03

32 8 29
                                    

Marlia.

Benci.

Deskmate.

Baru.

Dia.

"Eh asal ah kau boleh masuk kelas ni?"

"Lah, nak buat macam mana? Dah terlebih pandai."

Itulah jawapan Taufan yang sangat-sangat tak membantu. Ramai yang terkejut sebenarnya. Yelah, salah seorang geng budak nakal kelas belakang yang terkenal satu sekolah ni... LOMPAT NAIK KE KELAS KEDUA?! Kepelikan~

Ibarat situasi sekarang ni, Juju swipe dengan Taufan. But one stop forward lah si Juju ni. Hoho. Pelajar contoh.

"Marlia."

"Hmm?" Marlia menggumam saja. Malas nak melayan Taufan. Selepas saja sesi rombakan kelas tadi, Taufan bagaikan cacing kepanasan. Langsung tak duduk diam di tempatnya sendiri. Ada aje nak bergeraklah, main kerusilah, tersenggol lengan dengan Marlia lah, dan yang paling Marlia sakit hati sekali, Taufan tak habis-habis memanggilnya.

"Mana kau dapat jawapan soalan tu? Aku tak jumpa pun," katanya sambil bergilir melihat buku teks sejarah dan buku latihan Marlia itu. Badannya dah separuh bengkok memandangkan gadis itu awal-awal rapat ke dinding. Tak mahu dekat dengan Taufan.

"Carilah. Kata pandai," balas Marlia ringkas. Sempat dia membuat mimik muka selenga di hadapan Taufan sebelum menjeling lelaki itu dan sambung menulis. Taufan memuncung. Tanpa rasa bersalah, terus saja buku latihan milik Marlia diangkat.

"Weyh weyh weyh apa ni?!"

"Ala, japlah. Aku malaslah nak cari-cari," jawabnya selamba sambil meniru jawapan. Okay. Dah ada dua manusia yang meniru Marlia ya harini. Apalah nasib kau Marlia. Dia menggulingkan biji matanya.

"Ha nah. Terima kasih~" ucapnya bersama kenyitan pada Marlia. Marlia terdiam sekejap sebelum merampas buku itu dan menyorokkan bukunya.

Tiba saja waktu rehat, cepat-cepat Marlia keluar dari kelas dan terus bertenggek menunggu Juju dan yang lain-lain. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Matanya terkunci ke arah Taufan yang baru saja dari kelas sambil menggeliat sakan. Tak lama kemudian dia melompat riang dan merangkul leher Duri dan Blaze yang kebetulan sedang mara ke arahnya. Marlia menggeleng perlahan.

Dasar trio gila.

"Hah usha anak teruna orang!" tegur Raiha seraya menepuk belakang gadis itu. "Aduh, jangan main belakanglah, cuk. Sakit lagi ni," tegur Marlia sambil menggosok-gosok belakang tubuhnya. Raiha hanya tergelak kecil dan meminta maaf.

"Asal Juju boleh masuk kelas depan pula ni? Tak percaya aku." Raiha membuka topik. Dia turut melakukan gaya yang sama seperti Marlia. Memerhatikan keadaan di bawah di mana pelajar tahap 2 sedang berlegar-legar di waktu rehat ini. Marlia mengangkat bahu. "Entah. Sejenis geng yahudi kot dia ni. Beria kata tak study lah apalah, last sekali dia yang score. Memang pan-"

"Aip aip aip. Sabor kak sabor. Banyak budak-budak baca buku ni. Sabor," halang Raiha sebelum Marlia melanjutkan lagi kata-kata yang tak sepatutnya. Dalam lima minit kemudian, Juju pun keluar bersama wajah sememehnya. "Hah, amacam top student? Best duduk kelas depan?" usik Suha sambil galak ketawa bersama Dini. Makin tercebik-cebik Juju dibuatnya. Lima orang pelajar perempuan itu akhirnya mengorak langkah ke kantin.

"Oh jadi, Taufan tu kira ganti tempat Juju lah? Gilalah. Baru dua hari lepas dia terlanggar kau. Tau-tau dah satu kelas. Duduk sebelah-sebelah pula tu," kata Dini dengan wajah yang masih terkebil-kebil tak percaya.

"Cih, terlanggar ke saja-saja buat terlanggar? Eh kau tahu tak-"

"Tak," potong Suha dan tak semena-mena mendapat makian setepek daripada Marlia. Tergelak-gelak Suha dibuatnya. "Ha sambung... asal weyh?" dia menggigit roti sosej bersalut breadcrumbs itu sedikit.

"Tak adalah. Tak sampai sehari lagi, mamat tu dah buat aku rasa rimas. Dahlah aku ni memang sakit hati dengan dia pasal dia main skateboard ikut sedap mak nenek dia tu. Ni dengan muka tak tahu malu dia tu, selamba je duduk sebelah aku pastu bising-bising, tiru jawapanlah apalah. Eiii aku rasa macam nak haa meja ni ada yang terbalik japgi kang haaa," Marlia sudah menyising-nyising lengannya. Meluap-luap darahnya mengenang perangai Taufan tadi. Raiha yang berada di sebelahnya segera menahan Marlia yang mendengus tak sudah.

"Aduh. Nak buat macam mana doh, Mar? Dahlah tukar kelas kalini tak tukar dah. Stay sampai SPM nanti. Hadap jelah kau," kata Dini bersama sisa tawanya. Ala, lagi berapa bulan aje. Pejam celik, pejam celik, pejam sampai tak celik- eh, maaf. Tahu-tahu dah SPM.

Marlia yang sudah dilepaskan oleh Raiha memeluk tubuh. Wajahnya masam saja. Makanannya yang tinggal separuh dibiarkan dicuri dengan Juju. Dia memerhati keadaan sekeliling kantin itu. Untuk kesekian kalinya, Marlia melihat adegan yang tak sepatutnya. Dia melarikan pandangan. Sakit hati bertambah-tambah dibuatnya.

"Tak jadi pindah?"

"Yup. Mak aku minta stay sini je. Dia tengah sibuk so tak sempat nak urus hal pertukaran sekolah aku."


"Dasar penipu," kutuk Marlia seorang diri di hadapan peti ais  pelbagai minuman berkarbonat, susu dan sebagainya. Dari tadi dia berdiri tegak disitu memilih minuman namun entah kenapa dia boleh termenung mengingati kisah yang lama. Kisah yang sampah bak katanya. Akhirnya, dia beredar dari berdiri di hadapan peti ais itu dan bergerak ke tempat aiskrim pula.

Apa function kau berdiri lama-lama kat situ sia?

Dia membuka peti aiskrim tersebut. Melihat stok aiskrim yang banyak dan tampak seperti baru lagi, dia yakin dalam sejam dua sebelum dia pulang ke sekolah tadi, mesti ada lori aiskrim datang restock aiskrim. Aiskrim cookies and cream menjadi pilihan. Dengan agak kasar dia menutup peti aiskrim itu dan melangkah ke kaunter. Selesai membayar, tak tunggu lama, plastik aiskrim berbentuk kon itu dan digigit sedikit. Ngilu? Heh, c'mon la. Katakan ya pada Sensodyne. Ching!

Memandangkan harini dia balik seorang saja, jadi dia hanya berjalan santai sambil menikmati aiskrimnya. Sesekali dia akan membalas sapaan rakan sekolahnya yang memintasnya. Ada yang naik basikal dan ada yang sama jalan kaki macamnya juga. Kalau nak cakap tak penat ke jalan kaki, penat dek. Tapi dah terbiasa. Lagipun, jarak rumah Marlia dan sekolah tak adalah memakan sampai 1km pun.

Cuma kalau cuaca tak luck haritu, memang balik rumah habis berlecaklah dia. Belum cerita pasal bau lagi. Habis hilang dah bau perfume yang konon-konon long-lasting tu.

Pap!

Marlia terkaku. Perlahan-lahan dia menunduk ke bawah. Melihat kosong ke arah aiskrimnya yang sudah jatuh ke atas tanah. Dia juga perasan ada sepasang kasut sekolah di sebelahnya.


"Arr... sorry, Marlia? Hehehehe..." Taufan menggosok-gosok belakang lehernya dan tersengih sedikit. Asalnya dia sedang bermain lari-lari bersama Blaze dan Duri. Dan entah mana silap langkahnya, dek seronok sangat berlari kerana takut dikejar oleh sahabat dua orangnya itu, dia tak sengaja, sekali lagi, melanggar Marlia sehinggakan aiskrim di tangan gadis itu terjatuh.

"EEE KAU NI KAN! TAK HABIS-HABIS LANGGAR AKU! KAU SINI. BIAR AKU TEPEK MUKA KAU DENGAN AISKRIM NI!"

Tanpa fikir apa-apa, Marlia terus mencekup sisa aiskrimnya yang sudah mencair itu dan terus mengejar Taufan yang sudah lari terlebih dahulu. Blaze dan Duri yang baru sampai ternganga serentak dan memandang sesama sendiri.

"Taufan memang suka cari bala dengan budak perempuan tulah aku rasa," teka Duri yang sedang menyaksikan Marlia yang sedang mengamuk teruk seperti dinosaur betina yang marah kerana telurnya dicuri ataupun diusik. Manakala Taufan pula seperti haiwan kecil yang terancam terperangkap tak boleh larikan diri lagi.

"Tulah pasal. Kena mandi bunga dia tu," Blaze mengangguk-angguk sendiri. Setuju dengan statement sendiri agaknya.

"Weyh, dahlah Marlia! Aku sumpah kalini tak sengaja! Nanti aku belanjalah baru halahai dia ni"

"Oh kalini tak sengaja ya? Yang sebelum ni kau rempuh aku tu kau sengajalah?!"

"Ya ampun mbak. Ngga begitu mbakk!"


"Ah tak ada tak ada! Kau sini. Aku nak lumatkan muka kau ni. Sengaja betul cari pasal!" Marlia mara ke arah Taufan. Auto menjerit pondan Taufan dibuatnya.


Biarkan je dia. Siapa suruh cari pasal?






#terlebihrajinharini

Trust me? ° bbb taufan Where stories live. Discover now