Bab 14

2.3K 173 3
                                    

BAMM

Pintu kelas dibuka kasar dengan menggunakan kaki kanannya, sambil kedua tangan masih setia mengangkat tubuh kecil isterinya. Dikucup berkali kali wajah isterinya seakan akan mengalirkan kekuatan. Pelajar pelajar yang menyaksikan adegan itu, memandang kearah Luth dan Kausar dengan pelik dan hairan.
Tindakan Luth Rayyan yang berani menyentuh tubuh Kausar dianggap sebagai pertolongan kecemasan, walaupun ini bukan kali yang pertama Luth berbuat sedemikian. Menyentuh kulit yang bukan mahram. Iya, itu adalah pandangan mereka. Ada yang mengatakan bahawa Luth Rayyan mengambil kesempatan terhadap Kausar, dan ada juga yang berpendapat bahawa Kausar sengaja berbuat sedemikian demi mahukan perhatian.

Bimbang akan kondisi Isterinya, Luth Rayyan mengabaikan bisikan bisikan dari pelajar pelajar itu.
Langkah dilakukan menuju ke keretanya. Dia perlu memastikkan kesihatan Kausar.

********************************************

Digigihkan jua matanya yang memberat untuk terbuka. Siling putih ditenung lama, sebelum pandangan bergerak ke arah tangan, apabila tangannya terasa memberat seperti ditindih sesuatu.

Tangan yang berurat itu ditenung lama sebelum bergerak mengalihkan tangan kekar itu dari menindih tangannya. Langkahnya tiba tiba berhenti. Tangan yang berura ingin menepis tangan kekar itu diturunkan. Wajah jejaka itu ditilik. Kening yang terletak elok, hidung mancung, bibir yang merah kerana tidak merokok, ditiliknya. Matanya kini berhenti di suatu kawasan wajah jejaka itu. Fuh, jawline kemain tajam! Mengugat jiwa bethol. Eh!

Kausar berdehem kecil seraya menggeleng kepalanya. Mengusir fikirannya. Amboi, Kausar. Gatal nampak.

Terlihat jelas wajah yang sedang dibuai mimpi itu seperti penat dan lelah. Rambut yang serabai diusapnya perlahan. Tangan kanannya masih setia ditindih oleh tangan kekar milik Luth Rayyan.

Dahi milik jejaka itu mulai berkerut. Peluh yang keluar dari dahi jejaka itu, diusap Kausar.
Belum sempat tangannya mendarat ke dahi Luth, tangannya digenggam kemas oleh Luth membuatkan Kausra terkejut seraya menjerit kecil. Spontan.

"S-sayang,Jangan t-tinggalkan, a-aku..."

Air mata mula begenang di tubir mata. Tunggu masa sahaja tangisannya akan pecah.
Sedih. Tidak tahu mengapa hatinya sebak melihat Suaminya sedemikian.

"M-maafkan aku. A-aku k-kena buat sem-semua ni demi keselamatan kau."

Dahi milik Kausar berkerut.
Keselamatan? Deminya?
Apa yang jadi?

Kausar berharap bahawa Luth akan memberi tahunya perkara sebenar. Mata fokus memandang kearah suaminya, menanti apa yang akan dikatakan.

"Nen-nenda tak mati, sebab kau. Aku tuduh kau macam macam, maafkan a-aku sayang..."

Tanpa dipinta air mata mengalir deras membasahi pipi mulusnya.

"N-nurin p-punc-"

KLAKK

Belum sempat Luth menghabiskan ayatnya, pintu dijual dari luar oleh seseorang. Kausar mendengus geram. Kacau betul lah!

'Nurin.'
Nama yang bermain di fikiran Kausar. Dia perlu mencari tahu tentang Nurin. Nama yang agak familiar baginya, tapi siapa?

"Kau dah bangun?"
Soal Mikaeyla. Luth yang masih dibuai mimpi sambil mengenggam tangan Kausar dipandang.

Kausar menganggukkan kepalanya perlahan.

Bibir dijuihkan kearah Luth yang masih lena. "Kau tak bangunkan?"
Soal Mikaeyla kepada Kausar.

Kausar menggelengkan kepalanya. Rasa malas pula mahu bercakap. Tiada tenaga sahaja rasanya.

Luth Rayyan: His Happiness S2Where stories live. Discover now