Bab 26

3.6K 92 6
                                    

Siti yang tertidur di atas sofa tiba-tiba tersentak. Serta merta dia terbangun dan terus duduk. Pensil dan buku sketch yang berada di tangannya tercampak ke atas lantai.

Rozie yang juga sedang melakar sesuatu di atas meja mengangkat muka memandang Siti. Dia turut terkejut dengan perlakuan Siti yang tiba-tiba itu.

ʻʻHmm... Mimpi lagilah tuʼʼ rungut Rozie. Dia kembali menyambung kerjanya yang terhenti seketika.

Siti memicit-micit kepalanya yang terasa pening. Perlahan-lahan dia bangun lalu menuju ke pantri. Mukanya dicuci sedikit. Kemudian kembali duduk bersandar di atas sofa. Peningnya masih bersisa.

ʻʻKau dah kenapa? Sejak kau balik sini last week semacam je aku tengok kau ni. Tidur pun mengigau berzikir nama duda kau tuʼʼ bebel Rozie sambil tangannya rancak melakar rekaan baju pengantin terbarunya.

ʻʻEh, mana adaʼʼ jawap Siti pendek. Dah bertahun rasanya nama Faizal luput dari bibirnya.

ʻʻAku patut rakam time kau mengigau tu. Baru kau percaya, kan?ʼʼ

ʻʻAku mimpi macam dululah. Mimpi jatuh tuʼʼ jawap Siti.

Rozie mengerling Siti sekilas. Dia tahu ada yang mengganggu fikiran Siti. Nampaknya trauma Siti masih lagi ada. Trauma yang meninggalkan kesan yang amat mendalam pada jiwa Siti.

ʻʻNasib baik tak jadi kahwin dengan si Rafie. Kalau tak, makan hati berulam jantunglah member tu. Mana taknya, dalam tidur pun bini dok sebut-sebut nama duda diaʼʼ sambung Rozie disertai ketawa kecil.

ʻʻAh, jantan tak cukup masak tu kau nak suruh aku buat laki? Dah lah asyik nak berkepit je dengan aku, dengan Iqqy pun dia boleh cemburu. Patutlah umur dah dekat 40 tak kahwin-kahwin lagiʼʼ

Rozie tertawa lagi mendengar kata-kata Siti. ʻʻAnak orang kaya tu oii!ʼʼ

ʻʻYang kaya tu bapak dia. Dia kayapʼʼ jawap Siti lalu bangun dari sofa. ʻʻJomlah balik. Dah dekat pukul 9 dah ni. Nanti Iqqy dah tidur susah pulak aku nak angkatʼʼ Jaketnya yang tergantung di sebalik pintu diambil dan disarungkan ke tubuhnya.

Begitulah rutin hidup Siti sejak bekerja di butik pakaian pengantin dan andaman Rozie. Bermula sebagai kerani merangkap pembantu jualan dan kemudiannya berjinak-jinak dalam hiasan pelamin dan rekaan baju.

Dan sekarang, dia menjadi orang kepercayaan Rozie untuk menguruskan pelamin dan tempahan baju pengantin. Rozie pula memberikan tumpuan pada solekan dan rekaan baju.

Dengan gaji yang diberikan Rozie, dia dan Rizqy hidup serba sederhana. Tidak diajarnya Rizqy bermewah-mewah. Dia tidak mahu merosakkan Rizqy dengan kemewahan.

Setiap pagi Rizqy akan dihantar ke taska. Petang pula Rizqy akan ke rumah Rozie hinggalah Siti datang mengambilnya pulang. Sengaja Rozie menyuruh Siti manghantar Rizqy ke rumahnya untuk dijadikan teman pada anak tunggalnya yang berusia 7 tahun.

ʻʻAku rasa macam ada orang ikut akulahʼʼ adu Siti pada Rozie ketika dalam perjalanan pulang dari butik.

ʻʻPerasaan kau je tu kotʼʼ jawap Rozie. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap kereta.

ʻʻEntahlah. Aku just risauʼʼ Siti terus diam.

