4. Hantu Geletek

23 8 13
                                    

   Ketika hujung minggu di asrama SMK Tarap bukan nama sebenar, tampaknya begitu riuh sekali suasana di asrama aspura, mereka semua menikmati hujung minggu di asrama dengan teman masing-masing. Lagipun pada ketika itu, mereka tidak dibenarkan pulang ke rumah kerana bukan minggu balik.

Bermacam-macam telatah yang dapat digambarkan kala itu, ada yang sibuk melalak menyanyi-nyanyi riang seperti menghadiri konsert nyanyian, ada yang sudah pun tidur lena terdampar di atas lantai menikmati betapa nikmatnya dibuai lena, memejamkan mata serapat-rapatnya, merehatkan otak yang selalu dibelenggu persoalan, seolah-olah dalam tempoh seminggu dia belajar di sekolah seperti tak cukup tidur.

Selain itu, ada juga yang makan maggi bersama geng masing-masing. Namun disebalik kedinginan malam yang disajikan dengan terbitnya bulan purnama itu, tidak lupa juga, ada segelintir pelajar asrama yang masih gigih belajar di waktu-waktu hujung minggu begitu, keadaan riuh yang tercetus tidak pun dihiraukan.

Tak ketinggalan juga, gelagat tiga sekawan yang membuatkan terbitnya rasa sangsi turut dirakam. Dalam keadaan yang renggang itu, mereka bertiga mengambil kesempatan untuk bermain telefon pintar masing-masing yang sememangnya mereka bawa secara senyap-senyap tanpa pengetahuan warden, walaupun penggunaan telefon pintar di asrama itu memang dilarang keras, namun Abu, Ali dan Ahmad tidak menghiraukan perkara tersebut, peraturan yang telah ditetapkan hanya untuk dilanggar sesuka hati seperti menumbangkan sebuah tembok sahaja.

Sebenarnya, Abu, Ali dan Ahmad baru sahaja tahun ini masuk ke asrama SMK Tarap, sebelum ini mereka merupakan pelajar sekolah yang ulang-alik ke rumah setiap hari. Mereka masuk ke asrama pun disebabkan kehendak ibu bapa masing-masing.

“Wei wei, jom kita stayup malam ni.”

Abu terus menerjah dua orang kawannya iaitu Ali dan Ahmad yang sedang kusyuk berbaring sambil bermain game online ML secara diam-diam di bawa katil. Jelas sekali wajahnya begitu terujah, telefon pintar yang tergenggam di tanggannya dia letak di dalam kocek seluarnya, Abu serta-merta membetulkan posisi duduknya, kaki dilunjurkan seperti datuk tua yang sering diserang sakit lutut.

Mujurlah Ali dan Ahmad tidak terbaling telefon mereka dek kerana terkejut dengan terjahan Abu yang secara tiba-tiba itu, kalau tak beringat yang mereka tu bawa telefon senyap-senyap, pasti dah kantoi.

Abu, Ali dan Ahmad duduk di bilik yang sama, nasib begitu menyebelahi mereka, sudahlah masuk asrama bersama bilik pun nak juga sama, sungguh kebetulan yang begitu sempurna, bahkan mereka bertiga juga merupakan rakan sekelas dan rakan sekampung. Senang cakap mereka bertiga ni ibarat tiga sekawan yang asyik berkepit sahaja. Mereka memang sangat akrab, buat nakal juga bersama-sama.

Katil Ali menjadi tempat lazim mereka bertiga untuk melepak, ini kerana katil Ali terletak di hujung sekali berdekatan dengan tingkap. Namun kedudukan katil Ali tidak terlalu rapat dengan dinding yang bertingkap, kiranya ada beberapa jarak antara tingkap dengan katil Ali, di situlah mereka selalu melepak santai. Pengcahayaan yang terhad serta juntaian langsir tingkap yang panjang hingga mencecah lantai, membuatkan kawasan itu tidak terlalu terdedah. Senang cakap kedudukan katil Ali agak strategik untuk mereka melakukan kegiatan yang boleh menimbulkan rasa sangsi ahli bilik yang lain, contohnya bermain telefon secara senyap-senyap.

“Aku on jak.”

Ali menyahut, dia sudah pun bersandar di tepi dinding katilnya. Jari-jemarinya tidak lagi lincah bermain game, telefonnya sudah pun ditutup, kini dia tidak lagi bermain game, Nampak sahaja reaksi muka Abu yang agak terujah itu, perasaannya terus membuak-buak ingin tahu apa yang telah rakannya rancangkan itu, siapa tahu Abu ada rancangan bernas untuk mereka bertiga di waktu-waktu hujung minggu begitu.

“Aku pun on jak, tapi kita mau buat apa la nanti time stayup tu, takkanlah main ffon jak, bosanlah. Kredit aku pun tinggal sikit sudah ni.”

Ahmad pula bersuara, nada suaranya seperti berbisik, takut-takut ada telinga lain yang mendengarkannya. Tubuhnya elok sahaja berbering di bawah kolong katil Ali sambil kakinya ligat menendang-nendang perlahan katil Ali, telefonnya pula dia letak di bawah tilam Ali. Mujurlah tilam di asrama itu agak tebal.

Takut Atau Senyum???حيث تعيش القصص. اكتشف الآن