BAB 21

8 2 0
                                    

"Ni kan.."

"Yup.. ni lah keluarga kau.. ni Daniel Arshad, Tania Marissa, dan yang ni Damian Maleek"

Terang Hana sambil menunjukkan gambar gambar mereka

"Mama.. Papa.. Ian.. Tskk" Menitis kembali air mata ku tatkala dapat mengingat kembali memori memori indah ku bersama mereka

"Pada hari kau diculik, kau bersama dengan seseorang tapi data dan maklumat dia aku tak dapat sah kan.. kau ingat siapa?" Soal Hana

Aku menggeleng

"Hm.. Sokay"

"Urmmm.. Hana.." Celah Mila

"Ha"

"Mana keluarga Tya sekarang? Kenapa dah lama tak contact kita? Lagi satu.. Kenapa kau yang jaga dia?" bertubi tubi soalan yang diutarakan oleh Mila saat ini

Krikk.. Krikk..

"Apa? aku ada salah tanya ke?" soal Mila

Seakan akan baru memproses soalan soalan Mila sebentar tadi, terus aku memandang Hana dengan wajah tidak percaya

"Hana.. tolong nafikan apa yang ada dalam kepala aku sekarang ni.." pinta ku

"Apa yang kau fikir?" Soal Hana

Seketika.. masa seakan akan berhenti lalu dengan pantas Hana dapat tangkap apa yang dimaksudkan dengan kata kata ku tadi

"Woo.. Woo.. Diorang hidup lagi ehh.. Itu yang aku yakin cuma.. Aku tak tahu kat mana diorang sekarang.." Jelas Hana

"Macam mana kau tau diorang hidup lagi?" Tanya Auni

"Last aku check data kematian kat negara kita ni.. masih tiada nama diorang" jelas Hana

"Kau okey Tya?" soal Hana

"Kau rasa aku boleh jumpa diorang balik?" soal ku

"InsyaAllah.. kita percaya pada ketentuan ilahi.."

"Urmm.. Hana" panggil ku

Hana mengangkat kepalanya memandang ku

"Untuk beberapa tahun ni.. boleh kau bagi aku cuti? Aku ingat nak sambung belajar and hidup like normal life.. aku nak mula sesuaikan diri dengan kehidupan baru and nanti bila aku ready, aku join kau balik" jelas ku

"WHATT.. A BIG NO!!"

"Tya kau baru sedar tau.. jangan harap aku akan benarkan lagipun kita masih tak tahu mana family kau.. Diorang mesti akan cari kau semula lepas diorang tahu kau masih hidup"

"Kau pun dah lebih dari layak dah Tya.. So please.. Bagi aku jaga kau.. Duit yang aku salurkan pun lebih dari cukup untuk kau.. So please.."

Kata kata terakhir Hana dilontarkan dengan nada lebih kepada memujuk untuk ku

"So kau expect aku nak teruskan kerja macam biasa without tahu pun mana family aku pergi? Kau rasa aku mampu ke nak hidup tenang macam dulu? At least kau bagi aku tanggungan sikit so aku dapat rilekskan minda aku sekejap dari fikirkan benda benda serabut ni.."

Balas ku tetap dengan pendirian asal ku

"Tya.." Pujuk Hana

"Kalau kau pun tak dapat cari diorang.. Ini kan pula aku"

Seketika keadaan di dalam ruangan itu seperti terhenti

"Aku nak keluar kejap apa apa aku bagitau.. Dan.. Jangan cari aku"

Kataku dingin lalu keluar dari markas rahsia itu sendiri

Archery room

"Apa dah jadi sebenarnya?"

TAPP

"Mama.. Mama kat mana?"

TAPP

"Ian.. Kau tak rindu aku ke?"

TAPP

"Siapa dalang semua ni?"

TAPP

Suara ku dan bunyi alat memanah terkena pada sasarannya kedengaran silih berganti

"Nice shot hm?" Kata Hana

"Nak apa?" Balas ku dingin

"Wooo Wooo.. Chill buddy.. Aku nak sembang skit dengan kau" Kata Hana sambil tersengih

"Tak de masa aku nak sembang dengan kau"

"Ada kan lah" balas Hana selamba badak dia je

"Boleh cepat skit tak.. Aku tak nak hidup aku dipenuhi dengan muka kau je sepanjang aku hidup"

"Tak yah kejam sangat.." Balas Hana

ℍ𝔼ℝ 𝕊𝔼ℂℝ𝔼𝕋 𝕃𝕆𝕍𝔼  | 𝙊𝙂Where stories live. Discover now