauh sekali.

Akhirnya, Bais hanya mampu tercegat di situ, menjadi telinga rengekan Runa yang sepertinya tiada penghujung. Dengan rasa kecewa dalam dada yang semakin lama semakin menebal.

Dia mahu dirinya ada untuk Runa.

Dia mahu... Runa jadikannya sebagai tempat untuk bersandar, berkongsi rasa duka yang telah menjadi episod lukanya yang paling dalam.

Ya Allah, beratnya rasa ni. Rasa yang tak pernah sekali membedil jiwanya sampai seteruk ini. Kenapa... rasanya seolah-olah aku dah gagal amanah yang Kau berikan dekat aku?


.

.

.

.


Pendek sebab saya rasa saya janji tak update sepanjang puasa je, bukan sampai habis raya hahahah.

Mungkin versi wattpad tak berapa nak sedih. Nanti la saya revamp versi manuskrip jadi lagi banjir oke hehe

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 07 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RUNAWhere stories live. Discover now