1. Pelanggan Misteri

69 20 47
                                    

Di sebalik kedinginan malam, di kala keadaan kian renggang dan menyepi, ternyata masih ada manusia yang gigih mencari rezeki.

Walau pagi sudah berganti senja, dan kini senja sudah bertukar malam, di saat orang-orang sudah ingin pulang dari kerja untuk berehat, ternyata masih ada makluk yang baru ingin ke kedai mendapatkan sesuatu.

Kedai Urut Orang Buta
-Hanya terbuka untuk pelanggan lelaki sahaja
-Buka seawal 08:00 pagi dan tutup pada pukul 11:00 malam

Seorang lelaki tinggi lampai mengintai-ngintai sebuah kedai urut yang masih lagi beroperasi pada waktu itu.

Sepertinya dia ingin menuju ke kedai itu.

Apabila dia sudah hampir mendekati kedai itu, perlahan-lahan senyum menyeramkan terukir pada bibirnya.

"Malam ini... kusendiri,
tak ada yang... menemani,"

Jaiman menyanyi-nyanyi santai sambil menunggu dengan setia kedatangan pelanggannya, kalau-kalau masih ada orang yang memerlukan khidmat urutnya.

Pada ketika itu, hanya dia seorang saja yang ada di dalam kedai itu, kedai-kedai yang berjiranan dengannya juga sudah tutup. Hanya kedai dia saja yang masih buka di kawasan tersebut.

Jaiman bekerja sebagai tukang urut sudah hampir lima tahun, jadi dia memang sudah biasa pulang lewat malam demi untuk mencari rezeki.

Walaupun dia mengalami masalah penglihatan sejak lahir dan telah disahkan buta, namun kekurangannya itu tidak menjadi penghalang untuk dia mencari sumber kewangannya sendiri.

Sesungguhnya dia juga ingin berdikari sama seperti orang lain.

Dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang, orang buta juga tidak ketinggalan menerawang segala peralatan canggih yang telah banyak dicipta.

Disebabkan itu, Jaiman lebih mudah menjalani kehidupannya seharian. Kalau dia ingin pulang, terus saja dia order grab dan balik. Maklumlah Zaman sudah maju nak katakan.

Ayuh kita... Goyang dua jari,

Kedengaran bunyi nada dering telefon bimbit Jaiman bernyanyi. Tanpa berlenga dia mengangkat panggilan itu, kebetulan ketika itu dia sedang skrol tiktok.

In coming whatsapp voice call from Damlan

Jaiman menggeser-geser skrin telefonnya untuk mengetahui siapakah gerangan yang menelefonnya, lantas talk back yang sudah dia tern on pada telefonnya bersuara.

Accept Button

Setelah menjumpai butang hijau, tanpa ragu dia segera menekannya dengan pantas sebanyak dua kali, lalu panggilan pun bersambung.

"Ui, Jaiman. Kau masih di kedai ka ni?"

Kedengaran suara teman seperjuangannya, Damlan di sebalik corong telefon. Damlan dan Jaiman sama-sama menyewa kedai urut itu untuk mencari sumber kewangan, namun pada hari itu Damlan bercuti kerana kurang sihat.

Jaiman menekan butang pembesar suara kemudian dia meletakkan telefon tersebut di atas sebuah meja yang berhampiran dengannya lalu berkata.

"Ui Damlan, kenapa kau call saya ni? Yalah saya masih di kedai la ni. Kan baru pukul sepuluh setengah, awal lagi ba, manalah tauu ada pelanggan mau minta urut tiba-tiba."

"Uish, marahkah tu, rileks ba kau, tanya ja pun. Oh, kau masih belum balik rupanya, ingatkan sudah. Kau enda takut ka saturang di sana?"

"Ah kau ni macam enda biasa, mana ada marah. Kau ni sudahlah saya saturang ja di sini, kau tanya lagi soalan macam tu, janganlah ba kau kasi takut saya."

"Hahahahahaha, gurau ja pun."

Damlan ketawa girang mengejek temannya itu.

Belum sempat Jaiman membalas ejekan temannya itu, tiba-tiba.

Tok. Tok. Tok.

Kedengaran seperti bunyi pintu diketuk.

Tanpa ragu, Jaiman segera berjalan ke arah pintu hadapan kedainya lalu memulas tombol pintu dan membukanya.

"Ui Jaiman. Mana kau ni? Kenapa kau diam?"

Krok.

