Part 3

200 16 1
                                    

TENGKU REZA ALIYY. Lelaki tinggi lampai yang mempunyai pakej lengkap. Pakej yang digilai ramai gadis. Pakej yang dianggap sempurna di mata gadis yang gilakan dunia.

Malang sekali kedinginan lelaki itu cukup membekukan. Tidak membenarkan gadis yang berminat merapati biarpun mereka terlalu ingin cuba menggoda.

Lelaki itu lebih senang menyimpan perempuan untuk melampiaskan nafsu dari memberi peluang pada gadis yang menginginkan tempat di hati seorang tengku.

Sepasang mata bundar tidak lepas dari menghargai kekacakan si tengku. Si tengku yang hanya layak untuk dipadankan dengan seorang Angela Auni. Pewaris tunggal Angel Holdings. Puteri kesayangan Tan Sri Abil.

Kedua-dua buah keluarga sudah beberapa kali memberi isyarat untuk menyatukan si tengku dan si puteri di dalam hubungan yang berkekalan dan berpanjangan.

Malah si tengku dan si puteri acap kali bekerjasama dalam projek yang mendatangkan keuntungan besar untuk kedua belah pihak. Mengharap akan berbunga bibit cinta di antara pasangan itu.

Malang sekali usaha itu tidak mendatangkan hasil. Si tengku jelas tidak berminat biarpun sering bertemu empat mata dengan gadis yang menjadi sasaran ramai. Gadis yang pasti membawa impak buat suami yang menjadi pilihan.

Si tengku masih memandang si puteri tanpa emosi tertera di wajah. Jelas melayan si puteri sama seperti gadis-gadis lain yang muncul di hadapan mata.
Mengingatkan hakikat itu buat jemari runcing si puteri terkepal menahan rasa yang bergolak. Namun senyuman tetap dipasakkan di bibir.

Angela Auni bukan gadis yang mudah mengalah. Tengku Reza Aliyy tetap akan berakhir di dalam genggamannya.

Tiada gadis lain yang lebih layak berdiri di sisi lelaki itu melainkannya. Walaupun dia sendiri mungkin tidak akan mampu menjentik sekeping hati milik lelaki itu, dia yakin Tengku Reza pasti akan memilihnya sebagai isteri.

Lelaki itu mementingkan status dan imej. Segalanya tentang lelaki itu melibatkan nilai material semata. Soal cinta langsung tidak wujud di dalam kamus hidup Tengku Reza Aliyy. Dia cukup yakin tentang itu.

Bukan baru setahun dia mengenali lelaki itu. Hampir 5 tahun dia memasang keinginan untuk menawan si tengku.

Pun begitu, usahanya masih belum membuahkan hasil. Dia tidak boleh berlagak seperti perempuan-perempuan murahan yang cuba menggoda.

Dia tahu lelaki itu pasti akan mencipta jarak jika dia berkelakuan begitu. Lalu dia hanya mampu membawa watak bakal isteri yang akan memberi kestabilan buat seorang suami. Isteri yang akan menjadi sayap kiri lelaki itu. Sentiasa membantu kala diperlukan.

"Going home?" soal Angela lembut.
Jemarinya mendarat pada lengan kekar si tengku. Cuba meraih perhatian lelaki yang memandang ke luar bangunan 30 tingkat yang baru bertukar hak milik.

"Yeah."

"Care to join me for dinner?" soal Angela lembut. Masih berusaha untuk melambatkan masa perpisahan di antara mereka.

Dia tidak tahu bila lagi mereka akan punya alasan untuk bertemu selepas ini. Dia tahu tanpa alasan kerja, lelaki itu tidak akan muncul di hadapannya.

"Not free," balas Tengku Reza senada. Menolak tanpa berfikir panjang.

2 minggu menghabiskan masa menukar pemilikan syarikat baru buatnya ingin segera pulang. Pulang ke tempat di mana dia dapat melampiaskan nafsu yang dikekang selama berada di sini.

"Bila I boleh jumpa you lagi?"

"Bila I perlukan kerjasama you," balas Tengku Reza seraya membuka langkah meninggalkan si puteri tanpa berpaling lagi. Tidak berniat untuk terus melayan soalan demi soalan yang jelas ingin menghalangnya pulang.

Dia tidak buta. Dia faham apa yang dimahukan gadis itu. Faham apa yang cuba diaturkan keluarganya.
Namun buat masa ini dia tidak berminat untuk melayan keinginan mereka. Tidak berniat untuk menamatkan zaman bujang dan mengikat diri dengan status seorang suami.

Tiada siapa boleh memaksa Tengku Reza Aliyy untuk melakukan sesuatu yang tidak diingininya. Nobody!

Nadyia Untuk Seorang TengkuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang