BAB 10

91 3 0
                                    

45 minit yang lalu,

"Ayden..."

"Oi, Ayden!"

"Bangunlah!"

Tuk! Tuk! Tuk!

Sebuah meja diketuk berkali-kali. Ayden membuka mata perlahan-lahan. Dia yang tertidur di atas meja setelah habis mesyuarat pengawas itu bangun dalam keadaan terpinga-pinga. Nampaklah Humaira sedang berdiri di hadapannya.

Lagilah dia berasa hairan. Kenapa minah ni pula yang kejutkan aku? Kepala ditoleh ke luar tingkap. Cahaya matahari berwarna oren itu telah menunjukkan hampir nak terbenam. Suasana bilik mesyuarat itu nampak suram. Dah petang rupanya.

"Mana orang lain?" kata Ayden. Dia menguap lalu ditutup dengan tangan. Sebelah tangan lagi menggosok matanya perlahan.

"Semua dah balik dah." kata Humaira yang sudah menyangkut beg sekolahnya pada bahu. Dia berjalan ke luar bilik pengawas.

"Tch! Dia orang tinggalkan aku. Kenapa kau tak balik dulu?" kata Ayden lalu menyangkut beg sekolahnya pada bahu. Dia bangun dan ikut keluar.

"Aku nak baliklah tadi. Tapi bila aku lalu sini, nampak pula kau masih tidur. Itu yang aku datang kejutkan kau." kata Humaira sambil menunggu Ayden mengunci bilik pengawas.

"Oh. Okey. Terima kasih." kata Ayden sambil menghulurkan kunci kepada Humaira.

Setelah kunci telah bertukar tangan, Ayden memasukkan kedua-dua tangan ke dalam kocek seluarnya dan terus berjalan ke luar pagar sekolah. Humaira pula sibuk naik tangga ke pejabat untuk menyerahkan kunci bilik. Itu sudah menjadi rutin harian dia.

Tidak seperti orang lain yang menunggang motorsikal ke sekolah. Ayden hanya berjalan kaki. Bukan dia tidak mampu. Tapi dia lebih selesa. Lagi pun jarak di antara rumahnya dengan sekolah, tidaklah begitu jauh. Dalam sepuluh minit saja sudah sampai.

Sedang dia berjalan, dari jauh dia melihat sekumpulan lelaki sedang bergaduh. Nampak macam sedang memukul seorang mangsa.

"Tch! Malaslah aku nak masuk campur. Sakit kena rotan pun masih terasa lagi." kata Ayden sendirian.

Dia berhenti berjalan. Tapi macam mana nak lalu lorong ni? Ini sahaja jalan yang selalu dia lalu. Pergi dan balik dari sekolah. Kalau nak buat-buat tak nampak, tak boleh. Takut tiba-tiba kena ganggu pula. Matanya masih memandang tajam ke arah tubuh mangsa itu. Mangsa dilihat sedang terguling-guling kena pukul beramai-ramai di atas jalan. Wujud perasaan simpati di dalam diri Ayden.

"Ugh! Seriuslah? Aku malaslah nak kotorkan tangan. Cukuplah tadi pagi dah hadap benda sama." rungut Ayden. Hatinya berbolak-balik. Rasa dilema. Nak tolong atau nak biarkan saja?

Melihatkan mangsa terguling-guling kesakitan di atas jalan. Dipukul beramai-ramai telah membuatkan dahinya berkerut.

'Tapi macam teruk saja. Kalau mati, susah pula. Nanti jalan ni kena tutup. Lepas tu aku kena lalu jalan jauh. Ish! Tak naklah macam ni.' bisik hati Ayden. Itu yang dia risaukan rupanya?

Dia berjalan masuk ke dalam lorong itu. Tiada mood untuk menunggu pergaduhan itu selesai. Kalau nak tunggu, nampaknya dia kena tidur sinilah. Mustahillah pergaduhan macam ni tamat awal. Jadi mahu tidak mahu, dia jalan terus sajalah. Langsung tidak wujud perasaan gerun di dalam hatinya. Bukannya dia tidak biasa bergaduh. Seorang lawan ramai orang? Tak ada hal!

Setapak demi setapak Ayden melangkah. Berjalan menghampiri sekumpulan lelaki yang bertindak ganas itu. Tiba-tiba dia berhenti berjalan. Pandangannya tertumpu pada tubuh lemah yang terbaring di atas jalan itu. Cepat-cepat dia berdiri di sebalik tembok. Kedua-dua tangan dikeluarkan daripada kocek seluarnya. Dia menyandar rapat ke tembok untuk mengintai.

[DR6] Gadis Dakwah vs Mamat Pervert?Where stories live. Discover now