Tanpa berkata apa-apa, dengan selamba Jaiman tangkas mematikan panggilan tersebut, kemudian dia menyimpan telefon bimbitnya itu ke dalam kocek seluar. Ehh, macam tu je, dasar bertuah punya teman. Hahahaha.

"Aki mau minta urut boleh?"

Seorang lelaki bongkok berambut putih dan berbaju serba hitam memulakan bicara, suaranya kedengaran sangat garau, seperti suara seorang datuk tua, air mukanya jelas terserlah garis-garis kedut.

Perlahan-lahan langkah kakinya memasuki ruangan kedai lalu setelah langkah kakinya berhenti di hadapan sebuah kerusi yang khas untuk para pelanggan, dia pun segera melabuhkan duduk di situ. Tanpa Jaiman ketahui, ekor mata si aki itu begitu tajam memerhatikan segala gerak geri Jaiman.

"Mestilah boleh aki. Aki mau urut belakang ka?"

Jaiman bertanya ramah, dia menggelar pelanggannya itu sebagai aki, dia hanya mengikut sahaja rentak pelanggannya itu. Dalam hatinya ligat bertanya-tanya sendiri. Bagaimana orang tua itu boleh berjalan di waktu malam-malam begini? Dia tak tahukah malam sudah hampir larut? Apakah keluarganya tidak tercari-cari tentang dirinya?

"Ya. Aki mau minta urut belakang, sakit sudah betul belakang aki ni. Paling sakit dekat bahu ni."

Sambil membetulkan posisi badannya, si aki itu menjelaskan kemahuannya.

Jaiman akur lalu menyediakan apa yang patut, sesudah itu dia pun mula mengurut.

Sedang Jaiman bersungguh-sungguh mengurut, dia mula bersuara demi menghilangkan kejanggaalan antara dia dan si aki itu.

"Aki pigi sini saturang saja ka? Keluarga aki enda risaukah aki jalan malam-malam ni?"

Jaiman meluahkan rasa kehairanannya yang tak henti-henti mengganggu di ruang fikirannya sejak tadi.

"Aki pigi sini saturang saja, ah, enda ba juga keluarga aki tu risau. Rumah aki dekat ja dari sini."

"Oh, kalau begitu baguslah tu."

Jaiman menyahut pendek, rasanya itu saja yang ingin dia tanyakan.

Namun satu lagi persoalan mula menyerang benaknya, setahu dia tidak ada pula mana-mana perumahan yang berdekatan dengan kedainya. Paling dekat yang ada pun menjangkau kira-kira 12 kilometer. Takkanlah orang tua itu berjalan sejauh itu semata-mata hendak ke kedainya.

"Ish, aktif pula otak ni mau berfikir time time begini."

Jaiman merungut dalam hatinya. Persoalan yang menerpah ruang fikirannya itu dia abaikan begitu saja.

Setengah jam kemudian.

Akhirnya sesi mengurut pun hampir selesai, pejam celik pejam celik, Jaiman pun sudah ingin menutup kedainya.

Ternyata sebelum kedainya tutup sempat juga dia dikunjungi seorang pelanggan, mungkin itu rezekinya pada malam itu.

Ketika Jaiman hendak menghabiskan sesi urutannya. Secara tidak sengaja Jaiman teramas bahagian tengkuk orang tua itu. Kini dia menyedari suatu hal.

Buluh romanya kian menegak, perasaan seram sejuk mula menyelubungi dirinya. "Jangan jangan. pelanggan ni."

Tangan Jaiman yang rancak mengurut itu menjadi kaku dengan serta-merta. Bayangan itu terus-menerus mengganggu fikirannya. Tangannya terbayang-bayang akan apa yang tidak sengaja dia ramas itu.

Tanpa disengajakan Jaiman teramas bahawa ternyata.

Dushhh!!!

Pelanggan itu sebenarnya tidak mempunyai kepala.

Erghhhhh!

Entah sejak bila kepala si aki itu tercabut dia pun tidak sedar.

_______________

Jadi apa perasaan korang lepas baca kisah merepek ni?

Dipersilakan untuk komen, kalau tiada apa-apa reaksi pun bagitau je. Hehehehehe.

Author ok je, nanti bolehlah buat cerita yang lagi ok kan.

Korang rasa pelanggan tu makluk apa? Hehehehe.

Moga terhibur, thanks sudih baca. Maaf kalau korang tak terhibur.

Takut Atau Senyum???Where stories live. Discover now