Bab 9

851 54 0
                                    


     Ariena Haifa hanya senyap sepanjang perjalanan pulang.Dia teringat pasal hal yang terjadi dekat hotel Asrien Zucchini tadi.

Flashbacks..

Selepas pergi ke tandas,Ariena duduk di bangku luar hotel seorang diri.Nak ambil angin katakan.

"Assalamualaikum!",satu suara menyapanya dari tepi.

Dia toleh.

'Adrien? Mikhael?',bisiknya dalam hati.

"Wa..alai..kumus..salam",jawabnya gugup.

"Kenapa awak duduk sorang-sorang dekat luar ni?Orang semua dekat dalam..",tanya Adrien.

Ariena hanya membisu,tidak tahu ingin menjawab ape.

"Er..saja.Saya suka tengok angin malam.Doksoh kesoh lah pasal saya.Saya biase doh",terangnya.Harap sangat lelaki itu akan pergi dari situ.

"Ouh.Takpelah kalau macam tu",kata Adrien.

"Assalamualaikum Ariena",kata Adrien sejurus dia membuka langkah.

"Waalaikumussalam",tutur Ariena.

"Assalamualaikum!",sapa lagi satu suara.Siapa pulak dah!.

Dia toleh.

"Waalaikumussalam",jawabnya sambil senyum.

"Adik akak tadi ade kacau awak ke?",tanya perempuan itu.

"Hah?Tadi?",soalnya terpinga-pinga.

"Tadi tu,lelaki tu.Dia ada kacau awak ke?Dia cakap dengan awak kan",soal perempuan itu lagi.

"Ouh,doklah.Dia tanya bakpe saya duduk sorang je",balas Ariena.

"Ouh.Er saya Marina Arya.Kakak lelaki tu tadi.Kakak nombor tiga",kata Marina.

'Doh bakpe pulok ye kabo ke aku',bisik hatinya.

"Ouh,kakak Adrien?",soal Ariena.

"Haah.Ouh,jadi awak kenal Adrien?",soal Marina lagi.

"Doklah kenal mana.Tapi tahu nama je",balas Ariena bersahaja.

Memang betul kan.Dia hanya tahu nama lelaki itu aje.

"Okeylah.Nice to meet you.Jumpa lagi ya.Mana tau lepasni kita jumpa dalam keadaan awak adik ipar saya",kata Marina tiba-tiba.

Ariena beriak pelik.

"Saya pergi dulu.Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam",jawab Ariena.

'Adik ipar?', soal nya dalam hati.

End flashback

"Ariena?",panggil Wadina.

"Hah!",Ariena terkejut.

"Amboi!Jauhnya termenung.Ingat ke sape?Jomlah.Sapa rumoh doh",kata Wadina.

"Ouh,okey",Ariena membuka pintu kereta.


















         Pintu rumah dikuak.Penat betul.Pungguh dilabuhkan ke atas sofa.

"Ien,umi ade benda sikit nak cakap",kata Puan Atikah.

Langkah Luqman dan Ayden terhenti.Nak dengar umi cakap ape lah tu.

"Ape dia umi?",soal Adrien.

"Umi nak Ien kawin.Dengan anak kawan umi.Ini pilihan umi",sebaris kata-kata dari mulut Puan Atikah keluar.

Adrien membuntangkan mata.

"Umi?Ape umi cakap ni?",soal Adrien terkejut.

"Umi serious.Adrien tu dah dua puluh enam tahun.Sampai bila Ien?",kata Puan Atikah.

"Umi.."

"Tiada bantahan!",tegas suara Puan Atikah.

"Umi...sekurangnya bincang lah dengan Ien dulu.Umi tak boleh buat macam ni...",kata Adrien merayu.

"Umi terpaksa berkeras Ien!",kata Puan Atikah.

Terus Adrien bangun dan menyium kedua belah pipi uminya .

"Bagi Ien masa ya umi?",tangan uminya digenggam.

Puan Atikah mengangguk kecil.

Lalu,Adrien naik ke atas.

"Uish,dapat kakak ipar!",kata Ayden sejurus Adrien naik ke atas.

"Umi,umi ada gambar tak?", soal Luqman.

"Ada"

"Mana?Nak tengok",kata Luqman.

"Iz pon nak tengok bakal kakak ipar Iz",kata Ayden lagi.

"Nah!",Puan Atikah menunjukkan gambar yang berada dalam skrin telefonnya.

Tengok saja,Luqman senyum.

"Wuuu, cantik lah umi!",puji Ayden.

Puan Atikah hanya senyum.

















"Kawin?,ma.Ma molek lah ma.Aboh?",mata Ariena tertumpu pada abahnya.

"Aboh dok tahu mende.Tapi,Ifa terima lah.Sampai bile nok tunggu lagi?",soal Encik Marzuki.

"Terime aje kak.Buleh Anis dapat abang ipor baru!",ucap Anis teruja.

"Mu diam buleh dok?",Ariena menjeling tajam adiknya itu.

"Ma kenal lah sape die tu.Ifa terima jelah!",kata Puan Atikah.

Ariena diam.Mata melirik ke Wadina.Wadina angguk dan sengih.Kalau ditanya sepupunya itu,memang iya lah jawabnya.

"Bagi Ifa mase buleh?",soal Ariena.

"Banyok mane mase nok?",soal Puan Nazurah.

"Sampai Ifa sedia",kata Ariena lalu naik ke atas.

"Haihhh...",Puan Nazurah mengeluh panjang.

















TBC.

nah for you ol.
don't forget to vote!😉

Pemilik Hati KaptenWhere stories live. Discover now