02

34 9 18
                                    

Marlia masuk ke dalam kelas. Tempat duduknya dituju lantas dia terus melabuhkan punggung dan bersandar. Melepaskan keluhan setelah mendaki anak tangga ke kelasnya ini. Dia memerhati segenap ruang di dalam bilik kelas itu. Ada satu dua beg tanpa ada tuannya. Mungkin dah gerak ke tapak perhimpunan. Ataupun melepak ke tempat lain. Biasalah. Awal-awal pagi macam ni dengan tak ramai orangnya, siapa je nak berdiri tegak dekat perhimpunan tu?

Kau? Kau memang pelajar contoh.

Marlia melepaskan begnya. Sesekali dia menggosok badan belakangnya. Sakit di rempuh oleh Taufan dua hari lepas masih tersisa. Lututnya pun dah berlebam sebab terjatuh punya pasal. Bila dikenang balik, dia rasa nak picit-picit je mamat bernama Taufan tu. Boleh pula buat selamba je semalam bila mereka berdua bertembung mata. Siap angkat 'peace' sign lagi. Memang mengundang.

"Yo, Marco!" sapa Juju riang yang baru saja melangkah masuk bersama dua orang pelajar lelaki di belakangnya. Marlia mengeluh pendek. Suka-suki je nak tukar nama orang minah ni. Tembak baru tau. Mereka berdua berbual kecil sebentar sebelum kedua-duanya bangun dan melangkah untuk keluar dari kelas. Seruan daripada pengawas sekolah yang memanggil kesemua pelajar untuk baris di tapak perhimpunan sudah kedengaran.

"Kenapalah kita ada perhimpunan hari-hari ek? Benda sama je pun dia bagitahu," rungut Juju di belakang Marlia. Sambil-sambil tu dia turut bermain dengan rambut Marlia yang diikat ponytail. Marlia memandang ke tepi dan berdecit.

"Manalah aku tau. Eh kau berhenti main rambut aku boleh tak? Sakitlah."

"Lah apa yang sakitnya? Belai-belai je ehehe."

Malas nak layan Juju ni. Dibiarkan saja kawannya itu bermain dengan rambutnya. Sesekali dia akan menoleh ke tepi, melihat Suha dan Dini sedang bergosip antara mereka berdua. Rancak semacam. Raiha pula berdiri di depan antara mereka berdua. Langsung tak terganggu untuk bergosip sama. Dia mengeluh sekali lagi. Apasal lah dia dengan Juju tak ditakdirkan satu kelas dengan kawan mereka lagi tiga orang tu? Kan senang. Tiap masa boleh jumpa. Ini waktu rehat dengan lepas balik sekolah je boleh borak panjang.

Kan seronok kalau kelas dirombakkan semula.

"Untuk pelajar tingkatan 5, kemungkinan kita ada kelas rombakan semula mengikut keputusan peperiksaan sebelum ni. Tapi perkara ni belum dapat keputusan 100% jadi apa-apa nanti saya akan maklumkan semula ya?" sebaik saja ucapan daripada guru penyelaras untuk tingkatan 5 itu habis berucap, hampir separuh pelajar tingkatan 5 kecoh. Termasuk Marlia yang tergamam.

Rasa macam baru tadi dia berdoa. Bapaklah. SEMUA KAT DALAM SEKOLAH NI KUASA TELEPATI KE APA? Dia menggigit bibir. Kelas Suha,Dini dan Raiha ditatap. Kalau betul ada rombakan kelas, agak-agak kawan-kawannya akan pindah ke kelas mereka tak? Ataupun dia yang pergi sana? Kalau pergi sana pun, dia tak kisah. Biarlah masuk kelas kedua ketiga ke janji dia dapat satu kelas dengan geng dia.

#bestieforeverkonon.


Marlia menghadap ke hadapan semula. Nak kata takdir atau tak, tiba-tiba saja matanya bertemu dengan sepasang mata sapphire tersebut. Taufan termanggu seketika sebelum tersengih seperti kerang busuk kepadanya. Marlia? Jelinglah guys apa lagi. Ingat dia nak layan sangat ke sengihan Taufan tu?

"Marco, agak-agak kita berdua kena pindah ke tak eh?" tanya Juju. Waktu itu perhimpunan sudah habis. Sekarang mereka menuju untuk ke kelas mereka yang berada di tingkat atas. "Entahlah. Aku tak kisah pindah ke tak. Sama je. Bodoh juga aku," balasnya selamba. Terdiam sekejap Juju disebelah namun cepat-cepat dia mengejar langkah Marlia. Macam biasalah, kelas pagi selagi cikgunya tak masuk, selagi tu macam pasar ikan dia punya bising. Tapi benda nilah yang best.

Takyah masuk langsung pun tak apa cikgu. Hehe.

Tapi sayangnya, cikgu Mamazila dah masuk. Haih apalah nasib ada pasangan suami isteri punya cikgu kat sekolah ni. Nasib baik subjek Sains. Tak adalah bosan sangat Marlia nak hadap. Memandangkan dia agak minat dengan subjek tersebut.

