·9·

28 9 8
                                    

...

...

"Tae... Taehyun..." tikaman yang cukup dalam di perut membuatkan Suhon jatuh tersungkur atas lantai. Darah mula mengalir tidak menentu, sangat banyak.

Taehyun. Itulah nama terakhir yang disebut Suhon di dunia ini. Sahabatnya, Kang Taehyun.

Taehyun yang terkejut itu terus berlari mendapatkan Suhon. Dia menangis dengan kuat melihat sahabatnya mati di depan matanya sendiri.

"Tolong jaga kakak aku,"  kata Suhon sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir di riba Taehyun.

Taehyun menjerit nama Suhon dan meneriak meminta tolong berulang-ulang kali supaya ada seseorang mendengarkannya.

Namun, tidak ada gunanya. Suhon telah mati di pangkuan Taehyun. Taehyun menyalahkan diri sendiri kerana lambat membantu Suhon.

Dia terpaksa pergi sebelum ada orang lihat mereka berdua di dalam rumah itu. Taehyun berlari ke luar dari rumah itu dan membiarkan pintu terbuka.

Dia penutup kepalanya dengan hoodie hitam yang dipakai, menutup wajah yang sudah dibanjiri dengan tangisan.

Taehyun akhirnya membuat keputusan untuk bertemu dengan orang misteri yang menelefonnya tadi.

Dalam beberapa jam kemudian, dia tiba di tempat yang disuruh lelaki misteri itu. Anak Kang itu diperintah untuk mengikuti mereka berkerja bersama sebagai pembunuh upahan.

Tanpa berfikir panjang, Taehyun bersetuju.

End flashback

( Photo by pinterest )

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

( Photo by pinterest )


Suwon dari tadi lagi melihat Taehyun sedang merenung gambar mereka dua beradik semasa sekolah menengah.

"Kau pandang siapa?"

"Em, takde apa-apa."

"Aku cantik kan masa tu?" riak Suwon.

"Haah," bohong Taehyun. Saja jaga hati. Takkan hari-hari mahu sakitkan hati saja kerjanya.

"Aku nak masuk rumah, nak mandi."  Taehyun meminta diri untuk berlalu pergi dari situ.

Apabila sampai di muka pintu dia hampir menangis, kerana sedar bahawa selama seminggu dia berada di rumah agam ini, tuan rumah ini adalah kakak Suhon, orang yang diamanahkan untuk dijaga.

Taehyun masuk dalam bilik air dan melihat dirinya di cermin. Dia teringat akan kata-kata terakhir Suhon beri kepadanya.

"Tolong jaga kakak aku..."

Taehyun diberi dua pilihan. Sama ada dia harus membunuh Suwon secepat mungkin atau Taehyun harus lari dari semua keperitan ini. Taehyun buntu. Kepalanya pening, berat untuk letakkan semua beban.

Tiba-tiba, Taehyun rebah disebabkan terlalu banyak berfikir. Apabila Suwon balik sahaja ke biliknya untuk mengambil sesuatu, dia terkejut melihat Taehyun pengsan di bilik air.

"Taehyun!"

Suwon menjerit dan memanggil seseorang untuk angkat Taehyun ke atas katil.

Malam menjelang kembali. Suwon mengambil beberapa kain yang dibasahkan untuk disapu di bahagian muka, leher, dan kepala Taehyun.

Suwon tiba-tiba teringat akan kenangannya bersama adiknya, Suhon, sebelum dia pergi meninggalkan Suwon seorang diri.

Waktu itu, Suhon demam dan berasa lemah lepas pulang dari sekolah. Suwon lah yang memberi makan dan membantu Suhon menurunkan suhu badannya yang hangat saat itu.

Mereka hanya hidup berdua. Ibu bapa mereka sudah tinggalkan mereka terlalu awal. Itu merupakan tanggungjawab Suwon perlu jaga Suhon dan memberinya kasih sayang.

Suwon memandang raut wajah Taehyun yang hensem tak hensem sangat itu. Lama merenung, dia mula tersenyum. Dia dapat merasakan Suhon ada dekatnya sekarang ini.

Tanpa Suwon sedar, Taehyun mengigau dan menyebut sesuatu dalam keadaan tidak sedar itu.

"Su... Suhon..."

Suwon hairan apabila nama adiknya disebut Taehyun. Tapi, dia membiarkan saja, tidak peduli.

Dia memandang jam dinding, sudah lewat malam rupanya. Suis lampu ditutup dan menghidupkan lampu kecil di atas meja kecil sebelah katil.

Suwon duduk di atas katil yang sama dengan Taehyun lalu baringkan kepalanya. Tangan pula disilang sebagai bantal. Dia mula tidur dengan cara itu.

Seketika dia membuka mata dan memandang Taehyun.

"Selamat malam, Taehyun."

Continue...

Thank you for song that i add to this chapter 9. That i found at youtube. hehe.
( Breathe by lee hi )

sori la kalu lagu sedih sgt sbb i rase match dgn chapter ni so lurvee ❤️.

GuhaejwoWhere stories live. Discover now