Rozie juga turut diam mendengar kata-kata Siti. Dia seperti sudah dapat mengagak siapa punya angkara. Suraya yang menelefonnya semalam memaklumkan tentang pertemuan Ujie dan Faizal.

ʻʻKau tengok-tengokkan dia ye. Jangan sampai dia relapse pulakʼʼ pesan Suraya.

Rozie mengurut-ngurut perlahan bahu Siti yang sedang memandu.

ʻʻJangan risaulah. Aku kan adaʼʼ


* * * * *


Faizal menyusup masuk dari pintu paling hujung kedai menjual permainan itu lalu berlindung di balik rak yang terdapat di situ. Matanya tidak lepas dari memerhatikan gerak geri Siti dan Rizqy. Dia tak mahu Siti menyedari kehadirannya. Belum masanya lagi dia bertemu Siti.

Siti singgah di rak depan berhampiran kaunter yang menempatkan deretan puzzle dan lego. Rizqy dah berlari ke rak paling belakang. Lagaknya macam dah biasa sangat dengan kedai itu.

Rizqy berdiri tegak di depan rak yang menempatkan pelbagai jenis robot. Matanya meliar memerhatikan robot-robot yang masih di dalam kotak dan tersusun cantik itu.

Faizal juga pura-pura melihat robot yang sama lalu perlahan-lahan berdiri disebelah Rizqy. Di seperti terdengar Rizqy bercakap sesuatu. Mujur rak yang jauh ke belakang itu terlindung dari pandangan Siti.

Faizal menunduk memandang Rizqy. Rizqy mendongak memandang Faizal.

ʻʻHmmm...ʼʼ Hanya itu yang keluar dari mulut comel Rizqy. Matanya tak beralih dari merenung Faizal.

ʻʻKenapa?ʼʼ tanya Faizal. ʻʻNak robot ke?ʼʼ

ʻʻNakʼʼ jawap Rizqy. ʻʻTapi, nanti mama tak bagiʼʼ sambungnya lagi. Faizal tersenyum mendengar jawapan Rizqy.

ʻʻNak yang mana?ʼʼ

ʻʻTu!ʼʼ Lurus telunjuk Rizqy menunjuk pada kotak berisi robot Bumble Bee yang terpamir di rak paling atas. Faizal mencapai kotak yang ditunjukkan.

ʻʻNah!ʼʼ Faizal melutut lalu menghulurkan kotak ditangannya pada Rizqy. ʻʻCakap dengan mama, uncle bagiʼʼ

ʻʻYeay!ʼʼ Rizqy melompat kegembiraan. Kotak berisi robot dipeluknya erat.

Sayu hati Faizal melihat kegembiraan diwajah Rizqy. Perlahan-lahan dia menghulurkan tangan cuba menyentuh pipi gebu si comel itu.

ʻʻRizqy!!ʼʼ

Panggilan Siti membuatkan keduanya tersentak.

ʻʻAlamak. Bye, uncleʼʼ Rizqy terus berlari meninggalkan Faizal yang masih termanggu-manggu. Faizal kembali berlindung di sebalik rak.

Dari sebalik rak, Faizal terdengar Siti bercakap-cakap dengan Rizqy di kaunter bayaran. Tak jelas biji butirnya kerana kedudukan kaunter yang jauh dari rak tempat dia bersembunyi.

Tak lama kemudian terdengar tangisan Rizqy mengekori Siti yang berjalan laju keluar dari kedai. Kotak berisi robot ditinggalkan di atas kaunter bayaran.

ʻʻKenapa? Dia tak nak ke?ʼʼ tanya Faizal pada pekerja yang menjaga kaunter.

ʻʻMak dia tak nak belikan. Mahallah robot ni, Cik. Tiga ratus lebih harga dia tuʼʼ jawap pekerja itu jujur.

ʻʻHaih!ʼʼ Faizal mengeluh perlahan.

Raungan Rizqy yang sayup-sayup kedengaran bagai menyiat-nyiat hatinya.

AlongWhere stories live. Discover now