𝐂 𝐇 𝐀 𝐏 𝐓 𝐄 𝐑 𝟐𝟒

36 4 0
                                    


Kakinya terhincut-hincut menuju ke kantin dengan perasaan marah yang membuak-buak. 'Kalau boleh rasa nak lempang aje minah tadi, cuma tak sempat tunjuk skill je!' Bisiknya dalam hati.

"Assalamualaikum CikLa!" Jerit Zayra dari belakang. Terkejut wanita separuh umur yang dipanggil CikLa itu.

"Waalaikumussalam! Eh? El!!" Seorang CikLa sentiasa memanggil namanya dengan panggilan yang sedikit lain daripada yang lain. Senang cerita berbeza!

"Lama tak nampak kamu.. El pergi mana sebelum ni? Busy belajar ke?"

"Eh Ahahaha.. " memang dia sudah lama tidak datang ke kantin selepas kejadian dibuli dengan pelajar Tingkatan 5. Takut-takut ada yang masih mengumpat atau menyebarkan aib.

"Sebelum ni tak turun sebab diet... sebab itu El tak turun hehehe," menipu!

"Amboi nak diet sampai kering ke? CikLa tengok badan El langsing je? Nak diet apa lagi," sinis CikLa kadang-kadang macam sindiran pun ada.

"Langsing apa macam ini?" Zayra mencebik.

"Tak apalah, El nak nasi goreng cina satu!" Tak selesa cakap pasal benda ni lama lama. Tak tenang.

CikLa hanya geleng kepala dengan telatah seorang gadis bernama Zayra itu dan berlalu mengambil nasi goreng yang sudah tersedia.

Baru sahaja tangan berura-ura untuk mengambil nasi goreng tersebut tiba-tiba ada satu tangan lagi yang datang entah dari mana menghulurkan beberapa keping duit kertas.

"Saya tolong bayar CikLa," sempat Izham sengih ke arah CikLa sebelum CikLa membalas senyumannya kembali seraya mengambil beberapa keping duit kertas tersebut.

"Eh? Saya boleh bayar sendiri.." gadis itu cuba untuk menggantikan kembali duit Izham.

"Saya belanja, tak payah bayarlah. Saya ikhlas," nafinya seraya menolak tangan gadis itu yang menggenggam duit kertas tersebut.

"Sekarang ni aku nak kau jujur dengan aku Zayra," Izham membuka mulut selepas kami tiba di meja makan. Gadis itu mula mengangkat kepala memandang lelaki di hadapannya dengan kening terangkat.

"Kau suka Harash?"

"Huk.. huk.. huk.." terus terbatuk setelah mendengar ayat itu.

"Jadi betullah.. I see.." nafi Izham, badan disandar pada palang kerusi seraya memeluk tubuh.

"Ugh.. kau tak marah? Aku.. aku.." tergagap gagap mulutnya ingin menerangkannya.

"Tak apa, aku faham itu pilihan kau. Kau layak buat pilihan kau sendiri dan aku tak akan halang tapi aku nak kau tahu yang suka aku pada kau tak berubah sikit pun," panjang lebar Izham menerangkannya.

"Ya aku tahu.. eh kejap! Kau sebut suka?!"

Izham mengeluh sesaat. "Ya aku suka kau Zayra," terang, jelas dan padat!

Lidah gadis itu semestinya kelu selepas mendengar kebenaran disebalik seorang lelaki bernama Izham
Ini!

"A.. aku.. aku"

"Tak apa. Tak perlu rasa bersalah pada diri sendiri. Kau pun ada hak kau," Izham tetap membela pilihan gadis kesukaannya.

"Tapi cuma aku nak kau jujur dengan aku.. tentang perasaan kau pada aku, boleh?" Izham memandangnya dengan penuh rasa ingin tahu tentang perasaan gadis itu padanya.

Sempat Zayra mengeluh sebentar sebelum menyambung. "Aku minta maaf Izham.. aku jujur dengan diri aku yang aku tak pernah taruh perasaan pada kau lebih daripada kawan," Zayra bercakap jujur.

Izham mengangguk anggukkan kepala. Tanda faham.

"It's fine. Aku hormat keputusan kau, aku tak akan ganggu kau lagi." Sempat Izham tersenyum dengan senyuman kelat. Kerusi ditolak sebelum kakinya melangkah meninggalkan gadis itu sendirian.

"Izham!" Jerit gadis itu.

Izham memusingkan badan mengahadap ke arah gadis itu kembali.

"Kita kawan kan?" Soal Zayra dengan dahi sedikit berkerut. Mengharapkan jawapan dari lelaki itu.

Izham mengangguk sekali sebelum kembali menapak keluar dari kawasan kantin.

Keluar sahaja dari kantin dia mengempal tangan. Perasaan tidak menentu sekarang.. patut ke dia rasa sedih? Marah? Ataupun benci?

𝐘𝐨𝐮 𝐀𝐫𝐞 𝐌𝐢𝐧𝐞~ 𝐌𝐲 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝! | C ✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora