04

26 8 17
                                    

Sedar tak sedar sudah masuk 2 minggu lebih Taufan bertukar kelas dan menjadi deskmate kepada Marlia. Dalam masa 2 minggu lebih itu juga Marlia lama-kelamaan terpaksa redha yang hidupnya di sekolah takkan pernah aman apabila munculnya Taufan. Ada saja ulahnya. Kelas yang sedia 'happening' itu makin bertambah kecoh dan riuh apabila Taufan menjadi tonggak utama.

Yelah. Dah tak satu kelas dengan member. Buat kepala sendirilah dia. Yang senyap-senyap sembunyi perangai nakalnya pun lama-lama terkeluar perangainya sebab selalu lepak dengan Taufan dekat belakang kelas.

"Baik. Jangan lupa siapkan latihan yang dah dibagi. Kalau sempat esok kita bincang ya?" kata cikgu matapelajaran Geografi tersebut sambil mengemas barang-barangnya. Marlia yang baru saja hendak meletakkan kepala di atas meja terus tersentak apabila Taufan dengan tak tahu malunya, jap... bila je dia ni tak tahu malu? Ha sambung, menggeliat dengan menguap kuat. Marlia menggulingkan biji matanya sambil menggaru kepalanya yang terasa gatal.

Asyik tak gatal je. Tipulah kepala kau tak pernah gatal.

"Bermula pandang pertama~ Kau utuskan senyum mesra~"

'Mula dah dia ni,' bisik Marlia di hati tatkala mendengar nyanyian Taufan. Lelaki itu sedang berlengah-lengah menyimpan buku teksnya di dalam beg.

"Aku ingin seribu tahun lagi... bersamamuuuu~ jeng kejeng kejeng!" secara tiba-tiba, Taufan mendekatinya sambil menghayati lirik lagu tersebut. Tak sempat Marlia bertindak apa-apa, lelaki itu sudah semangat menyanyi.

"Ku binakanmu istana~
Aku rendakan bahagia...
Dengan niat suci~
Kaulah permaisuriiiii~"

Taufan sekali lagi menoleh ke arahnya sambil mengacah menggapai wajah Marlia. Kemudian, terus masuk ke dalam mood menjadi seorang guitarist. Terkebil-kebil Marlia dengan tindakan lelaki itu. Tangkap jiwang betul dia ni. Jenuh juga si Marlia nak teka lagu apa yang Taufan nyanyikan tadi.

Tak. Tak adalah nak claim 'kaulah permaisuri' tu halah korang ni.

"Mar," panggil Taufan. Marlia menoleh. Dia tidak menjawab sebaliknya hanya mendongak tanda 'apa?' pada lelaki itu. Taufan hanya senyum dan tanpa babi butanya, dia mengenyit mata ke arah Marlia. "Kau ni comellah!" katanya dan terus saja berlari ke belakang untuk melepak bersama kawan-kawannya yang lain. Marlia? Terdiam terkelu terpaku semua ter adalah. Tercirit je tak lagi. Sebenarnya, bukan sekali Taufan cakap macam tu. Banyak kali juga tapi Marlia...


Tak ambil tu sebagai 'compliment' dari Taufan.

Dia menoleh ke belakang. Terlihat Taufan dengan rakan sekelasnya yang lain sedang ketawa terbahak-bahak. Ada sesekali di antara mereka akan membuat bunyi seperti Ultraman lah, menjeritlah apalah. Ditegur dengan budak perempuan yang lain pun sorang tak makan saman.

"Aku respect betul siapa yang jadi awek dia ni," kata Marlia perlahan sebelum menghadap ke hadapan dan melentokkan kepala di meja. Alang-alang kelas masih riuh dan tanda-tanda cikgu subjek seterusnya belum sampai, jadi dia mahu melayan mata dahulu. Atau lebih tepat lagi, melayan perasaan.

Perkara tu memang dah lama tapi entah kenapa sampai sekarang dia masih belum mampu untuk melupakan. Yelah, melupakan tu bukannya mudah. Nak nak lagi pelakunya ada hidup bahagia dalam sekolah ni. Makin bertambah-tambah rasa benci Marlia. Bukan takat benci, kepercayaan dia pun menipis.

"Weyh, cikgu Azwin suruh pergi lab kimia sekarang!" laung Dani yang baru saja masuk ke dalam kelas. Agaknya mungkin baru balik dari tandas dan kena roadblock dulu dengan cikgu, itu yang masuk-masuk terus kalut cari buku-bukunya. Terdengar persoalan dan keluhan di dalam kelas itu. Marlia yang sedang elokmelentok pun, malas-malas mengangkat kepalanya yang tiba-tiba berasa berat semacam. Sesekali terasa berdenyut. Dia diam di tempatnya. Taufan yang sudah kembali ke tempatnya dan sedang mencari buku Sains pun tak dihiraukan.

"Sakitnya...," aduh dia perlahan sambil mencengkam kepalanya. Haih lah kepala, masa-masa ni jugalah kau nak sakit. Baru sekolah menengah, belum masuk life diploma/degree nanti.

Taufan yang perasan pergerakan perlahan Marlia, mula timbul rasa hairan. Dijengah wajah gadis itu. "Kau okay tak, Marlia? Nampak macam tak sihat je," tanyanya. "Aku okay jelah," balas Marlia singkat dan perlahan. Tak seperti biasa. Sesekali dia memejam mata sambil memegang kepalanya. Taufan menggaru kepalanya. Rata-rata yang lain sudah gerak ke makmal kimia. Ada beberapa orang termasuk dia lagi tinggal di dalam kelas. Dia memandang ke arah Marlia semula.

"Weyh kau nampak pucatlah, Marlia. Dari tadi aku tengok kau pegang-pegang kepala ni. Kau tak sihat ke?" tanyanya lagi namun tiada jawapan dari Marlia. Gadis itu perlahan-lahan bangun, memasukkan kerusinya ke dalam sebelum melangkah untuk keluar dari tempatnya. Namun, tak sempat kakinya melangkah keluar, pandangannya mula menjadi kabur dan gelap serta merta.



"Marlia!"

Trust me? ° bbb taufan Where stories live. Discover now