Part 9

12 2 0
                                    

Aisya sedang menunggu Aries di depan pagar rumahnya sambil bermain telefon. Hari ini dia akan bertemu dengan keluarga Aries.

Dia sangat teruja pada mulanya tapi sekarang dia sudah mulai gugup.

Aries tiba dihadapan rumahnya bersama kereta Audi r10 miliknya. Aisya terkaku. Itu kereta Aries? Aries memang dari keluarga yang kaya tetapi dia tidak suka untuk bergantung kepada ibu bapanya.

Aries keluar dari keretanya untuk membukakan pintu untuk Aisya. "Silakan masuk, cik puan." Jemput Aries.

Aisya memasuki kereta itu dengan perlahan sebelum matanya meliar sekeliling kereta itu. Kaya.

Aries masuk ke dalam keretanya lalu memasangkan seatbelt. Dia kemudian memandang ke arah Aisya. "Cik puan, mohon pakai seatbelt kalau nak selamat." Katanya.

Aisya segera memakai seatbelt lalu tersengih. "Err.. Ni kereta Ries ke?" Soalnya kekok.

Aries mengangguk lalu tersenyum. Dia mula menggerakkan kereta untuk ke rumah keluarganya. Rumah di mana dia dibesarkan.

Aisya hanya mendiamkan diri sambil memandang ke arah Aries. Tak berkelip walau sekalipun. Aries memang fokus ketika memandu. Dia tidak banyak bercakap. Gaya dia memandu juga sangat cool. Dia hanya menggunakan sebelah tangan untuk mengawal stereng.

Aries yang perasan bahawa Aisya memandangnya terus tersenyum. "Kenapa? Saya makin hensem ke harini?" Usik Aries melepaskan ketawa kecil.

Aisya segera mengalih pandangan. Pipinya berona merah. Malu.

Mereka sudah tiba di rumah keluarga Aries. Rumah itu tidaklah terlalu besar. Seperti rumah teres dua tingkat biasa sahaja.

Aries melangkah ke pintu. Dia membuka pintu dan memberi salam. "Assalamualaikum wahai keluargaku tercintah!! Abang dah balik!" Jeritnya. Pantas adiknya lari memeluk Aries.

"Abang dah balik!!" Jerit Maro, salah seorang daripada adiknya. Dia bukanlah seorang budak. Dia sudah berumur 13 tahun. Cuma perangainya yang kebudak-budakan.

Terry, kembar kepada Maro hanya duduk di sofa memerhati. Terry lebih matang darinya. Dia bangun dan mencium tangan Aries lalu kembali duduk di sofa. "Maro, jangan kebudak-budakan sangat. Kita ada tetamu. Behave." Tegur Terry tegas.

Maro dengan perlahan melepaskan pelukannya dari Aries. Aries melihat ke sekeliling. Macam ada yang pelik. "Mana adik?" Soalnya.

Maro mengangkat bahu. "Tak tahu. Tadi pukul 8 tadi dia kata dia nak keluar ngan kawan." Jawab Maro.

Aries mengangguk. Dia kemudian mengajak Aisya untuk masuk ke dalam. "Masuk, Sya. Duduk dulu dekat sofa tu. Saya panggil parents saya kejap." Kata Aries sebelum mengukirkan senyuman.

Aisya mengangguk sebelum melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan dengan sofa yang diduduki Terry. Terry memerhati Aisya.

"Who are you?" Soalnya.

"My name's Aisya Husna.. Aries' friend.." Aisya memperkenalkan dirinya.

Terry merenung tajam ke arahnya. "Tak, akak tak payah nak tipu pun. Abang Ries takkan bawak masuk kawan perempuan. Calon isteri dia ke?" Tanya Terry kembali. Dia mengukirkan senyuman nakal.

Aisya perlahan-lahan mengangguk. "Y..ye..." Jawabnya perlahan.

Maro yang mendengar itu bertepuk tangan. "Yey!!! Nak ada kakak ipar!!" Sorak Maro sebelum mencapai telefonnya. Nombor adiknya di dail.

Terry mengeluh perlahan. "Tak payah nak layan dia kak. Dia tu masuk air sikit. Gile dia tak boleh bawak bincang. Kena bawak masuk mahkamah terus." Kata Terry.

TigersWhere stories live. Discover now