BAB 7

132 8 16
                                    

"Aku nak balas dendam!" kata Razak sambil tersengih.

"Hah, dah muncul dah watak jahat yang kedua ni." kata Humaira dengan sinis.

"Kedua? Siapa yang pertama?" kata Haziq sambil menaikkan sebelah kening.

"Kau lah." kata Humaira dan Ayden serentak. Pandangan mata sempit dan sinis dihadiahkan kepada Haziq.

"Eh?" kata Humaira sambil memandang ke arah Ayden. Tak sangka jawapan mereka sama. Dia ingatkan dia nak bergurau saja. Tapi tak sangka pula Ayden turut mengatakan ayat yang sama seperti dirinya. Ayden hanya membuat wajah selamba.

Haziq terdiam. Wajahnya bertukar masam. 'Kau orang berdua yang jahat dekat sini. Sebab kacau hidup aku.' bisik hatinya. Direnungnya dua orang pengawas itu dengan penuh benci.

Semakin melebar senyuman sinis yang ada pada wajah Ayden. Kerana melihatkan perubahan wajah Haziq yang sudah berkerut. Humaira pula sudah ketawa kecil sambil menutup mulut dengan tangan.

Dari jauh, Arissa juga menunjukkan pandangan yang tidak berpuas hati. Pandangan mata yang marah. Dia mana boleh dengar ada orang lain yang kutuk lelaki idaman hatinya. Walaupun Haziq melayan ramai perempuan tapi itu tetap tidak mengubah pendapat Arissa tentang Haziq. Gadis itu masih menyimpan harapan.

Baju ditepuk-tepuk, membuang debu pasir dan tanah yang melekat. Haziq perlahan-lahan berdiri sambil memegang perut. Macam manalah aku boleh kalah? Hairan.

Kepala didongakkan ke atas. Memandang langit yang masih gelap. Guruh mula sambar-menyambar. Hujan dah mula turun tapi tak lebat. Gerimis.

"Weh, dah hujanlah." kata Humaira dengan nada panik. Dia memegang lengan Arissa untuk membantu. Tapi tangannya ditolak kasar.

Membulat biji mata Humaira. Dipandang wajah Arissa yang sedang merenung tajam ke arahnya. Dah kena tolak dengan Ayden pun masih tak insaf lagi ke? Tak jadilah nak tolong. Dia memandang ke arah Ayden pula.

"Weh! Dah nak hujanlah. Kau nak mandi hujan ke?" kata Humaira.

"Kau pergilah dulu. Aku ada hal nak selesaikan." kata Ayden dengan nada yang dah bertukar dingin. Pandangan tajam masih tidak dialihkan daripada memandang Haziq. Ini tiba-tiba pula Razak muncul. Nak apa? Mamat tu pun tercegat dekat situ saja. Tenung dia macam tu.

Humaira terdiam saat mendengarkan nada suara Ayden. Jaranglah dia dapat dengar. Dipandangnya pula wajah Haziq lepas tu beralih kepada Razak. Masing-masing merenung sesama sendiri. Tiba-tiba dia berasa awkward pula berdiri dekat sini.

Pom!

Bunyi guruh berdentum dengan kuat, menyergah mereka berlima. Humaira dan Arissa terjerit kerana terperanjat. Tapi Ayden, Haziq dan Razak masih lagi berdegil. Merenung sesama sendiri. Di luaran, nampak keras. Tak takut. Kaki mereka teguh berdiri di atas tanah. Langsung tidak bergerak walaupun disergah guruh. Tapi bukan pada dalaman mereka. Terkejutlah tiba-tiba guruh berdentum kuat macam tu. Tapi masing-masing cover.

Sudah makin lebat hujan turun. Tanpa berlengah, Humaira terus angkat kaki. Berlari masuk ke dalam kantin sebelum basah kuyup kena hujan. Sudahlah pagi lagi. Sekolah pun belum masuk lagi. Nak tunggu habis sekolah, lama lagi. Takkanlah nak biarkan baju sekolah basah kuyup? Tak selesalah duduk dekat dalam kelas nanti.

Arissa juga dilihat berlari masuk ke dalam kantin. Tinggal lah Ayden, Haziq dan Razak yang kekal berdiri. Renungan tajam masih tidak beralih.

"Apa yang kau..."

Baru saja Ayden nak bersuara, Razak dah terus berlari ke depan. Ayden tersentak. Membulat biji mata Ayden kerana terkejut. Dia memasang kekuda. Buat gaya bersedia nak berlawan.

[DR6] Gadis Dakwah vs Mamat Pervert?Where stories live. Discover now