بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ🦢Pagi ini Janna harus pergi ke syarikat Abahnya untuk belajar sedikit demi sedikit tentang pekerjaannya.Janna juga akan dibantu oleh Abahnya jadi dia juga tidak khawatir akan hal itu.
Janna mengenakan baju abaya berwarna kelabu dan tudung yang senada dengan baju tersebut.Janna juga sangat posesif tentang pemakaiannya kerana Janna masih mengikut syariat Islam walaupun dia sedikit nakal dan degil.
Setelah dia sudah siap bedandan, Janna berlari anak turun ke tangga untuk menjamah sarapannya yang telah dibuat oleh Mak Siti.
"Eh Janna,nak ke mane?" tanya Datin Diana
"Em,Janna nak ke office Abah dulu Ma.Nak tengok-tengok dulu ape pekerjaan Janna.Nanti tak pasal-pasal yang susah pula.Janna kan baru je habis study.So otak tak leh nak bersambung buat masa sekarang ni.Tapi Insha Allah Janna akan berusaha kerana-Nya."Ucap Janna dengan tersenyum simpul sambil menjamah pisang goreng kesukaannya.
"Ouh bagus la tu.Kerja tu rajin-rajin ye sayang?Mama doakan Janna supaya Janna semangat nak kerja.Don't stres-stres ye."
Janna melihat jam nya yang berjenama Dior itu telah pukul 8 pagi.Dia mesti bergegas ke sana kerana mula semua pekerja datang ke office Abah nya pukul 9 pagi.
"Janna nak gerak ni Ma.Janna kena datang awal.Sebab takut jalan jem.Janna tak dapat ikut Abah sebab Janna masih merajuk."kata Janna dengan nada merajuknya
"HAHAHA tapi nak juga kerja kan dekat Abah?Yela yela nanti Mama gi tau ngan Abah ye sayang?Meh salam.Nak gi kerje kan?Nanti lewat pula."Kata Datin Diana dengan menghulurkan tangan kanannya untuk menyalam anak perempuannya itu.
Janna pun menerima salaman Mamanya dan mengecup dengan penuh kasih."Ok Ma.Janna gerak dulu ye.Assalammualaikum Warrahmatullah Wabarakatuh."
"Waalaikumussalam Warrahmatullahi wabarakatuh."
🍉🍉🍉
Jam telah menunjukkan pukul 8.45pagi,
Ayman memarkirkan kereta Honda Civic hitam nya itu dekat dengan office Dato Arkan dan menuju ke sana.Dia memainkan Iphone 14 nya itu sambil berjalan.Semasa berjalan,Ayman terlanggar seorang perempuan sehingga perempuan itu jatuh.Ayman ingin menolong,tetapi bukan mahram nya."Ouch!Sorry Ms.I'm really sorry."Kata Ayman dengan serba salahnya.Tetapi masih menundukkan pandangannya.
YOU ARE READING
Bersama ke Jannah-Nya
RomanceSeorang gadis nakal yang berangan untuk pergi melancong ke Indonesia tetapi sayangnya dia harus bekerja di syarikat Abahnya terlebih dahulu. "Janna nak ke Indonesia.Janna nak lihat suasana cantik Indonesia macam mana.Bosan lah duk kat KL ni Abah...