3

2 0 0
                                    

"NAINA."

"Ya, uncle?" Naina angkat muka daripada kerjanya. 

"Nanti tolong susun buku tulis yang baru sampai tu ya?"

"Baik, uncle." Naina mengangguk sebelum meneruskan kerja menyapunya. 

Kedai buku Uncle Chua yang diberi nama Chua's Book Store ini sudah lama bertapak di hadapan pagar C kampusnya. Sudah menginjak 60 tahun kut. Dahulu kedai ini dijaga oleh mendiang ayah Uncle Chua, namun sejak 10 tahun yang lepas, Uncle Chua mengambil alih selepas kematian mendiang ayahnya. Jika dilihat bingkai gambar yang digantung di bahagian dinding di belakang kaunter, dapat lihat proses perkembangan kedai buku ini.

Dalam gambar-gambar itu, kebanyakannya Uncle Chua masih kanak-kanak. Jauh lebih muda daripada umur Naina sekarang. Sekarang, Uncle Chua sudah beruban penuh. Rambut pun sudah jarang-jarang. Kulit juga mula berkedut.

Siap menyapu, dia menyimpan penyapu di stor belakang. Stor belakang itu disekaliksn dengan bilik rehat. Di situ juga tempat Naina solat. Tidaklah besar seperti surau biasa, tapi padanlah bagi dirinya. 

"Uncle. Buku tulis dekat dalam kotak belakang tu eh?"

"Yup. Kamu boleh tak angkat tu? Mahu saya tolong?"

"Takpe, uncle. Boleh je." 

Ada tiga buah kotak. Saiz sebuah kotak lebih besar daripada badannya. Jadi, Naina angkat kotak-kotak yang bersaiz sederhana. Berat. Agaknya lebih berat daripada beratnya yang tidak sampai 50 kilogram pun.

Siap meletakkan dua buah kotak di tepi rak buku tulis, Naina melangkah semula ke belakang. Tinggal sebuah kotak saja lagi. Perlahan-lahan, dia angkat kotak itu. Fuh, berat! Pandangannya juga sedikit ditutup oleh kotak itu.

Sedang Naina sedang berusaha tiba di rak buku tulis, terdengar suara Uncle Chua bersembang dengan seorang pelanggan. Uncle Chua memang peramah orangnya. Hatta sesiapa pun yang datang ke kedai, pasti disambut dengan senyuman dan sapaan. Uncle-

"Eh?" 

Terkejut beruk Naina apabila kotak di tangan tiba-tiba beralih. Beban di bahu semerta hilang. Belum sempat dia memproses perkara yang sedang berlaku, kelihatan seorang lelaki sudah pun melangkah ke arah rak buku bersama kotak yang maha berat itu. 

Tapi, kenapa gaya lelaki itu mengangkat kotak itu seperti sedang mengangkat beberapa buah buku saja? Tak berat ke? Atau dia saja yang terasa berat?

Naina berlari anak ke arah lelaki itu. Mahu mengucapkan terima kasih kerana telah membantunya. Tapi, hasratnya terbantut tatkala lelaki itu mengangkat muka.

"Eh?"

"Hai." 

Ini lelaki yang Naina jumpa di perpustakaan beberapa hari lepas. Lelaki pemilik plug extension itu.

"Naim! Dah siap ni!"

Jadi, nama lelaki ini, Naim? Jika didengar cara Uncle Chua melaung memanggil lelaki itu sepertinya hubungan yang terjalin antara majikannya dengan Naim ini rapat semacam. Tapi, Naina tidak pernah lihat pun lelaki ini berkunjung di sini sebelum ini? Ke Naim cuma singgah ketika Uncle Chua yang menjaga kedai?

Hm, boleh jadi...

"Kau memang nak tenung muka aku lama-lama macam ni ke?"

Mata Naina terkerdip sekali sebelum dia lekas-lekas menoleh ke arah lain. Aduh... Tidak pasal-pasal terkantoi.

"Kalau kau nak ucap terima kasih, tapi tak boleh nak cari perkataan yang sesuai, then sama-sama." Naim senyum segaris.

"Naina!"

"Y-ya uncle." Naina segera melangkah pergi. Dibiarkan Naim tercegat di situ.

"Nanti kamu tolong kira kertas Naim. Uncle kena balik rumah. Auntie kamu bagitahu ada sedara jauh datang."

"Oh, okey uncle." 

"Uncle dah nak balik?" 

Tiba-tiba Naim muncul. Naina tidak endahkan kehadiran lelaki itu. Dia ambil kertas-kertas yang difotokopi oleh milik Naim dari mesin fotokopi. 

"Send my regards to auntie ya?"

Betul-betul rapat sepertinya sehinggakan lelaki itu turut mengenali Auntie Lim, isteri Uncle Chua. Walaupun sibuk menghitung jumlah kertas milik Naim, cekap saja telinga Naina berfungsi.

"Naina."

Naina angkat muka. 

"Untuk Naim, kasi tujuh sen sekeping ya? Colour 20 sen."

"Oh, okey uncle." Hm, sah! Memang hubungan Uncle Chua dan si Naim ini bukan sekadar peniaga dan pelanggan.

"Uncle pergi dulu, Naina."

"Baik uncle." Naina tersenyum. Kertas-kertas Naim dimasukkan ke dalam berkas a4 kosong lalu dibawa ke kaunter. Naim sudah tercegat di sebalik kaunter.

"Berwarna 10 keping, jadi total dua ringgit. B&W pula ada 53 keping, jadi 3.71 sen. So total 5.71 sen."

"Bayar dengan QR boleh, kan?" 

"Boleh." Naina halakan ibu jari ke arah kod QR yang berada di belakang monitor komputer. 

"Kau dah lama ke kerja sini?"

Soalan yang datang tiba-tiba itu membuatkan Naina terdiam seketika.

"Hm, dah lama. Lebih kurang setahun."

"Kau first year student? Or second? Ke year berapa?"

"Third year."

"Oh, kiranya start tahun dua la kerja sini?"

Naina mengangguk. Seketika kemudian, suasana antara mereka sunyi sebelum Naim menghalakan paparan telefonnya ke arah Naina. Menunjukkan bukti pembayaran.

"Okey, terima kasih."

"Sama-sama. Jumpa lagi!"

Eh? Figura tinggi lampai Naim diperhatikan sehingga bayang lelaki itu hilang. Baginya, lelaki itu agak... pelik?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SinkronisasiWhere stories live. Discover now