Part 34

10 1 0
                                    

"Ries." Panggil Tengku Shah. Aries menoleh ke arahnya sebelum kembali menatap komputer ribanya.

"He's dead. What's now?" Soal Tengku Shah. Aries terus mengangkat kepalanya. Senyuman nipis mula terukir di bibir merah jambu itu.

"Kita akan mula cari Zafri dan Zain. Ni, nombor telefon Zain." Aries menghulurkan sekeping kertas. Tertera satu nombor telefon di situ dan nama Zain di bawah nombor itu. Tengku Shah mengangkat kening.

"Mana kau dapat?" Soal Tengku Shah.

"Lama punya. Aku korek dekat rumah lama. Dulu dia kan member Asnaf." Jawab Aries sebelum menjungkitkan bahunya. Tengku Shah hanya mengangguk.

"Kau nak aku buat apa?" Soal Tengku Shah.

"Bagi dia mesej." Jawab Aries.

"Apa?"

"Senang. Kata dekat dia yang bapak dia dah mati." Jawab Aries. Tengku Shah mengerutkan dahi.

"Kau fikir dia akan marah? Kita semua tahu hubungan diorang dengan bapak diorang macam mana." Kata Tengku Shah. Aries hanya mengangguk.

"Siapa kata aku nak buat dia marah?"

Tengku Shah mengangkat kening. Habis tu? Kau nak aku buat apa?

"Zain tu berlagak mana pun dia, tetap takut dengan kita. Cakap kat dia macam tu sebagai amaran. Dia mesti gelabah nanti." Kata Aries, menerangkan rancangannya. Tengku Shah hanya mengangguk walaupun dia tidak faham satu habuk pun.

Tengku Shah mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor telefon private miliknya digunakan supaya Zain tidak tahu bahawa dia lah yang memberi mesej kepadanya.

Orgil

"Bapak kau dah mati," Aries cakap. Ambik ni sebagai amaran. Aries kata dia dah nak cari kau.

Tengku Shah menaip mesej itu dengan wajah polos. Aries mengerling sedikit ke telefon Tengku Shah. Membulat matanya apabila membaca mesej itu.

"Woi!" Aries merampas telefon itu. Mesej tadi serta-merta dibuang. Wajah Tengku Shah yang kelihatan hairan itu dijelingnya.

"Kau ni bodoh ke buat-buat bodoh, sial?" Aries mengetap bibirnya. Ada ke cakap macam tu? Memang mampuslah!

"Hei! Helok sikit! Aku lagi tua daripada kau!" Kata Tengku Shah. Dia menyilangkan tangan ke dada tanda protes.

"Tua tapi bodoh buat apa?" Aries tersenyum sinis. Tengku Shah menggigit bibirnya. Geram.

Aries menaip mesej baharu.

Orgil

Bapak kau dah mati.

Itu sahaja yang ditaip oleh Aries. Telefon itu dipulangkan semula kepada Tengku Shah.

"Kan senang." Kata Aries. Tengku Shah menjulingkan bola matanya.

"Whatever."

_______________________________________

"Dissociative Identity Disorder?" Soal Arianna. Khaleef hanya mengangguk perlahan.

"Macam dalam novel Mi Veneno pulak." Kata Arianna. Nurell di sebelah mengangguk.

"Novel je kerja kau. Tak ada benda lain ke?" Khaleef menjeling ke arah Arianna. Terry dan Maro mengangguk setuju.

"Tulah. Korang kalau boleh semua benda nak dikaitkan dengan novel. Lebih-lebih lagi novel Hudanajwa tu." Sampuk Terry. Khaleef dan Maro mengangguk setuju. Terlalu setuju!

"Hei! Pasal novel tu semua jangan sebut, eh. Nak buat macam mana, orang yang tak wujud jugak yang boleh menggembirakan kitorang." Bidas Arianna. Suaranya berubah sinis.

TigersWhere stories live. Discover now