BAB 8

14 3 4
                                    


"Awak nak saya explain tentang apa?" Soalku

"Siapa lelaki semalam?" Tanya Is

"Lelaki yang mana?" Ye lah semalamkan aku jumpa ramai lelaki memang lah aku tanya karang cerita pasal lelaki yang salah malu mat aku

"Lelaki sotong yang jual kain kat pasar malam haritu" katanya

Dia ni buat lawak ke? Asal hambar gila lawak dia ni kalau masuk maharaja lawak ni komfem kalah tanpa bertanding

Aku buat muka blur minta penampar tiga rasa tanpa limau siap tambah cili padi sebagai balasan lawak hambar dia tu.

"Haishh.. Lelaki yang kau sembang kencang sampai lembu boleh berenang depan lobby semalam tu siapa?" Katanya siap tambah perasa lagi kat ayat dia tu

Lepas fikir punya fikir baru aku ingat siapa lelaki yang dimaksudkan itu

"HAHAHHAHHHAHAHA.. Abang guard yang dekat lobby semalam tu ke?" Kataku sambil menghabiskan sisa tawa ku

Melihatnya diam aku tahu dia tak main main

"Oke oke.. Chill.. Saya saja je sembang dengan dia semalam sebab bosan nak tunggu grab datang pick up.. Lagipun dia dah ada tunang la Iskandar kuu" dengan pantas aku menutup mulut dengan tangan selepas mengungkapkan kata kata terakhir ku

Melihat mukanya berubah merah padam aku tahulah yang dia tengah blushing

Ceyy harapkan muka je bengis dalam hati ada zoo

Tak tahu kenapa tapi setiap kali aku berborak dengan dia aku jadi selesa macam dah lama kenal

Siap boleh tukar nama panggilan dari
aku - kau jadi saya - awak lagi

Entah setan apa yang merasuki mu hingga kau tega mengkhianatiku

"Ehem" lamunanku terbantut tatkala mendengar deheman Is

"Aku tau aku ni handsome tapi tak payah lah sampai kau tenung sengih sengih pastu berkerut kejap and sambung sengih balik macam cipanzi terlepas kandang" katanya panjang lebar

"Cipanzi duduk dalam kandang ke?" Tanyaku hairan. Selalunya cipanzi duduk dekat hutan tak pun dalam sangkar kan.. Bila masa dia duduk dalam kandang?

"Cipanzi yang nak terkam biri biri" katanya lalu menyisip kopi yang hampir sejuk itu dengan tenang

"Hm tak kisah laa.. Btw saya nak kena balik awal lepasni nak race" balasku lalu memasukkan spagetti carbonara ke dalam mulutku

"Race?" Tanya Iskandar hairan

"Yup.. Race.. Lumba kereta.. nak join?" Terangku sepatah sepatah

"Why not.." Balasnya

Ktingg

Terlepas garfu dari peganganku setelah mendengar balasannya

"S-serius la? Saya saja je tak payah ambik serius sangat.." Serius la mamat ni? Aku saja je ajak sebab aku tau lelaki skarang tak minat race

"Yeah sure" ringkas saja balasannya

"O..key.." Kataku dan menghabiskan makanan ku

SR Track

Aku menghayunkan kakiku ke kaunter pendaftaran

"Ticket for one" kataku kepada penjual tiket di kaunter tersebut

"Here you go ma'am.. Track number 2" terangnya sambil memberikan access card kepadaku

"Thanks" ucapku lalu berlalu pergi

Pintu utama dibuka dan kelihatan kereta yang ku pesan telah tersedia di atas permukaan trek lumba tersebut

"Lama tunggu?" Tegurku

"In around.. 7 minute i guess?"balas Aryan Iskandar

Hm.. Mamat ni degil nak jugak ikut aku haihh

"Jom" ajakku lalu memboloskan diri ke dalam kereta

Sarung tangan dan helmet yang dibekalkan dipakai lalu enjin kereta dihidupkan

Tok tok

Bunyi tingkap diketuk kedengaran halus dan tingkap dibuka

"I will take it easy okay?" Ujarku penuh lagak

"No need.. Just ingat perjanjian kita tadi" kata Is dan masuk ke dalam kereta tempahannya tadi

"Whatever" aku membuat gaya seakan rolling eye

Tit.. Tit.. Tit.. Tingg

Lampu bertukar hijau dan kini masing masing memecut laju meninggalkan tempat permulaan

Perlumbaan semakin sengit selepas melalui beberapa selekoh dan rintangan

Sreett.. Sreett..

Hanya kedengaran beberapa bunyi seretan tayar dan enjin yang kuat di perkarangan trek lumba

Kini tinggal satu selekoh yang perlu dilalui dan masing masing memilih untuk diam fokus akan trek yang mereka lalui

Kereta yang dipandu laju olehku kini berada di hadapan

"Sikit lagi..." Kataku lalu menekan pedal minyak semaksimum yang mungkin

BAMM

kereta yang dipandu oleh ku terbabas ketika melalui selekoh terakhir

"Aaahhh" Jeritan yang kuat aku laungkan ketika kepalaku terhantuk dinding kereta

Terasa berpinar kepalaku kini dan boleh ku rasai cecair merah pekat mengalir di pipiku

Kelajuan yang tinggi memberi tekanan yang mampu membuatkan penggunanya cedera walaupun menggunakan alat keselamatan seperti helmet.. Ingat ye anak anak

"Uhuk uhuk.." Terbatuk kecilku lalu helmet dikepala aku cabut

Nampaknya kemenangan berpihak pada mamat poyo tu

"Haihhh.." Terlepas jua keluh yang kusimpan

"TYAAA!!!" laungnya lalu berlari pantas kearahku

Dapat ku lihat juga paramedik yang cemas berlari menuju kepada satu arah

Mana lagi.. Aku lah arah yang dorang tuju tu

"WOWOWO.." Tak rilek sia mamat ni aku cedera skit je pon.. Halamakk

"Jom aku bawak gi hospital"  katanya panik lalu menarikku keluar dari SR Track

ℍ𝔼ℝ 𝕊𝔼ℂℝ𝔼𝕋 𝕃𝕆𝕍𝔼  | 𝙊𝙂Where stories live. Discover now