·2·

44 14 12
                                    

Taehyun akhirnya tiba di tempat yang dituju. Sampai di hadapan Hospital Seoul yang dikatakan bosnya, Taehyun parking kereta di luar kawasan hospital supaya tiada orang sedar dia ada berada berdekatan di hospital.

Kereta putih dengan nombor plat 809SH mula dicari. Katanya pemilik kereta itu bertukar nama kepada pemilik seterusnya. Dan dengar cerita dari bosnya, pemilik kereta itu merupakan seorang perempuan.

Taehyun buntu. Terlalu banyak kereta yang tersusun rapi di tempat parking kereta. Taehyun cuba bergerak ke kawasan tempat parking kereta pekerja hospiral itu.

"Ish, susah gini nih."

Masa nak cari kereta tu lah, penuh kereta di kawasan parking. Jenuh ler nak mencarinya.

Dia terjumpa sebuah kereta putih berada di penjuru parking kereta. Mungkin itulah keretanya.

Sekali dilihat, ianya benar! Taehyun mendekati kereta itu dan mula mengodam siapakah gerangan pemilik kereta ini. Taehyun agak terkejut tatkala melihat ID pemilik kereta itu.

Lelaki? Pemilik kereta itu lelaki? Tetapi nombor plat kereta sudah betul. Apa yang tak betul pula sekarang ini?

Taehyun memaksakan diri juga untuk masuk dalam hospital. Dia melangkah masuk dan terus ke kaunter pertanyaan.

"Tumpang tanya, kereta putih nombor plat 809SH tu siapa punya, ya?" tanya Taehyun.

"Ouh, itu kereta doktor baru, Doktor Park Suwon. Ada apa, ya?" tanya jururawat itu semula.

"Takde, cuma kereta dia halang kereta saya nak keluar," bohong lelaki Kang itu.

Jururawat itu mahu mengumumkan kepada pemilik kereta tentang itu. Tapi, Taehyun berkata tidak mengapa dan berlalu pergi.

'kenapa nama macam lelaki? Bos kata dia perempuan, aih...'

Dia mula menaiki lif ke tingkat atas. Dia bertanya kepada jururawat sekitar itu. Di manakah tempat Doktor Park Suwon.

Ada sesetengah jururawat jawab, "Doktor Park tengah beroperasi di bilik bedah.". 

Taehyun bergerak ke sana. Tatkala ternampak seorang perempuan keluar dari bilik bedah, Taehyun mula menyorok. Kemungkinan itulah Doktor Park Suwon yang dicari.

Taehyun mengekorinya sehinggalah ke lobi. Tetapi yang anehnya, doktor itu terus ke parking kereta dengan berbaju kot putihnya.

Melihat tiada orang, inilah peluang Taehyun. Dia terus menutup mulut dan hidung doktor itu dengan menggunakan kain yang telah dituang ubat.

Sebaik gadis itu tidak sedarkan diri, segera Taehyun mengangkat doktor itu masuk ke dalam perut keretanya.

"Senanglah pulak nak culik perempuan," ujar Taehyun sendiri sambil tersengih sinis.

Dia mula memandu untuk ke tempat yang tersembunyi. Taehyun agak gugup kerana  biasanya dia membunuh lelaki, tetapi kali ini dia disuruh untuk membunuh seorang perempuan pula. Naik pening Taehyun dibuatnya.

Beberapa jam kemudian, perempuan itu mula sedar dan didapati dirinya berada di sebuah kilang yang terbiar seperti ditinggal lama di dalam hutan.

Taehyun datang mendekatinya dengan memakai pelitup muka hitam untuk menutupi separuh wajahnya agar perempuan itu tidak mengecamnya.

Di tangan Taehyun, dipegangnya erat sebilah pisau yang tajam. Perempuan itu dengan tiba-tiba teresak-esak menangis di kaki Taehyun.

"Tolong aku..." kata Park Suwon, perempuan itu, dengan nada suara yang sayu.

Taehyun menaikkan sebelah alisnya, hairan.

"Apa dia?"

"Tolong... Tolong cari siapa pembunuh adik saya..? Aku janji aku akan buat apa yang kau suruh," kata Suwon lagi, masih teresak-esak.

Bukannya merasa simpati, Taehyun malah menyeringai sendiri, bermain dengan pisau ditangannya.

"Aku tak percaya kau. Jangan cuba-cuba nak tipu aku," bidas Taehyun dingin.

Suwon terdesak. Dia memegang kaki Taehyun sambil merayu dan meminta tolong Taehyun untuk mencari pembunuh adik yang disayangi.

"Jebal... Aku merayu..."

Dalam sudut hati Taehyun, terbit rasa serba salah untuk membunuh perempuan itu dan berniat untuk membantunya.

Taehyun tidak bersuara, belum membuat keputusan muktamad. Jadi, dia terus beredar dari situ, membiarkan Suwon keseorangan di kilang terbiar itu.

Suwon dengan pergerakan perlahan dan senyap, mencapai besi yang dijumpai lalu mendekati Taehyun yang sedang berjalan membelakanginya.

Buk! Taehyun mula jatuh tersungkur dan tidak sedarkan diri apabila besi itu kuat menyinggah belakang kepalanya.

"Huh, senang rupanya nak ugut orang macam kau. Dasar pengecut." Suwon menampar pipi Taehyun, lepaskan geram yang terbuku lalu tersenyum sinis.








Continue..

GuhaejwoWhere stories live. Discover now