𝐂 𝐇 𝐀 𝐏 𝐓 𝐄 𝐑 𝟐𝟏

32 4 0
                                    



"I'm sorry sayang.. abang janji tak buat dah.. please open the door please." Rayunya dari luar. Sejak pulang dari membeli barang dapur. Gadis itu berlari masuk ke dalam rumah terlebih dahulu dan mengunci pintu.

"Hazine please.. open the door.. sayang nak abang lari dari rumah ke?" Soalnya dengan nada lembut.

Namun, masih tiada yang menjawab.

"Zayra? Please.." rayunya buat kali ke empat puluh.

"Abang pergi la layan perempuan tu lagi! Kan best!!" Jeritnya dari luar. Terdengar suara gadis itu sedang menangis.

"Zayra.. abang dah janji kan? Tak akan buat lagi." Dengan nada berlembut. Risaunya di dalam hati, jika gadis itu mengapa-apakan dirinya.

Trukk... Trukk..
bunyi deringan di telefon menarik perhatiannya.

"Ya tuan?" Suara dan wajahnya kembali bertukar dingin.

"Sekarang?" Soalnya lagi.

"Baik tuan. Saya dalam perjalanan." Panggilan di matikan.

Kenapa? Kenapa mesti sekarang dia perlu kembali menjalankan misi?

Pintu rumah di ketuk beberapa kali.

"Hazine.. abang kena pergi kerja.. I'm sorry for everyting I did.." dirinya menunggu balasan dari gadis itu. Namun, tiada balasan.

"Abang pergi dulu. Assalamualaikum." Pamit harash meninggalkan gadis itu di dalam.

Sebelah tangannya liar bergerak mencari nombor yang di carinya. Manakala sebelah tangannya lagi membawa kereta menuju ke markas.

Nama yang tertera 'laos' di tekan. Bunyi deringan sebentar sebelum di angkat.

"Laos. Aku nak kau temankan zayra hari ni." Pesan harash melalui panggilan. Tanpa salam atau apa.

"Urgh.. sekarang ke tuan?" Soal fateeh. Sebelah telingannya ditutup kerana terlalu riuh di tempatnya.

"Sekarang." Dingin suaranya.

"Tapi, saya ada kenduri keluarga harini.." suara fateeh kedengaran seperti merayu simpati.

"Yang lain?" Soal harash.

"Hmm. Saya akan cuba minta bantuan mereka nanti." Balas fateeh.

"Hmm. Satu lagi, aku nak ka.."

"Tuan?!" Fateeh bangun dari duduk setelah mendengar satu bunyi yang kuat. Seolah-olah di langgar.

Pang!
Pinggan yang di pegang hellena terlepas dari tangan. Mata herina dan akash yang sedang memegang surat khabar mula tertumpu pada wanita tua itu.

"Ya Allah, awak kenapa?" Soal akash.

"Saya terlepas," balas hellena. Dalam hatinya, terasa begitu sakit seperti sesuatu buruk telah terjadi.

"Awak ni, lain kali jangan cuai sangat. Kalau kaki kena kaca tu macam mana?" Pesan akash. Dia bangun dari duduk sebelum mendekati isterinya.

"Tak apa daddy. Biar rina yang buat." Herina menawar diri. Kakinya berlaku mengambil penyaou sebelum di kemas-kemas semua kaca.

Kring.. Kring..
Telefon akash berdering kuat.

Kakinya melangkah mengambil telefon yang berada di atas sofa.

"Ya fateeh?" Dahinya berkerut. Jarang anak buah kepada anak lelakinya menelefon dirinya.

"Dato! Saya sekarang dalam perjalanan menuju ke hospital!" Dia cuba menahan air mata dari mengalir. Sebak.

𝐘𝐨𝐮 𝐀𝐫𝐞 𝐌𝐢𝐧𝐞~ 𝐌𝐲 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝! | C ✔️Where stories live. Discover now