"Weyh, m/s 13 tu soalan dia kau dah jawab semua ke?" Juju cuba menjengah. Marlia menoleh sekilas ke arahnya dan menyemak latihan di buku latihannya. "Dah. Kenapa?" tanpa menjawab soalan Marlia, dengan tak tahu malunya Juju menyambar buku tersebut dan laju-laju menyalin jawapan. Tercebik bibir Marlia.

"Baik murid-murid, kita boleh mulakan perbincangan kita?" Cikgu Mamazila memandang seisi penghuni kelas tersebut. Terhenti sekejap aktiviti meniru Juju sebelum dia giat menyambung semula meniru sementara Cikgu Mamazila sedang leka melihat buku jawapan di tangannya. Marlia yang turut rasa saat-saat genting Juju sekejap-sekejap melihat ke arah Cikgu Mamazila.

"Cepat ah, Ju. Banyak ke kau tak siap lagi?" bisiknya. "Jap. Sabarlah. Tinggal soalan no.35 ni je," balasnya. Berpeluh-peluh dahinya sekarang ni. Baru saja Cikgu Mamazila hendak memulakan kelas, terdengar bunyi ketukan dari luar pintu kelas. Membuatkan semua tertoleh ke arah luar. Termasuk Juju namun ditegur oleh Marlia. Bak katanya, peluang emas.

"Maaf ya menganggu, Zila. Saya nak inform budak-budak ni sekejap. Okay, macam yang saya maklumkan pagi tadi, kita akan ada rombakan kelas kan? Jadi, dekat senarai nama ni ada sebahagian pelajar akan pergi ke kelas yang ditetapkan kat sinilah. Nanti boleh tengok ya? Ada soalan?"

"Bila boleh gerak tu cikgu?" soal salah seorang pelajar lelaki. Marlia yang sedang mengambil bukunya daripada Juju yang sedang tersandar lega cuba melihat borang senarai yang berada di depan.

"Ikutlah. Kalau cikgu Mamazila nak buat kelas dulu, lepas habis waktu nanti kamu nak gerak ke apa semua bolehlah. And ingat ya, rombakan kelas ni adalah tetap dan takkan bertukar lagi dah sampailah kamu semua exam SPM nanti," jelas cikgu penyelaras tersebut. Melihat tiada lagi soalan dari pelajar-pelajar di dalam kelas itu, akhirnya cikgu tersebut meminta diri.

"Ha dah, nanti kamu semua boleh tengok nama ni. Sekarang, kita semak sama-sama soalan ni. Sofi, bacakan soalan no.1 dan bagitahu jawapannya sekali," ujar Cikgu Mamazila. Juju berdecit. "Aduh, ingatkan dia tak nak semak. Semak betullah," rungutnya dan tak semena-mena lengan gadis itu ditampar oleh Marlia. Dia mengaduh sakit. "Kau punya mulut.... eii ada jadi mulut bentuk stapler japgi kang," Marlia memandangnya atas bawah. Kecik besar je dia perhati anak Pakcik Hazlan ni.

Sesi semakan soalan latihan Sains mereka diteruskan sehinggalah hampir memakan separuh waktu. Sementara diberikan rehat 5 minit, mereka seisi kelas galak melihat senarai nama yang diberikan oleh cikgu tadi. Rata-ratanya ada yang duduk di kelas yang sama dan ada juga dalam tiga orang akan pindah ke kelas pertama. Dan salah seorangnya adalah...

"Weyh, kau pakai bomoh ni Ju?! Apasal kau boleh naik kelas depan ni?"

"Mantap doh. Siapa doh kau sebenarnya?"

"Seriuslah, Ju? Kau pindah? Habis aku?" soal Marlia yang tak percaya. Memang tak percayalah. Tengok cam bengong-bengong je dia ni rupa-rupanya, ciri-ciri straight A SPM.

"Aku... aku tak nak pindah, Marco! Aku nak stay sini je. Kelas depan bosanlah. Asal tak bagi aku duk kelas dengan kawan kita yang lain ek? Weyhh tak nak pindah!!"

"Aku lagi tak nak kau pindah!" Marlia sudah mencebik ingin menangis. Maka, mereka berdua pun berdrama air mata disitu dan disaksikan oleh rakan kelas mereka yang lain.

Punyalah tak nak si Juju ni keluar sampai terpaksa Anis dan Qiera mengheretnya yang masih memeluk beg meratapi nasibnya sendiri. Tulah, siapa suruh pandai sangat? Eh. HAHAHAHA. Marlia awal-awal dah murung di tepi sudut kelas tu. Tak adalah. Tipu je. Dia duduk termenung kat meja sendiri. Tengah fikirkan siapalah yang akan duduk mengganti tempat Juju.

"Hai, Marlia. Kita jumpa lagi! Aku duduk sebelah kau, ya?"

Marlia tersentak. Suara tu... dia menoleh ke samping. Bulat biji matanya saat Taufan sedang tersenyum ke arahnya dan selamba saja duduk di meja Juju. Marlia terkaku.

What.


The


FAQ IS DIS?!!














Trust me? ° bbb taufan Where stories live. Discover now