Part 8

233 15 1
                                    

"DAH bangun?" Suara dingin si tengku menyapa gegendang telinga sebaik mata terbuka. Buat si gadis mengedipkan mata berkali-kali. Memastikan dia benar-benar sudah terjaga. Bukan masih dibuai mimpi.

Pertama kali untuknya membuka mata di sisi si tengku. Selalunya kelibat lelaki itu sudah tidak kelihatan setiap kali dia lewat bangun.

Setiap kali bersama si tengku, dia jarang dapat membuka mata di subuh hari. Kelesuan terpaksa melayan keinginan lelaki itu yang terlalu bertenaga.
Lelaki workaholic itu tidak pernah bermalasan di bilik tidur. Sebelum subuh menjelma sudah menghilang ke tempat kerja.

Ya, Tengku Reza Aliyy terlalu sesuai dilabel sebagai lelaki workaholic. Fokus utama lelaki itu hanya pada empayar yang dibina.

Empayar yang dimiliki dibina di atas kaki sendiri. Malah lelaki itu turut mewarisi empayar keluarga seolah terlalu banyak waktu untuk mengendalikan segalanya.

Tidak hairanlah jika lelaki itu tidak punya masa untuk melayan soal hati. Tidak sudi membazirkan masa yang terlalu berharga untuk melayan rengekan gadis. Jauh sekali mahu memanjakan.

Perempuan hanya tempat untuk melepaskan nafsu semata. Tiada makna lain di dalam hidup lelaki hebat seperti Tengku Reza Aliyy.

Lalu perempuan sepertinya dibeli, disimpan dan dibuang bila sudah terasa bosan. Kemudian mula mencari perempuan lain yang lebih menarik untuk disantap.

"Kenapa pandang I macam tu, huh? Missing me?" soal si tengku bila terus menjadi mangsa renungan Nadyia. Seolah pelik benar melihat kewujudannya pagi ini.

Nadyia pantas menggeleng.

Rindu? Mustahil!

Dia cuma tertanya-tanya kenapa lelaki itu belum menghilang dari pandangan. Pagi ini lelaki workaholic itu mahu pula bermalasan di atas katil. Pelik.

"You... tak kerja hari ni?" Soalan itu terlontar di bibir. Tidak dapat menahan diri dari mendapatkan jawapan.

"Kenapa? I tak boleh ambil cuti, hurm?"

"You... cuti?" soal Nadyia seolah jawapan itu terlalu mengejutkan buatnya.

Tengku Reza Aliyy tahu pula mengambil cuti!
Lelaki yang terlalu mementingkan kerja itu tidak pernah mengambil cuti sebelum ini. Apa yang membuatkan lelaki itu tiba-tiba mahu bercuti?

"Salah, huh?"

Nadyia menggeleng menidakkan. Tidak salah. Cuma keliru dengan tingkah lelaki itu.

Mungkin lelaki itu ingin berehat seketika dari menguruskan syarikat. Keletihan terpaksa bekerja di luar kawasan.

Keletihan?

Tawa sinis hampir terletus di bibir.
Semalam lelaki itu tidak langsung kelihatan letih. Dia yang kelelahan terpaksa melayan lelaki itu. Ketika ini pun seluruh tubuhnya masih terasa lembik. Tidak berniat untuk turun dari katil.

"I have been away for 2 weeks," tutur Tengku Reza mengingatkan.

Dagu runcing si gadis disambar lalu dicengkan kemas. Wajah si gadis didekatkan sebelum bibir merah itu dijadikan mangsa.

"I perlu pastikan duit I digunakan sepenuhnya. I'm a businessman, Nadyia. I tak boleh biarkan diri I kerugian," tambah Tengku Reza penuh makna mendalam. Makna yang tidak susah untuk difahami.

Nadyia tersenyum sinis. Ya, setiap pelaburan Tengku Reza Aliyy perlu mendatangkan keuntungan. Dan lelaki itu paling pantang membiarkan diri kerugian.

2 minggu tidak dapat menggunakan khidmatnya tentu sahaja dianggap satu kerugian buat lelaki itu.

"You're right. You perlu gunakan masa yang ada untuk ganti semula waktu you tak ada di sini," balas Nadyia dengan suara yang sengaja dilunakkan. Manja.

Tangan melingkar mesra di leher lelaki itu. Bibir mula mencari mangsa. Memastikan lelaki itu tidak akan rugi walau sedikit pun.

Dia tidak mahu dituduh culas oleh lelaki itu. Bimbang lelaki itu cuba menarik tempoh kontrak lebih lama untuk menggantikan masa yang hilang.
Dia sama sekali tidak akan membiarkan itu berlaku.
Tidak sampai 2 bulan untuk semuanya berakhir. Dia sudah tidak sabar untuk memulakan hidup baru.

Demi kehidupan yang ingin dibina, dia rela melayan si tengku hingga lelaki itu berpuas hati. Tubuh yang lesu dipaksa untuk terus 'bekerja'.

"I'm here for you," bisik Nadyia lembut. Rapat di telinga si tengku. Menggoda. Dan si tengku yang digoda sudah tentu tidak akan menolak hidangan di hadapan mata. Apatah lagi yang begitu rela menyerahkan diri.

"You must serve me well." Arahan bergema sebelum bibir merah si gadis dibaham rakus. Jelas tidak memerlukan jawapan.

Si gadis menurut perintah. Tiada bantahan yang timbul bila diri menerima bayaran untuk khidmat yang diberikan.

Hanya sepasang mata hitam itu menunjukkan kedinginan sekeping hati. Jauh berbeza dengan kehangatan layanan yang diberikan.

Pun begitu si tengku tidak peduli. Tubuh langsing di dalam rangkulan tidak dilepaskan. Meneguk kemanisan yang ditawarkan untuknya seorang. Bukan untuk lelaki lain!

Nadyia Untuk Seorang TengkuDove le storie prendono vita. Scoprilo ora