BAB 18

18 2 2
                                    


Markas Delia Rose

"You can survive this Tya.. Bangunlah cepat please.. Demi aku.. Demi mak kau.." Rayu Hana

Yup

Semasa letupan tu, Hana telah pun berjaya menarik Tya keluar dari kawasan yang sepatutnya menjadi tempat kali terakhir Tya menghembuskan nafasnya

Hana juga telah berjaya mengurung kesemua pengawal yang mengawasi bangunan tersebut

Namun, Rayyan sempat melarikan diri bersama Alex ke Singapura menggunakan Kapal Laut

Tujuan mereka adalah Lapangan Terbang Changi Singapura untuk berlepas ke Itali

Tya terkena beberapa serpihan batu akibat letupan besar tersebut

Disebabkan itu, Tya dibawa ke markas rahsia Delia Rose

Hana telah mengupah beberapa orang doktor peribadi untuk merawat Tya

Tya akhirnya disahkan koma untuk beberapa bulan

Tiada siapa yang tahu keberadaan Tya selama beberapa bulan akan datang

6 bulan kemudian

"Tya, aku datang ni.. Kau nak tahu tak? Empire Delia Rose sekarang dah makin rapuh.. Kita terima banyak serangan dari musuh.."

"Aku nak minta maaf sebab.. Family kau.. Aku tak tahu dekat mana sekarang ni.. Apa aku nak jawab dekat kau waktu kau bangun nanti.. Aku jadi hilang fokus.. Hilang arah tuju.. Hilang kau.."

"Bangunlah.. Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni.."

"Kalau kau ada mesti kau akan tolong aku sekarang ni.. Tolong gelak.. heh.."

"Aku rindu gelak kau.. Manja kau.. Cara kau acah acah pandai depan budak budak tu.."

"Padahal aku yang bagitau kau semua tu.. Kau pulak yang dapat nama..
Tapi aku tak kisah pun semua tu, kau adik aku.. Aku nak kau bangun je sekarang ni.."

Sedar tak sedar..

Air mata yang ditahan kini dihambur jua dengan sepuas puasnya di dakapan Tya yang tidak sedarkan diri itu

Tiada siapa pun yang pernah melihat sisi Hana yang satu ini. Lemah, rapuh, dan mudah emosi. Hanya Tya yang mampu melakukan nya

Kehilangan seorang insan yang bernama Tya Adelia sangat bermakna bagi seorang Adelia Hana

______________________________________________

Tya sengaja merenjis Hana dengan air setelah usai membasuh tangan

"Weyy.. Apa ni..??" Marah Hana

"Eleh gurau gurau jee.. Tu pun tak boleh" balas Tya dengan wajah tidak bersalah

"Heh.. Kau kalau tak kacau aku memang tak sah kan hidup kau tu?" Marah Hana lagi

"Elehh.. Nanti aku dah tak de kau rindu aku jugak" Kata Tya lagi lalu merenjiskan sisa air ke muka Hana

"Woi.. Tak de makna nya aku nak rindu kau, dengan perangai tak senonoh macam ni.. Kau nak sangat kann.."

Dengan pantas Hana berlari mendapatkan Tya dengan membawa sebuah mangkuk berisi air

Mana entah dia dapat mangkuk tu

"Aaaaaa... Mak singa dah marahh laaa.. Laghiiiiiii...!!!!" Jerit Tya lalu berlari lari mengelilingi markas Delia Rose

______________________________________________

HAH..!!!

"Lah.. Aku tertidur rupanya.."

"Dah lewat.. Aku nak balik markas dulu tau.. Nanti kalau kau dah bangun call aku.."

Tangan Tya digenggam kemas bagi menyalur kekuatan

"Heh.. Macam mana aku nak call kau hah setan?"

Krik krik

"Tya?" Soal Hana

"Yow whazupp??" Kataku ceria

"Sebenarnya aku dah bangun lama dah tapi time aku bangun tu kau tengah tidur so.."

"Aku malas nak kacau.. Tengok pun macam kau dah beberapa hari tak tidur.. apa citer?"

Soalku seperti tiada apa yang berlaku

Buk

"Auch.. Aku ni baru lepas recover tau.. Yang kau tumbuk bahu aku ni kenapa?"

Sakit tau kalau ye pun nak belasah aku bukak gelanggang lah

"Heh tau pun baru lepas recover, yang perangai macam baru lepas keluar Neraka apasal?" Marah Hana

"Eleh.. Macam aku tak dengar tadi.. Aku rindu gelak kau.. Manja kau.. Cara kau acah acah pandai.. Bla.. Bla.. Bla.." Kata ku sengaja menaikkan amarah nya

"Eeii.. Kau pergi koma balik sana.. Malas aku nak layan perangai hodoh kau ni.. Menyampah aku kau tahu tak?" Balas Hana

"Auchh.."

"HAH? KAU SAKIT KE? KAT MANA? KEJAP AKU PANGGIL DOKTOR"

Hana kini panik

"HAHAHHAHHAHAHA.. Tau pun risau.. Aku nak cakap Auchh.. You hurt my feeling je.. Kau ni.. Eleh eleh elehhhhh.."

Berdekah aku gelak tengok reaksi Hana tadi

Muka dah rupa cicak tertelan cabai

"Eeii.. Dah la nyampah aku.. Kau gi siap siap sana jangan lupa mandi.. Dah 6 bulan kau tak mandi tau tak?.. Lepas aku balik nanti aku bawak kau keluar.. Ada benda aku nak cakap"

kata Hana lalu keluar dari bilik itu meninggalkan ku berseorangan

ℍ𝔼ℝ 𝕊𝔼ℂℝ𝔼𝕋 𝕃𝕆𝕍𝔼  | 𝙊𝙂Where stories live. Discover now