Part 11

177 10 1
                                    

"NOT bad. I perlu bagi ganjaran untuk you," komen Tengku Reza seraya merangkul tubuh si gadis lalu dibawa ke bilik tidur sebaik selesai menjamu selera.

Ganjaran?

Tawa sinis hampir bergema di bibir Nadyia bila mendengar lelaki itu mahu memberikannya ganjaran. Ganjaran apa bila tubuhnya yang menjadi mangsa lelaki itu?

"I tak perlu apa-apa ganjaran daripada you," balas Nadyia lembut.

Bicara yang keluar di bibir jauh berbeza dari hamunan yang bergema di hati. Tindakan juga tidak sama.

Tangan melingkar di leher si tengku. Wajah dibenamkan ke leher lelaki itu. Bibir mula memainkan peranan. Menghadiahkan kucupan demi kucupan buat lelaki yang ingin memberi ganjaran.

"I tetap nak bagi you ganjaran, Nadyia," tutur Tengku Reza sinis.

Berani benar si gadis menolak 'ganjaran' yang ditawarkan. Mahu menghalangnya dari menikmati tubuh di hadapan mata, huh?

Tubuh si gadis direbahkan ke katil. Wajah si gadis dibelai lembut.

'You yang mahukan ganjaran. Bukan I!' Hati menjerit bengang. Tahu benar apa yang dimahukan lelaki itu.  Tidak perlu menggunakan alasan untuk memberikannya ganjaran sedangkan lelaki itu yang inginkan tubuhnya.

"Kenapa? You mahukan ganjaran lain, hurm?" soal Tengku Reza menduga.

Nadyia pantas menggeleng menidakkan. Dia tidak mahu apa-apa ganjaran. Dia cuma mahukan rehat. Mata terasa berat ingin pejam. Dan lelaki itu pula masih menuntut perhatiannya.

Segala hamunan terbit di hati buat si tengku. Namun riak di wajah kelihatan seperti seorang isteri yang begitu bahagia dapat bersama si suami.

"I cuma mahukan you," balas Nadyia dengan nada cukup serius. Seolah berbicara dengan sang kekasih hati. Dan bicara si gadis tentu sahaja mengundang bahana pada diri.

Pakaian di tubuh si gadis sekelip mata melayang ke lantai. Dan si tengku tidak menunggu lama untuk membaham hidangan di hadapan mata.

Nadyia Untuk Seorang TengkuWhere stories live. Discover now