Part 23

6 1 0
                                    

"Awak..." Panggil Aisya. Aries memalingkan pandangannya ke Aisya. Dia tersenyum manis.

"Ya, sayang? Kenapa?" Soalnya lembut. Lama Aisya mendiamkan diri.

"Saya tengok awak ni... Macam dah kurang layan saya lah..." Kata Aisya. Aries mengangguk. Memang betul pun. Aries terlalu sibuk dengan kerjanya. Harini baru dia balik Malaysia bersama adik-adiknya.

"Maafkan saya, ya? Apa yang awak nak untuk maafkan saya? Saya rela tunaikan. Saya akan anggap ia sebagai hukuman kepada saya kerana kurang memberi perhatian kepada awak. Tapi kalau nak merajuk, jangan lama sangat. Takut rindu." Aries tersengih. Aisya masih lagi diam. Dia sedang memikirkan sesuatu.

"Betul ke ni, Ries? Apa-apa saja?" Soal Aisya. Aries mengangguk laju sambil tersenyum.

"Mestilah. Lagipun mustahil awak nak mintak benda bukan-bukan macam anak." Aries tergelak kecil. Gelaknya menjadi kekok apabila raut wajah Aisya yang ceria berubah muram. Dia menelan liur.

"Awak nak anak ke sayang?" Soal Aries perlahan. Aisya mencebik sambil memandang ke arah bertentangan.

"Macam tak boleh je..." Kata Aisya. Berpeluh Aries dibuatnya. Liur yang ditelannya tiba-tiba terasa manis. Pipinya tiba-tiba berasa bahang.

"Be...betul ke ni, sayang? Awak nak anak? Awak jangan main-main dengan saya." Kata Aries lagi. Dia memang bersedia, tetapi dia tidak menyangka bahawa Aisya yang akan memintanya dahulu.

"Iyalah! Awak asyik tak ada masa je dengan saya, bila nak dapat anak? Tidur pun bantal peluk menjadi penghalang. Awak ingat saya ni apa?" Soal Aisya. Secara tidak langsung, dia melepaskan segala amarahnya. Aries mendekati Aisya.

"Aisya sayang... Okey, okey. Saya minta maaf sekali lagi, ya? Saya janji lepas ni saya tidur peluk awak." Kata Aries bersama tangan diangkat ke paras bahu seakan berjanji.

"Tapi awak serius ke? Awak betul-betul nak anak? Tak tipu? Awak nak sekarang?" Soal Aries bertalu-talu. Dia menginginkan kepastian. Aisya dengan perlahan mengangguk walaupun dia sedikit teragak-agak. Aries mendekati isterinya. Wajahnya hanya seinci daripada wajah Aisya.

"Awak teragak-agak. Give me an honest answer, sayang. Saya taknak buat apa-apa tanpa kerelaan hati awak." Kata Aries. Aisya terdiam. Dia sedang berfikir. Dia kemudian mengangguk sekali lagi, kali ini lebih yakin.

"Saya... Saya nak anak." Jawab Aisya ringkas. Aries menjungkitkan kening.

"Sure?" Soal Aries. Aisya mengangguk laju. Aries kemudian menarik Aisya ke dalam dakapannya lalu mencium bibir Aisya dengan lembut. Aisya terkejut dengan perbuatan Aries itu.

"Kalau ada apa-apa tak kena bagitahu." Kata Aries. Aisya hanya mengangguk. Dan malam itu merupakan antara malam terindah yang mereka pernah rasai.

_______________________________________

"Gilalah... Ada ke Abang Ries suruh mamat ni tidur sekali dekat rumah Tigers Jr?..." Kata Terry. Dia tidak berpuas hati dengan abang sulungnya.

"Ah lantaklah! Yang penting aku tak nak kongsi bilik dengan dia." Kata Maro. Terry mengangguk setuju.

"Setuju. Aku tak nak bilik aku dicemari engkau." Kata Terry. Sedikit kasar cara percakapannya kepada Rhys, namun Rhys kekal tenang.

"Tak ada siapa suruh korang kongsi bilik dengan dia pun. Dekat dalam rumah ni ada banyak lagi bilik tetamu yang tak digunakan. Yang korang sengaja nak naik minyak ni kenapa?" Soal Khaleef. Rhys tersenyum kecil apabila Khaleef membelanya. Dia tahu perangai Khaleef. Khaleef menerimanya seadanya, tak seperti kembar lelakinya.

"Kau diamlah. Ini hal kitorang dengan Rhys." Kata Terry. Dia semakin marah apabila Khaleef menyebelahi Rhys dan bukan dirinya.

"Macam mana aku nak duduk diam bila aku duduk di rumah yang sama dengan korang? Lagi satu, act mature. Korang berdua bukan budak-budak lagi tau? Jangan sampai aku keluar dari rumah ni-" Kata-kata Khaleef dipotong oleh Maro.

TigersWhere stories live. Discover now